sponsor

Sunday, 21 July 2013

KERJA SOUTH DARK









Ini sebahagian daripada kerja keji dan jahat yang dilakukan oleh South Dark, Thailand.




SIKAP MELAMPAU MEDIA SOSIAL SIAM

Gambar ini disiarkan fan page media sosial facebook yang bernama 'South Dark'. Gambar ini menghina Datuk Sri Ahmad Zamzamin Hashim,wakil kerajaan Malaysia dan wakil BRN,Ustaz  Hashim Taib.

Menurut pensyarah bahasa Melayu di Universiti Putra Songkhla, Hara Shintaro, laman ini terkenal di kalangan aktivis serta pertubuhan bukan kerajaan(NGO) di Patani kerna sudah lama menyiarkan gambar-gambar bersifat fitnah dengan melemparkan tuduhan yang sama sekali tidak berasas.

Menurut Shintaro lagi, pihak yang menjadi sasaran serangan fitnah ialah aktivis muda,ahli akademik yang menyokong proses damai(termasuk Shintaro),pertubuhan bukan kerajaan seperti Deep South Watch dan wakil BRN,terutamanya Ustaz Hassan.

"Kami di Thailand akan mengambil tindakan undang-undang terhadap fan page tersebut." jelas pensyarah yang berasal dari Negara Matahari terbit.


Wednesday, 17 July 2013

APA YANG SEBENARNYA BERLAKU DI NEGARA PATANI DARUSSALAM?


Telitilah sendiri gambar kartun di atas. Anda tentunya dapat menilai apa  yang dilakukan oleh tentera Thailand terhadap  rakyat Patani. Kata orang tua-tua, lain dimulut lain dihati. Rakyat Patani cukup menderita dibawah pentadbiran kerajaan Siam.

Sunday, 7 July 2013

MATINYA SEORANG THAHAN PHRAN BERBANGSA MELAYU

Dia berbangsa  Melayu. Emaknya Melayu. Bapanya juga Melayu.Dia menyertai pasukan paramiliter ini kerana gajinya yang lumayan dan juga kerana pendidikannya tidak tinggi. Syaratnya cukup mudah. Sihat tubuh badan dan lulus sekolah gred 5,warga Thai,berumur 18-29 tahun dan berdekatan tempat beroperasi.

Tentera ini tidak sama dengan tentera biasa atau dikenali dengan 'Royal Thai Army.' Mereka tidak mendapat insuran bila ditimpa mala petaka.

Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1978 dengan tujuan untuk memerangi anggota Parti Komunis Thai. Tetapi apabila berlaku kebangkitan rakyat Patani Darussalam pada tahun 2004  ramai anggotanya dihantar ke tiga wilayah iaitu Jala,Patani dan Menara.


Kekuatan anggota ini menurut laporan www.globalsecurity.org ialah seramai 11, 000 orang.

Sejak berlakunya kebangkitan 2004 ramai anak Melayu diambil menyertai  Thahan Phran.Kebanyakan anak Melayu yang memasuki pasukan ini tidak mempunyai pegangan agama Islam yang kuat dan ada yang buta agama.



Mereka mendapat latihan insentif ketenteraan selama 45 hari sahaja. Gaji yang dibayar lumayan juga. Kira-kira RM1700 sebulan( RM100-+ Bht 960).


Kami bertemu dengan seorang Melayu yang menyertai Thahan Phran. Bila bercuti dia akan menghabis masanya di Golok dengan perempuan jalang dan minum-minum. Bila ditanya apa yang anda lakukan bila bertemu dengan pejuang? "Saya akan tembak dia. Dia orang jahat." Itu ucapan yang keluar dari mulut seorang Thahan Phran  yang berbaju hitam.

  Tidak berapa lama kemudian  kami mendapat berita  dia mati ditembak sewaktu meronda di sebuah kampung. Keluarganya meminta disembahyangi dan dikebumikan. Tetapi Tok Imam itu menolak. Lalu keluarganya membawa ke tempat lain. Ditolak juga dengan alasan bukan kariah atau penduduk di situ.

