sponsor

Thursday 31 October 2013

Semalam Di Kampung Pupur

Baru-baru ini selepas singgah ke Tabal(Tak Bai istilah orang Siam) aku terus ke Jabat di wilayah Menara yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu Islam Patani. Wilayah ini masih bergolak dan terus bergolak kerana berlakunya penindasan Siam terhadap orang umat Islam. 

Aku singgah di Kampung Pupur dan bermalam di situ. Ada dikenalan di  situ. Namanya Hj Lazir.Dia seorang peniaga kecil di kampung itu.Dia membuka kedai runcit. Ada waktunya dia bertugas sebagai sukarelawan kesihatan. Dia juga mengajar Al-Quran kepada anak-anak kampung itu. Di kampung ini aku ada kenalan yang bernama Hasan Jabat.Anak muda yang berusia 26 tahun lepasan Universiti Putra Songkhala,cawangan Patani.Dia seorang aktivis masyarakat. 

Aku sampai waktu petang di kampung itu. Aku ke rumah Hasan Jabat. Rumah itu sudah berusia 100 tahun namun kayunya masih kukuh lagi. Tidak sampai lima minit aku duduk dirumah Hasan hidangan petang sudah dihidangkan. Pulut dengan ayam goreng. Jiran-jiran disekeliling datang bertanya khabar tentang Malaysia.Banyak juga soalan tentang Malaysia yang mereka tanya. Ramai yang pernah ke Malaysia terutama ke Kelantan dan Kuala Lumpur. 

Malamnya Hj Lazir mengajak aku makan malam di rumahnya. Aku terima pelawaannya. Malam itu dia mengajar Al-Quran. Dia menghidangkan dengan buah-buahan tempatan seperti durian,dukung,buah berangan sementara menunggu makan malam disiapkan. Dia mengajar anak-anak kampung Al-Quran dan akhlak selepas solat maghrib. Dia menggunakan bahasa Melayu dialek Patani. 

Durian segar di Kampung Pupur cukup lazat. Baru gugur dari pokok. Ada dua tiga jenis durian yang dihidangkan. Habis durian dibawa pula buah dukung dan buah berangan. Aku masih boleh makan lagi.Tapi bila dibawa buah manggis aku sudah tidak mampu makan lagi. Aku menyimpan ruang untuk mengisi nasi.

Makan malam cukup berselera dan enak. Ulam kampung beraneka jenis. Sambilan belacan,budu dan tempoyak ada.Sungguh menyelerakan. Malam di Kampung Pupur kaya dengan kesunyian. Tiada kenderaan yang lalu lalang.Kesunyian terus memdakap malam.Malam pula diselimuti dengan angin sejuk dari bukit.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               
                         

Sunday 20 October 2013

Anak As Syahid Diganggu Tentera Penjajah Siam

As- Syahid Ramli gugur dalam pertempuran ketika berjuang empat tahun yang lalu. Ketika itu umurnya 45 tahun.(tiada gambar di sini).Biarpun beliau sudah pulang menemui Penciptanya Yang Berkuasa tetapi penjajah Siam masih berdendam lagi. Pihak tentera Siam selalu datang ke rumah mencari anak lelakinya yang bernama Amran. Amran anak muda yang tidak berdosa. Dia tidak pernah melanggar undang-undang negara. Dia tidak terlibat dengan sebarang jenayah atau dadah. Semua itu dia tidak terlibat. Dia anak kampung biasa masuk hidup aman dan menjaga ibu.

Tentera Siam akan datang tanpa mengira waktu. Dengan angkuh dan sombong tentera Siam berkata, "Ini negara kami. Bila-bila kami boleh datang ke rumah awak." Adat Melayu yang penuh sopan tentulah menolak perbuatan tentera penjajah Siam masuk ke rumah tanpa membuka kasut! Bukan rumah As- Syahid Ramli mereka masuk tanpa membuka kasut,,rumah orang Melayu lainpun serupa.

Semasa hidupnya As-Syahid seorang yang cukup kreatif. Tayar terpakai telah dikitar semula menjadi hiasan di halaman rumahnya yang cukup indah dan berseni.

Tayar terpakai dibuat tempat duduk. Dia menggunakan skru untuk mencantumkan tayar yang  dipotong menjadi tempat duduk.

Saturday 19 October 2013

Kampung Sator Bumi Bertuah.

Ketika pertama kali Aku berkunjung ke Kampung Sator Tuan Khatib yang bernama Hj Thohir memaklumkan terdapat 12 orang syuhada disemadikan di kampung ini. 

