RACUN AKARNYA KALAU MAHU MEMBUNUH POKOK
Kata pepatah,jika mahu membunuh pokok , maka racunlah akarnya.Jika mahu membunuh BANGSA maka racunlah sejarahnya. Sejarah bangsa Melayu di wilayah Satun telah di racuni dan dibakar. Dasar kerajaan Thailand untuk menyatukan penduduknya, perkara paling utama adalah BAHASA. Satukan Bahasa pertuturan mereka. Maka dari tahun 1909 sehingga sekarang, Kerajaan Thailand telah berjaya mengTHAIKAN masyarakat Melayu Satun dengan bahasa.
Nama-nama tempat telah diThaikan. Pada hemat saya, inilah kejayaan yang paling besar dicapai oleh Negara Gajah Putih daripada masyarakat Melayu Satun.Ianya TIDAK menjadi kesalahan bagi kerajaan sesebuah negara melakukannya. Contohnya seperti berikut:-
- Wang Beacan- Wang Prachan
- Tanjung Pauh- Tanyong Po
- Bukit - Phuket
- Kg Lubuk Batu -Loh Boh Ba Tu
- Bukit Menteri - Bukit Gradree
- Pangkalan Jintan - Ka Ia Yin Tan
Oleh Joe KL
BERSAMBUNG.....

