sponsor

Tuesday 30 April 2013

Tuan Danial Tuan Ismail Pejuang Keadilan Dan Keamanan

Aku hanya mengenali anak muda ini melalui You-Tube.Dia berbicara tentang negaranya Patani Darussalam yang berada dibawah penjajahan Siam sekian lama.Umum mengetahui Patani Daussalam berada  dibawah jajahan Siam semenjak tahun 1786.

Bermula dari tarikh rakyat Melayu Patani tidak pernah merasa aman. Menurut penulis sejarah Dr. Zamberi Abdul  Malek  orang Melayu diperlakukan diluar perikemanusiaan. Mereka dibunuh,dibakar hidup-hidup,yang perempuan diperkosa kemudiannya dibunuh.

Semua perkara yang dilakukan oleh Siam diteruskan sampai sekarang. Tuan Danial Tuan Ismail cukup memahami gegup jantung rakyat Patani yang dirundung malang. Sebagai anak muda punya idealisme dia merasakan perlu berbuat sesuatu terhadap rakyat yang tertindas.

Anak muda yang berusia 32 tahun terus terjun bergerak dalam  NGO. Dengan ilmu yang ditimba di Universiti Ramkhamheng  dalam jurusan politik pemerintahan dia tidak ragu-ragu untuk membantu umat Patani yang  tidak diberi keadilan dan dinafikan hak mereka.

Beliau bergerak cergas NGO yang dikenali sebagai
"LEMPAR" atau nama penuh Lembaga Patani Raya Untuk Keamanan dan Pembangunan dan telah diamanahkan sebagai  Timbalan Pentadbir.

Anak muda yang berkulit sawo matang,berbaju batek, berambut tegak persis negarawan Indonesia Bapak Mohd. Natsir yang  juga mantan Perdana Menteri cukup lantang bercakap soal keamanan dan kedamaian.

Beliau turut terlibat dengan beberapa  NGO lain dalam usaha mencari perdamaian dan keamanan di Patani Darussalam.







































Oleh Shakir  Taha

Friday 26 April 2013

Perayaan Di Wilayah Yang Terluka


Biarpun saban hari wilayah yang terluka tidak sunyi dari letupan bom,kematian,manusia Melayu Islam ditahan  tanpa bicara oleh pihak polis dan tentera Thai.

Mahasiswa bangkit menuntut keadilan yang masih jauh berbalam-balam.Tidak istilah putus asa dan takut. Biarpun tuntutan mereka tidak dilayan dan dipandang sepi oleh pihak pemerintah Thai.

Duka dan luka menjadikan manusia di wilayah ini bangun untuk membuat sesuatu terhadap anak yatim dan Ibu Tunggal.

Dalam hal ini Persatuan Wanita Untuk Kedamaian Wilayah Sempadan Thai( Deep Peace) dengan bantuan 13 buah NGO dan orang  perseorangan menggabungkan tenaga,fikiran dan semangat bagi mengadakan Perayaan Anak Yatim dan Ibu Tunggal di Mesjid Pantai Menara pada 28 hingga 29 April 2013 bermula jam 8.00 pagi.


Tuesday 16 April 2013

Singgah Sebentar Di Dewan PERKASA


Sebelum  ke tapak Sheikh Daud  kami diundang oleh Tuan Hj Muhaimin Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Cu Leh. Beliau pengerusi PERKASA Patani Darussalam. PERKASA berhasrat menjadikan diri setandingan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka di Malaysia.

PERKASA mempunyai bangunannya sendiri yang dibangunan hasil dari tenaga dan keringat rakyat dan pemimpin Islam tempatan. Tidak ada bantuan daripada kerajaan Buddha yang berpusat di Bangkok.

Dewan dua tingkat cukup luas dan selesa.Ianya dlengkap dengan bilik mesyuarat,bilik rehat,setor buku dan bilik pameran buku.

