sponsor

Monday, 19 August 2013

Pondok Dalla Menjanjikan Pengajian Islam Secara Tradsional


Pondok Dalla dan Baba Abdul Karim cukup dikenali di Pekan Patani. Jarang sangat orang Melayu Patani  yang tidak  mengenali Baba Karim atau pondok Baba Karim.

Pondok Dalla agak jauh ke dalam kampung. Terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar  Patani. Tetapi pondok ini bukan milik perseorangan. Kata Baba Abdul Karim, "Bila pondok itu milik perseorangan jadi masalah bila Tok Guru meninggal dunia." Menurut Baba lagi bagi mengatasi masalah  ini tanah dan pondok ini diwakafkan. Mereka ada semacam yayasan yang menguruskannya.

Kaedah Pengajaran. Di sini semua pelajar akan mengadap Tok Guru ataupun dipinggil 'Baba'.Pelajaran diajar secara talaqi( 'tadah kitab),dari awal hingga tamat isi kitab itu. Di samping itu kaedah 'mentor mente'digunakan, iaitu pelajar yang senior membimbing yang junior. Selain Baba A, Karim yang mengajar dan membimbing,  menantunya Faisal turut mengajar sama. Faisal cukup fasih berbahasa Melayu walaupun bukan dari wilayah Patani Darussalam.


Menurut  Faisal setakat ini  ada 360 orang penuntut termasuk  dari Malaysia. Kesemuanya 12orang. Kebanyakannya dari negeri  Kedah Darul Aman. Mereka menuntut di sini atas perbelanjaan sendiri. Pihak pondok menyediakan air dan eletrik. Pelajar  yang belajar di sini kena bayar sedikit sahaja yuran dan itu pun untuk kali pertama mereka  mendaftar di sini.Selepas itu tidak ada apa-pa yuran lagi. Mereka memasak sendiri makanan  mereka. Kami difahamkan sebuah pondok untuk seorang penuntut.Mereka memulakan elajaran selepas subuh, jam7.30 pagi  sehinggalah 2.20 petang. Pelajar di sini tidak diberikan sebarang sijil,diploma  atau sewaktu  dengannya. Biasanya pelajar menuntut di sini agak panjang. Biasanya antara 5 hingga 10 tahun. Selepas itu barulah mereka pulang ke kampung  halaman masing-masing. Ada yang membuka pondok sendiri, menjadi imam, guru agama dan sebagainya.


Guru-guru yang mengajar  di sini tidak menerima sebarang gaji atau elaun. Mereka memberikan khidmat sukarela untuk membangunkan agama  di bumi Sheikh Dawud Al-Fathoni. Di pondok ini pintu masuknya  tidak ada pengawal dan tidak ada pagar berduri.



Menurut Baba Karim setakat ini pihaknya belum mampu menerima pelajar perempuan untuk mengikuti pelajaran di sini. Soal kawalan,keselamatan dan sosial  perlu diambil kira. Dengan kemampuan yang ada setakat ini  pihak pondok  hanya mampu menerima pelajar  lelaki buat  masa ini.


Alamat pondok Dalla.

101/1  MOO 3 T. MANANG-Yong
A. Yaring Ch.PATANI
94150
Thailand Selatan.


Saturday, 17 August 2013

PERTEMUAN PERTAMA DAN TERAKHIR

Aku bertemu  dengan nya  di Universiti Putra Songkhla,cawangan Patani.Aku difahamkan dia juga seorang tokoh politik Patani Darussalam.  Sebelum aktif dalam politik  dia  seorang guru.
Dia pernah mengajar di Pondok Hj Harun yang cukup  terkenal itu.

Penglibatannya  dalam  politik cukup berjaya. Beliau telah dipilih sebanyak  enam kali sebagai Yang Berhormat(YB) di Yarang. Beliau  juga terlibat sebagai  ahli mesyuarat Majlis Perbandaran Patani. Selepas bersara dari politik beliau menubuhkan sekolahnya sendiri bersebelahan rumahnya.

Petang itu dia mengajak Aku ke sekolahnya. Aku mengajak seorang dari  Malaysia dan juga seorang dari Patani. Tetapi mereka menolak. Selepas beliau ditembak baharulah Aku tahu sebabnya. Memandangkan YB bersungguh benar mengajak Aku ke tempatnya, aku tidak keberatan mengikutnya.





Dia menubuhkan sekolahnya sendiri yang bernama 'Amallidin Of Foundation School. Dia menjadi Pengarah sekolah. YB Ghafur mahukan anak bangsanya mendapatkan yang tinggi dan kerana itu mengusahakan sekolahnya menjadi pusat pendidikan lanjutan untuk mendaptkan ijazah. Usahanya berjaya mendapatkan tenaga pengajar secara sukarela. YB Ghafur sendiri melanjutkan pelajaran sampai ke peringkat sarjana(gambar di atas beliau menerima ijazahnya)

Beliau mahukan guru-guru TADIKA( tidak sama dengan guru Tadika di Malaysia) diperkukuhkan latihan perguruan dan dipertingkatkan lulusan akademik mereka. Hasrat dan harapannya mendapat persetujuan ramai tokoh pendidikan di TADIKA dan PERKASA.(bukan PERKASA di Malaysia).

Beliau mengajak Aku untuk berjumpa dengan tokoh poltik veteran Patani,Din Tokmina.Din Tokmina anak seorang ulama dan pemimpin masyarakat Patani yang terkenal iaitu Haji Sulong.Din Tokmina pernah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dan juga bekas Senator. Oleh kerana Aku kesuntukan masa dan perlu pulang ke Malaysia hari itu, jadi hasratnya tidak  dapat aku tunaikan.


