sponsor

Thursday 29 December 2011

Ilmu Tetap Dituntut Di Wilayah Ini

Biarpun apa yang terjadi di sini,Yala wilayah yang ada waktunya tenang.Ada waktunya bergolak dan berkocak. Dan ada waktunya berdarah! Tapi dari segi menuntut ilmu, mereka patuh penuh sungguh.Ilmu tetap diberi keutamaan oleh tua dan muda. Tidak kira lelaki atau perempuan.Ilmu yang disampaikan oleh Tuan Guru di mesjid sentiasa penuh dan padat.Dan pada hari itu ada pasar  "Sehari".Selepas kuliah ummuni mereka bertebaran membeli belah.Di sini rata-rata yang berniaga ialah wanita.Kaum lelaki  ada tapi bilangannya boleh dihitung dengan jari.


Mereka datang dengan menaiki bus,kereta dan motorsikal. Jalan raya penuh sesak. Tetapi kemalangan jarak sangat berlaku.Di sini kenderaan yang besar menghormati yang kenderaan kecil. Hon jarang sekali dibunyikan walaupun keadaan penuh sesak.

Di pinggir jalan ramai sekali orang berjualan. Keadaan ini akan semakin reda apabila solat zohor mula menyapa.Mereka berpusu-pusu menuju ke mesjid untuk bersolat jemaah.Setiap sudut mesjid penuh.Oleh kerana ruang mesjid sudah penuh ada jemaah terpaksa menunggu untuk bersolat jemaah.


Oleh Shakir Taha

Malam di Yala Bersama Ustaz Kamaruddin

Selepas solat isyak perut terasa lapar.Di Pekan Yala gerai makanan dan restoran masih dibuka. Peminat setia masih ramai. Ustaz Kamaruddin mencadangkan makan makanan dipesan setelah jemu makan hidangan yang sudah siap tersaji.Makanan ini sudah sejuk. Selera hendak makan pun tiada. Aku,Ustaz dan keluarga makan Restoran Rina. Kak Ju,isteri Ustaz Kamaruddin,komen."makanan sedap,tukang masakpun comel." Aku akui apa yang Kak Ju katakan itu dalam hati. 
Baru pukul 10.30 malam waktu di Yala. Gerai di jalanan masih dikunjungi oleh peminat setianya.Gerai ini kebanyakannya menghidangkan makan yang siap untuk dimakan.Masih banyak pilihan boleh dibuat walaupun malam sudah merangkak tua.

Kami sudah dua malam di Yala.Pekan Yala tenang malam itu. Setenangan air di kali. Tiada bedilan.Tenang. Juga tiada letupan bom yang mengoyak ketenangan malam. Tiada kupa-kupa malam yang merayap mencari pelanggan.

Menurut Ustaz Kamaruddin seorang aktivis sosial, baginya letupan bom dan bedilan semacam orang Cina main mercun sewaktu menyambut Tahun Baru. Wilayah Yala bukanlah asing bagi beliau.Anak beliau pernah menuntut di Pondok Hj Harun sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir. Beliau sudah khatam jalan dan lorong di Yala. Sudah 20 tahun beliau bergandingan dengan daerah yang penuh luka dan berdarah ini.

Rombongan kami sepatutnya 10 orang. Tetapi yang datang hanya 8 orang sahaja. Mereka tidak datang kerana urusan peribadi yang belum diselesaikan. Ada kemungkinannya berkaitan dengan berita negatif yang sampai ke telinga mereka.Wa'LLahu a'lamu bi 'l-sawab.

Oleh Shakir Taha

Tuesday 27 December 2011

Ceramah Ringkas Oleh Ustaz Kamaruddin Kassim.

Dalam lawatan kami ke Pusat Jalannan Baru Yala, kami berasa bangga apabila aktivis sosial, Ustaz Kamaruddin telah diminta memberi  sedikit ucapan kepada peserta di sini. Mereka adalah penagih dadah. Ada lebih kurang 80 peserta di sini. Seorang sahaja berugama Buddha.

Ustaz Kamaruddin menyampaikan ucapan nasihatnya dengan menggunakan loghat Melayu Pattani. Peserta memahami ucapan Ustaz yang berbaju batik ini. Peserta mampu jawab soalan yang dilontarkan oleh Ustaz Kamaruddin.  

Ucapan Ustaz ringkas dan padat.
Dan peserta kelihatan penuh tekun mendengar nasihat dari Ustaz yang berusia 57 tahun tapi masih kelihatan awet muda. 

Oleh  Shakir Taha

Meniti Kasih Bersama Kelab HIV di Hospital Yala

Pihak USM dan badan NGO Unggas dalam program bersama masyarakat telah mendapat bekerjasama yang padu daripada pihak Hospital Besar Yala, Selatan Thai. Pihak Hospital Yala telah memberikan maklumat yang terinci tentang HIV di wilayah tersebut yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Islam. 

Kami turut berkesempatan berdialog dengan pihak Hospital Yala.Kelab HIV Yala turut diundang oleh pihak hospital juga turut berdialog dan menceritakan pengalaman mereka sebagai pesakit HIV.

Puan Faridah pengerusi kelab tersebut turut menceritakan pengalaman sedih dan dukanya sebagai pesakit HIV.

Oleh Shakir  Taha

Monday 26 December 2011

Menuai Pengalaman Di Negara Gajah Putih.

Di Selatan Thai tanahnya cukup subur. Mereka di sini lebih suka kepada pertanian alamiah. Sayur,buah-buahan dan ternakan yang menggunakan kaedah  ini, rasanya lebih sedap dan bebas racun dan sebagainya.
Sayur ditanam.
Ikan dipelihara
Ayam diternak.
Petani tidak perlu bersusah payah membeli baja kimia yang memudaratkan manusia dan alam sekitar.Bahan-bahannya senang didapati.Sayur-sayuran yang tubuh ditepi sawah,bedak,hampas kelapa,tahi lebut dan kulit telur, semuanya boleh diramu dengan ikan dan ayam. Semua bahan ini cukup bernilai.

Di Pusat Jalannan Baru Yala, Selatan Thai ilmu seperti ini dapat dipelajari dan diceduk. 

Oleh Shakir Taha