Menurut PakCu Leh mereka menyediakan buku untuk wilayah lima di Negara Patani Darussalam. Lima wilayah itu ialah Patani,Menara,Setul, Singgora,Nibong(Jala).

Buku-buku yang dikeluarkan oleh PERKASA untuk keperluan TADIKA(sekolah Melayu).

Setakat ini  Dewan PERKASA belum lagi mengeluarkan bacaan seperti novel dan antoloji cerpen atau sajak. Saya perhatikan tahap bacaan dan sambutan terhadap buku-buku Bahasa Melayu masih rendah.

Saya tidak menemui sebuah bukupun di wilayah Patani atau Jala yang menjual buku bahasa Melayu dari Malaysia  ataupun Indonesia. Buku bahasa Inggeris jauh sekali.

Tapi yang menariknya di Dewan PERKASA  banyak mengeluarkan bahan bacaan dalam tulisan Jawi. Di sini tulisan jawi cukup popular. Saya kira di sinilah benteng pertahanan tulisan Jawi yang masih utuh di Nusantara  ini.

Monday 15 April 2013

Pesan Dari Patani


Wan Mustafa telah berjaya melepaskan dirinya daripada tahanan Siam.Ayahnya Tuan Guru Wan Haji dan beberapa orang ditahan oleh poli stentera Siam atas tuduhan menentang kerajaan Siam.

Beliau telah lari ke hutan. Selama tiga hari tiga  malam meredah hutan belantara. Tidak sebutir nasipun masuk perutnya.

Dia memberi tahu," Saya bukan lari dari perjuangan, saya bukan takut, saya bukan berniat meninggalkan kewajipan..." Ucapan itu dilontarkan dengan  penuh semangat.

Beliau berkata lagi, "Dengan bersumpah kepadaTuhan disaksikan oleh darah saya sendiri yang saya hisap  dari hujung jari saya ini di waktu lapar dan dahaga di tengah-tengah hutan yang lebat, saya akan berjuang terus, berjuang sampai  cita-cita tercapai, sampai kezaliman dan penindasan tersingkir daripada penanggungan bangsa saya yang diselubungi gelap-gelit itu.."

Nama watak ini, Wan Mustafa Bin Wan Haji seorang pejuang yang telah berjaya melepaskan diri daripada tahanan Siam. Beliau sampai di sempadan Malaysia dalam keadaan yang cukup menyiksakan. Beliau telah dijumpai oleh Hasan dalam keadaan tidak sedarkan diri.Hasan telah menyelamatkan dia.

"Saya ke mari  hanya menyampaikan pesan sahaja,pesan daripada ketua-ketua saya di sana kepada saudara di sini mengatakan bahawa sekarang telah mulai menempuh zaman pemberontakan. Akan memberi bukti dankenyataan bagi kehendak sejarah bahawa kekerasan mestilah dilawan dengan kekerasan, dan memenuhi panggilan ibu pertiwi yang telah berabad-abad tertindas dan diperhamba.

Masalah dan perjuangan umat Islam di Patani telah lama disuarakan oleh Keris Mas,sasterawan negara. Cerpen ini ditulis pada 14 Mac,1948 dan telah disiar dalam "Utusan Zaman"

Saturday 13 April 2013

Bertemu Sdr. Ramadon Panjor


Dia anak muda yang senang didekati.Peramah. Dia berasal dari Setul(Satun kata orang Thai). Sewaktu bertemu beberapa bulan yang lalu dia memberitahu tidak lama lagi dia bakal menjadi seorang ayah. Anak muda yang berkaca mata berpakaian cukup simple kata orang putih.Aku tidak begitu dia lulusan universiti mana? Aku dengar macam Rajapat. Sebutannya tidak begitu jelas.Dia boleh berbahasa Thai dan Inggeris. Jadi sewaktu berbual dengannya Aku menggunakan Bahasa Ingeris kerana dia tidak boleh berbahasa Melayu kerana sistem pendidikan di Thailand yang begitu rupa. Umum mengetahui orang Melayu di Setul tidak pandai berbahasa Melayu.