Kampung ini sentiasa menjadi perhatian pihak polis dan tentera penjajah Siam. Pihak berkuasa telah melepaskan 'anjingnya' berkeliaran di kampung ini. Menurut sumber yang layak dipercayai anjing-anjing ini dibayar oleh penjajah Siam. Jadi tidak hairanlah pihak jika tentera begitu cepat sekali menghidu kepulangan pejuang ke kampung. 

Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai penoreh getah dan ada yang mengajar secara sukarela di tadika( sekolah rendah Melayu). Biarpun imbuhan tidak seberapa tapi mereka puas dapat mendidik anak bangsa memahami Islam dan belajar bahasa Melayu.Dalam sistem pendidikan di Thailand bahasa Melayu tidak dibenarkan diajar di sekolah kerajaan. 


Oleh kerana itu kami berpendapat sesuai melakukan korban dikampung yang jauh terpencil ini.Kampung ini kaya dengan pohon getah yang menghijau, buah-buah kayu seperti langsat,dukung,rambutan,limau dan sebagainya.

Pihak kami begitu gembira sekali dengan sambutan orang kampung di sini.Mereka cukup mesra dengan kami walaupun inilah kali pertama bersua muka. Malamnya kami tidur rumah mangsa konflik. Mereka begitu tabah menghadapi ujian hidup ini.Aku bermalam di sebuah seorang guru yang pernah kena tembak oleh pihak tentera. Dia tidak mati. Tuhan mahu dia hidup. Dia berjanji kepada dirinya akan terus membantu orang kampung yang ditindas oleh tentera penjajah Siam. 

Rombongan kami disertai oleh dua orang pelajar dari benua Afrika. Seorang dari Uganda dan seorang lagi dari Kenya.Mereka mahu melihat sendiri kehidupan umat Melayu Islam Patani. 

Salah seorangnya memberi tahu aku,"Sungguh bertuah umat di sini ada tentera sendiri yang boleh menentang kezaliman tentera Siam.Di negara saya tidak ada seperti ini." kata anak muda yang belajar di Universiti Al-Bukhari, Alor Setar,Kedah.

Nasib Anak Melayu Patani Di bawah Penjajahan Siam

Suaminya sudah tujuh tahun tidak boleh pulang ke Kampung Sator. Dia diburu oleh pihak tentera dan polis. Suaminya bukanlah penjenayah. Cuma dia tidak senang dengan gaya pihak Siam menindas dan melakukan kekejaman terhadap bangsa Melayu Patani.

Suaminya Samsudin Yusof, 38 tahun sudah hampir  7 tahun tidak pulang berhari raya bersama keluarga. Mereka mempunyai 4 orang anak. Yang pertama berusia 13 tahun, kedua 11, ketiga 7 dan keempat 3 tahun.

Rumahnya kelihatan seperti tidak siap. Tapi sudah cukup untuk melindungi mereka 5 beranak daripada hujan dan panas.

Puan Suhaini Md Nor Husin ada waktunya kelihatan sedih dan sayu terutama pada hari perayaan Islam yang utama,Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Beliau tetap tabah menghadapi segala ujian ini.
















Pihak penjajah datang ke rumahnya tanpa mengira waktu. Ada waktu siang. Kadang-kadang tengah malam hanya untuk mencari suami yang disebut orang sebagai 'pejuang'. Pihak penjajah berusaha penuh sungguh, siang dan malam untuk menghapuskan pejuang dibumi Fathoni Darussalam.

Menurut seorang pemimpin Fathoni, perjuangan membebaskan fathoni adalah perjuangan rakyat. Hampir dalam setiap keluarga Melayu Islam Patani ada yang dibunuh oleh penjajah Siam dan syahid. Jadi menurut tokoh itu perjuangan ini tidak mudah dipadamkan. Biasanya perjuangan rakyat, ia mengambil masa yang panjang.

Friday 18 October 2013

Gugurnya Seorang Pahlawan

Kepulangan as-syahid ke kampungnya, Kampung Pecah Bonggor,Mukim Sawa, Menara telah dapat dihidu oleh anjing penjajah. As-syahid Abdullah Berahim berusia 29 tahun. Rumahnya jauh di pedalaman dan terletak di belakang sekali diantara rumah yang ada di situ. Malam itu as-asyahid bersama isteri dan anaknya. 

Kampung yang terletak jauh di pedalaman itu kaya dengan kesunyian. Tetapi kesunyian malam telah dirobek oleh tentera penjajah Siam yang datang mencari as-syahid Abdullah. Malam masih muda. Baru  pukul 12.00 malam. Tiga buah truk datang ke rumah as -syahid. 

Mereka mengetuk pintu dengan kuat sekali. Pintu tidak segera dibuka. Rosmini menyuruh suaminya bersembunyi dalam almari. Setelah 'selesai' semuanya Rosmini membuka pintu. Mereka mencari as-syahid tetapi tidak  jumpa. 