Gambar: Din Tohmina    


Setahu Aku Din Tohmina sudah berumur  79 tahun. Aku berharap dapat bertemu dengan tokoh besar dari Patani ini sebagai menunaikan hasrat YB Ghafur.

Wednesday, 14 August 2013

AKU RELAKAN KAU PERGI

Biarpun dia telah pergi tapi namanya tetap disebut dan dikenang orang. Dia seorang guru tadika di Kampung  Pulau Sena,daerah Raman,di wilayah Jala.Dia ditembak ketika hendak pergi  menoreh getah. Waktu dia ditemak masih di atas  motorsikal. Kira-kira hendak turun  dari motorsikal. 

Dia sudahpun bertunang dengan Syamsiah,. gadis sekampung  dengannya. Keluarga mereka telah bersetuju hendak disatukan mereka  selepas  hari  raya  tahun ini(2013). Manusia boleh merancang tetapi Tuhan mementukan segala-segalanya.  Sekarang  yang tinggal  hanya  yang tinggal.                      

Pihak penjahat telah  menuduhnya menanam bom  di tepi jalan. Pihak penjahat yang tidak berhati perut mencari alasan untuk menghukum Saiful Bin Roni anak muda yang berusia 28 tahun itu. Anak muda lulusan kolej Sheikh Dawud itu cukup terkejut dengan tuduhan gila dan tidak berasas itu. 

Tapi pihak penjahat tidak peduli itu semua. Asuhan  yang  diterima daripada penjajah tidak ada hukum halal atau haram. Hanya hukum rimba  yang diterima pakai. Satu  bedil bererti masuk wang ke dalam sakunya.  Yang ditunggu sudah  tiba. Saiful menjadi mangsanya. Siapa pembunuhnya? Warga Patani Darussalam cukup arif siapa pembunuhnya..

Tuesday, 13 August 2013

MASJID WADI AL- HUSSEIN PUSAKA MELAYU ISLAM

Seni bina masjid ini cukup indah dan menarik. Ianya dibuat daripada kayu cenggal tanpa menggunakan sebatang pakupun. Sama juga dengan seni bina  istana Sri  Menanti di Negeri Sembilan. Istana lama ini juga tidak menggunakan paku.

Masjid ini terletak di Kampung Teluk Manak, Menara,Patani Darussalam. Masjid kayu ini didirikan oleh Wan Hussein ini kira-kira 400 tahun dahulu masih tegak gagah terdiri di Tanah Pusaka yang bergolak dan berdarah.



Seni bina masjid ini mendekati ciri-ciri reka bentuk Masjid Kampung Laut dan masjid Jenawa di Bangkok.
Wan Hussein pendiri masjid yang juga anak didik Sunan Ampel, adalah seorang ulamak dan hafiz. Beliau tinggal lama di Kampung Sena(Patani). Atas arahan Raja Patani beberapa orang alim diperintah meninggalkan Patani dan  mencari tempat perlindungan kerana serangan Siam begitu kuat sekali.


Wan Hussein telah berpindah ke Menara(Narathiwat) bersama  keluarga  dan pengikutnya. Beliau memilih kawasan yang dikenali dengan nama Lubuk Sawa, Bacok, Menara. Akhirnya tempat ini dikenali dengan nama  Kampung Teluk  Manak.

Beliau telah dilantik sebagai pemimpin dan digelar Tok Masjid.

Sumbangan beliau yang terbesar ialah membangunankan sistem pengajian pondok seperti  yang terdapat di Gresik Jawa Timur.  



Bahagian dalam Masjid Wadial-Hussein.                                                                                      




Pemandangan dari dalam. Seni ukir  yang cukup indah terdapat di masjid ini.

Sunday, 4 August 2013

DI MANAKAN DICARI GANTI

Beliau seorang  guru Tadika. Mengajar  dan mendidik anak bangsa. Imbuhan  yang dibayar  tidaklah seberapa. Tetapi bagi Khadijah Binti Abd Rashid soal bayaran   bukan tujuan utama beliau mengajar di Tadika.

Beliau mahukan  anak bangsanya menghayati ajaran Islam dan mengerti bahasa Melayu  yang hanpir  pupus  kerana  dasar penjajahan Siam.

Beliau tinggal di Kampung Lesing,, di  daerah Raman,wilayah Jala. Khadijah berusia 25 tahun dan mengandung 7 bulan.                                                          
Setiap hari Sabtu dan Ahad Khadijah akan membawa bersamanya anak tirinya yang berusia 4 tahun  dengan menunggang  motorsikal  ke  sekolah  Tadika.                            

Pagi itu dia ke Tadika bersama anaknya. Dalam perjalanan dia ditembak oleh seorang lelaki bersenjata. Dia jatuh. Anaknya yang berusia empat itu  tidak mengerti ibunya ditembak.Dia berlari ke sekolah Tadika memberi tahu gurunya, 'ibu  jatuh motorsikal'. Mereka meluru ke  tempat kejadian. Mereka mendapti wajahnya dituris  dengan benda tajam. Dia ditembak dari belakang.                                                                                                                                                                                                                                   "Beginilah nasib guru kami. Sudahlah  tidak 'bergaji'. Ditembak pula! kata seorang  kakak  yang ikut  bersama kami dalam program menziarahi  Tanah yang terluka