sponsor

Saturday 15 October 2016

Pesanan Sang Presiden Malaysian Relief Agency (MRA)

Ramai yang mengambil mudah istilah yang digunakan ketika bercakap ataupun menulis. Antara istilah yang sering disalah gunakan ialah 'kebetulan' dan 'mangsa'.Contohnya, Kebetulan kedatangan pengetua baru, andapun bersara. Sebenarnya dalam falsafah Islam istilah kebetulan tidak boleh digunakan, tegasnya tidak ada istilah itu dalam hidup umat Islam.

Demikian juga istilah mangsa banjir. Banjir dihantar oleh  Sang Pencipta kepada makhluknya sebagai bentuk ujian.Ataupun lebih tepat disebut sebagai ditimpa musibah. Menurut Dato' Dr.Abdul Razak dengan ditimpa manusia akan sedar dan kembali ke jalan Allah.

Tetapi kontek yang lain istilah mangsa boleh digunakan. Contohnya mangsa peperangan. Kezaliman dalam peperangan dilakukan oleh manusia.Tangan-tangan manusia yang melakukan kekejaman dan kezaliman.

Beliau juga menyebut tentang  kesihatan mobiliti dikalangan rakyat  Malaysia. Kadarnya telah meningkat dan cukup membimbangkan.Bermula dengan kadar 10% telah meningkat kepada 29.7%.Macam-macam perkara tidak elok boleh berlaku.

Beliau juga  menyentuh cara membantu orang susah iaitu dengan membantu memberikan keperluan mereka dahulu.Kemudian barulah kita "memberi kail" kepada mereka, jelas beliau.


Beliau berkata  demikian dalam majlis penghargaan kepada aktivis MRA Kedah, MRA Pulau Pinang dan Unggas Pulau Pinang di bandar Laguna Merbok, Sungai Patani Kedah

Oleh Shakir Md Taha

Jasa Mu DiKenang Dalam Sejalin Kasih Sejambak Mesra

Malaysian Relief Agency(MRA) Kedah meraikan aktivis dari Kedah dan Pulau Pinang dalam majlis "Sejalin Kasih Sejambak Mesra di Restoran Al-Araby Mathaam,Bandar Laguna Merbuk Sungai Patani hari ini.

Dalam majlis itu aktivis dihidangkan  dengan masakan ala Arab. Aktivis dari Kedah dihadiahkan sehelai 'vest' sebagai penghargaan. Aktivis juga turut diberi peluang untuk menceritakan pengalaman mereka turun ke lapangan.

Pihak MRA Kedah turut mengundang MRA Pulau Pinang dan wakil Unggas Pulau Pinang. Wakil Unggas Pulau Pinang diwakili oleh Ustaz Kamaruddin Kassim.

Pengerusi MRA Pusat turut hadir dalam majlis itu.





Oleh Shakir Md Taha