Tenteranya Siam mengugut hendak menembak anaknya dan isteri jika as syahid tidak keluar daripada tempat persembunyian. Isterinya berkata,"Tembaklah." Menurut Puan Rosmini tentera penjajah akan tembak sungguh. 

Tiba-tiba suaminya keluar  dengan mengangkat kedua-dua tangannya. Rosmini dan anaknya diheret keluar rumah. Rosmini tidak tahu apa yang dilakukan oleh tentera penjajah Siam terhadap suaminya. 

Kesunyian malam itu telah dipecahkan dengan lima das tembakan. As-syahid telah ditembak ditepi tengok dan gugur dalam keadaan sujud. Rosmini tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Dia masih diluar. Dikawal oleh tenteraa penjajah. 


Rosmini melihat tentera Siam keluar daripada rumah dengan ketawa terbahak-bahak. Mereka cukup gembira. Ganjaran wang tunai sudah menunggu!

Monday 7 October 2013

SB Di Pasir Pekan

Perjalaan ke Hujung Selatan melalui Pangkalan Kubur ke Tabal(Tak Bai) agak meletihkan. Pasir Pekan ada seorang SB.SB di sini bukannya merujuk kepada 'Special Branch' tetapi sahabat baik. Aku tidak pula memberi tahu dia tentang kembara ini.

Jam 10.00 malam dua kali telefon berdering.Aku sedang memandu. Kali ketiga baru aku menjawab panggilan itu. Suaranya tidak berapa jelas kerana enjin kereta telah membaham separuh daripada suara dialek Kelantan ini.

Aku menjadi kehairan mendengar 'suara' ini. Bila pula dia tahu tentang perjalanan ke Hujung Selatan wilayah jajahan Negara Gajah Putih ini. Biarlah. Bila bila bercakap dalam Bahasa Melayu 'standard' fahamlah aku. Malam masih muda. Pekan Kulim belum tidur lagi.

'Pasir Pekan'. Inilah kali pertama aku mendengar nama ini. Kalau 'Pasir Roboh selalulah.'Bagi tau derebar tu berhenti kat Pasir Pekan, Pasir Mas." Pasir Pekan. Aku mengulangi nama itu dua tiga kali. Takut lupa.Maklumlah baru pertama kali dengar nama ini.

Ramai orang juga orang Kelantan yang menaiki bas ini. Malam itu tempat duduk penuh. Di tepi aku ada dua tiga orang anak gadis dari Kelantan.Aku meminta mereka memberi tahu bila sudah tiba di Pasir Pekan.Aku sendiri tidak tahu di mana letaknya Pasir Pekan."Berhenti di Petronas Pasir Pekan,nanti Ana datang ambil." Itulah pesan SB Aku.

Aku sempat tidur dalam bas.Terbangun pukul 2.00 pagi.Nampak stesen minyak Petronas. Tidak ada papan tanda Pasir Pekan.Malam semakin tua.Bas terus meluncur dan berhenti di mana perlu. Pasir Pekan masih belum nampak wajahnya. Aku bertanya kepada pemuda yang duduk di belakang sekali. "Lagi 45 minit," kata pemuda itu.

Di sebelah kanan aku ada dua orang pelajar IPTA. Aku telah berpesan kepada mereka tolong kejutkan bila dah sampai ke Pasir Pekan.

Bas terus membelah malam yang pekat. Penghawa dingin terus menggigit seluruh tubuh tanpa rasa belas kasihan.Dari jauh nampak stesen minyak yang berwarna hijau. "Ini kah? tanya aku. "Satu lagi Bang." jawab anak muda yang tadinya berbaring di belakang sekali.

Bas yang hendak ke Kota Bahru semacam mahu berhenti. Aku nampak stesen Petronas. Tapi tak nampakpun papan tanda "PASIR PEKAN". "Dah sampai Pak Cik." kata anak gadis yang berada di kanan aku."Terima kasih."

Baru pukul 4.30 pagi. Aku terdiri di tepi jalan dan sempat mengambil gambar sebagai kenangan. Gambar stesen Petronas Pasir Pekan.

"Sampai Pasir Pekan call ana." pesan Wan Abdul Rahman. Beliau seorang tokoh koperasi dan dai' yang cukup dikenali di Kelantan. Namanya cukup dikenali wilayah Patani,Jala dan Menara. Beliau aktif membantu anak yatim piatu di tiga wilayah yang terluka dan masih berdarah lagi.

Wan Abdul Rahman di rumahnya Pasir Pekan.
Rumah Che Wan tidak jauh dari masjid.Kami berjalan kaki ke masjid.

Selepas bersarapan 'nasi kerabu' Aku dan Hasan Jabat dihantar oleh Che Wan dengan keretanya ke Pangkalan Kubur.