Akhirnya dia dikebumikan di sebuah perkuburan orang Cina!    

Sebagaimana  yang dikata  dalam sebuah laman web, www.globalsecurity.org, " It has also been reported in the past these units included a large majority of local thugs who often made use of  their Thahan Prahan status to continue crimes against their Thai fellow citizens".

                                                                                                  



















Thursday, 4 July 2013

Rumah Tuan Guru Hj Shafie Basir Di Yarang

Aku tidak pernah bersua muka dengan Tuan Guru ini. Aku hanya mendengar namanya. Wajahnya ku lihat terpampang di tepi jalan raya.

Dia sangat-sangat dikehendaki oleh pihak penjajah Thai. Ada tawaran yang tinggi diberikan kepada siapa yang dapat memberikan maklumat di mana  dia berada. Tak siapa yang tahu di mana diberada.


Dia seorang ulama yang hebat. Dia sebagai mudir di Pondok Hj Harun Jala, Patani Darussalam. Pondok ini mempunyai ribuan pelajar. Tahun ini(2013) kira-kira 6, 600 pelajar di sini. Ada lelaki dan perempuan. Kelas  lelaki dan perempuan dipisahkan.

Di wilayah terluka ini nyawa orang alim ulama  sentiasa terancam. Golongan ini dianggap merbahaya  dan kerana perlu dihapuskan daripada muka bumi ini.

Golongan ini merancang dan Tuhan Maha Perancang. Nyawa Tuan Guru dalam bahaya. Dia perlu diselamatkan. Maklumat telah dihidu tentang perancangan jahat terhadap Tuan Guru. Beliau telah dibawa keluar dari Negara Patani Darussalam. Entah ke mana..


Thursday, 27 June 2013

Kampung Pulau Gasing Berdarah Lagi

Rasa-rasanya baru kelmarin kami menziarahi kampung terluka ini. Rupanya sudah setahun berlalu. Kami ke rumah as-syahid Ustaz Yaakub.Beliau gugur ditembak oleh pengganas berbaju hitam.

Baru-baru ini kampung yang tenang dan damai berkocak lagi.Berdarah lagi.Seorang 'baba' gugur syahid ditembak oleh pengganas berhati hitam, berbaju hitam.

Beliau ditembak oleh salah seorang empat lelaki yang datang motosikal.Orang kampung mengetahui siapa mereka itu Cumanya mereka tiada bukti yang cukup untuk mengatakan siapa mereka itu.

Mereka pasti empat orang lelaki berbaju hitam itu , tiada kepala,tiada telinga tapi ada mata. Untuk terus hidup di dunia ini mereka menjadi mata-mata dan 'anjing'.Gaji mereka juga lumayan. Majikan mereka ialah seekor gajah putih yang tidak tahu hakikat insan. Kiranya gajah ini melihat manusia  sebagai makhluk mulia dan istimewa,terhormat dan bermartabat, Sang Gajah Putih ini tidak akan melakukan penjajahan,pembunuhan atau apa bentuk kejahatan terhadap manusia.

Waktu ke sana kami tidak sempat bertemu dengan 'Baba' Ismail kerana dia urusan dengan pihak berkuasa. Dia penuh tekun dan sabar mendidik masyarakat di kampung. Dia menjadi sumber rujukan dalam hal-hal keagamaan.

Kegiatannya mendidik masyarakat kampung tidak disenangi oleh manusia berbaju hitam, manusia yang tiada kepala,tiada telinga tetapi ada mata.

Pagi itu jam 8.00 waktu Patani Darussalam, mereka memanggilnya turun. Baba Ismail turun bersama isterinya. Setelah bercakap seberapa ketika salah seorang daripada melepaskan tembakan ke tubuh Baba Ismail. Dia terus rebah dan meninggal dunia di situ bersama isterinya yang cedera parah.


Mayatnya telah diiringi oleh ribuan orang dengan laungan 'Allahu Akhbar' sampai ke kubur. Ratusan muslimat berada di luar kawasan perkuburan menyaksi pengkebumian As-Syahid Baba Ismail.