Pemuda yang berjanggut lebat dan bermisai tebal begitu ghairah sekali berbincang tentang masalah di Patani Darussalam. Walaupun Bahasa Inggerisnya semacam keThailanan tapi aku masih boleh faham.Kata Sdr.Mansor Salleh, bapa Ramadon seorang senator.

Pertama kali Aku berjumpa dengannya di Universiti Putra Songkhla,Patani.Katanya dia membuat bermacam-macam kerja. Dia tidak menerangkan apakah kerja yang begitu bermacam-macam itu. Tapi sekarang tumpuannya kepada 'DeepSouth' sebuah NGO yang banyak meneliti dan memerhati konflik di Patani Darussalam.

Kali kedua Aku berjumpa dengan dia sewaktu bersarapan di kedai kopi. Dia tetap berbicara tentang masalah Patani juga. Bagaimana Patani boleh menjadi wilayah yang aman damai.Konflik ini sudah berlarutan sudah 9 tahun tanpa penyelesaian.Rambutnya yang hitam sudah mulai ditumbuhi uban.Tentunya dia banyak berfikir sehingga dalam usia yang begitu muda dipenuhi dengan uban di kepala.

Sewaktu berbual dengannya dia begitu murah dengan senyuman dan ketawa.Bagusnya Si Ramdon ini dia menyalahkan sesiapa ataupun berkata yang tidak enak didengar tentang mana-mana pihak.Dia begitu berhati-hati sekali berbicara mungkin kerana kami orang luar!

Menziarahi Wilayah Yang Bergolak


Wilayah ini masih bergolak dan berkocak. Setiap hari pasti ada letupan bom. Setiap hari ada kematian dan yang cedera dan cedera parah. Di sini sudah menjadi perkara biasa. Negara Patani Darussalam masih lagi dibawah genggaman penjajah Thai. Rakyat Melayu Islam di sini meminta keadilan. Tetapi keadilan dan kedamaian masih jauh berbalam-balam.

Kami sempat singgah di sekolah agama yang lebih dikenali dengan nama 'Pondok Hj Harun'.Pengerusi MASSA, Saudara Mustafa Mansur,dua orang dari NGO Indonesia dan Ustaz  Dato Kamaruddin Kassim dari Persatuan Ulama turut bersama. Dialah banyak pengalaman di wilayah yang bergolak dan berkocak ini.

Kami  sebagai orang luar sedikit sebanyak dapat merasa kepahitan penduduk di sini. Saya perhatikan tidak  ada seorangpun bangsa Eropah yang berkunjung ke Jala ini.Kalau di Bangkok memanglah ramai 'Mat Saleh' berkunjung di situ.

Mereka di sini meneruskan hidup seperti biasa. Makanan di cukup banyak dan sungguh lazat. Mesjid Jamek Pekan Jala sentiasa dikunjungi orang setiap waktu. Dan malam di wilayah 'Palestin Jala' segar sampai jam 11.00 malam (waktu tempatan). Makanan masih boleh dibeli.Di sini tidak ada kelab malam!

Friday 12 April 2013

Al-Quran Untuk Rohingya



Pengerusi MaSSA, Sdr.Mustafa  Mansur  menghadiahkan Al-Quran kepada wakil Rohingya. Mereka sangat perlukan Al-Quransebagai bahan bacaan harian.




Inilah Yang Dibawa


Dalam karung plastik ini adalah segala-galanya. Tidak bekas yang cantik. Tidak beg cantik untuk dibawa bersama.Hanya karung plastik inilah yang cukup ampuh menghadapi bergelombang laut dan ombak laut.

Bagi orang Rohingya karung plastik inilah beg mereka. Sewaktu 'meninggalkan' tanahair beg plastik yang yang dibawa.

Ia tahan dilamun ombak. Tidak tenggelam. Mudah dibawa dan harganya murah. Dalam karung plastik inilah semua 'kenangan' dibawa bersama.