sponsor

Wednesday, 8 February 2017

Lim saran menteri menuntut dari tiga 'guru'

Lim saran menteri menuntut dari tiga 'guru': Kit Siang berkata Salleh perlu ‘disekolahkan’ dengan betul berhubung ‘matapelajaran’ BMF, forex Bank Negara dan skandal 1MDB.

Wednesday, 18 January 2017

Dari Nakhon Si Thamarat Singgah Sebentar Di Pulau Pinang.

Hampir 3 tahun tidak bertemu dengan Dr,Abd.Razak Panaemalae. Akhir sekali kami bertemu di Patani sewaktu hari raya korban.  Beliau banyak bercakap soal sastera dan bahasa. 

Terfikir juga hendak bertemu lagi dengan penulis dan ahli akademik kelahiran Menara(Narathiwat) ini. Aku terus membuka FB dan menghantar mesej. Rupanya dia ada di Kuala Lumpur dan hendak singgah di Pulau Pinang sebelum pulang ke Nakhon Si Thamarat(Legor) Selatan Tahiland.

Malam itu Aku sempat sembang dan berbicara selama 2jam di Komtar. Dia kelihatan keletihan malam itu tapi masih mampu berbicara dan memberikan senyuman. Kami banyak berbual soal bahasa dan budaya orang Patani. Penerangan yang dijelaskan cukup menarik dan  jelas.


Beliau juga menjelaskan bukunya akan terbit tidak lama lagi. Akan diterbit oleh   Institut Terjemahan Negara Malaysia(ITNM)

Ketika ditanya kenapa pelajar/siswa siswi Melayu Patani lemah dalam menguasai bahasa Melayu. Menurut Dr, Abd.Razak mahasiswa Melayu Patani lebih banyak membaca buku-buku dalam bahasa Thai.

Mereka kurang membaca buku dalam bahasa Melayu. Ini menyebabkan mereka tidak banyak mempunyai kosa kata dalam bahasa Melayu.Mereka mampu menterjemahankan idea-idea dalam bahasa Melayu.

Menurut Dr, Abdul Razak Panaemalae untuk menguasai bahasa  Melayu perlu rajin dan banyak membaca,

Malam masih muda. Baru jam 10.30 malam. Dr,Abdul Razak kelihatan mengantuk. Beliau meminta izin untuk berehat dahulu. Perjalanan yang meletihkan. Sebelum itu beliau ke kedutaan Thailand. Dan kemudiannya bertemu dengan pelajarnya.

Kota Tanjung masih belum keletihan. Masih segar dan belum lena.


Oleh Shakir Md Taha

E-mel golddinar55@gmail.com


Friday, 11 November 2016

Bahasa Jiwa Bangsa

Papan tanda yang terpampang di bersebelahan Masjid Teluk Manok, Menara, Thailand Selatan.

Ejaan Teluk jadi Taloh.
Manok jadi Manoh.
Anda fikirlah sendiri.




















Inilah Masjid Teluk Manok. Pihak kerajaan Thailand mengekalkan masjid ini dalam bentuk asalnya.Dibiarkan kekal di situ.

Bagusnya ejaannya diperbetulkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Thailand yang baru ditubuhkan.

Pertubuhan sukarela yang banyak terdapat di Thailand boleh mengambil inisiatif memperbetulkan ejaan itu.




Oleh Shakir Md Taha

Thursday, 10 November 2016

Kuih Bantal Buruk di Nad Tanjung Patani

Kami sampai ke Nad Tanjung waktu petang.Hari itu ada pasar petang. Macam-macam kuih ada.Kek ada. Aku sudah biasa makan kek. Banyak kuih yang Aku tidak pernah dengar di Malaysia ada di Nan Tanjung.

Kuih 'Bantal Buruk',kata Che Wan Abdul Rahman. Memang namanya  kuih bantal buruk. Dan Che Wan memang mencarinya di pasar petang hari itu. Rupanya macam serabai di Malaysia. Ianya dibuat daripada tepung beras.Tapi cara membuat kuih bantal buruk kegemaran Che Wan ini tidak sama dengan serabai.

Di pasar petang Nad Tanjung hanya ada seorang pembuat dan penjual kuih bantal buruk. Dia seorang wanita.

Kami berhenti dikedai kopi untuk makan kuih bantal buruk yang dibeli oleh Che Wan Abdul Rahman. Di situ ramai kenalan Che Wan. Rata-rata berumur 63 tahun ke atas.Mereka kelihatan sihat dan segar. Mungkin pemakanan mereka dan udara bersih di Nad Tanjung. Di sini tidak ada kilang seperti di Perai ataupun Bayan Lepas.

Tapi yang tidak menariknya mereka di sini suka minuman yang terlalu manis. Aku tidak pasti adakah tidak diserang penyakit kencing manis!



Kami ke Nan Tanjung melalui Tabal (Tak Bai) dari Pangkalan Kubur( Malaysia). Di sepanjang jalan kami terpaksa melalui lebih daripada 50 sekatan polis dan tentera. Di sebelah sekatan jalan raya biasanya ada kem tentera. Di Patani kereta perisai tentera Siam sentiasa meronda saing dan malam.Di Menarapun tidak kecuali. Wilayah-wilayah ini masih berada dibawah Undang-Undang Darurat.Pihak pejuang pembebasan Patani masih bergerak  aktif dan menyerang tentera Siam bila ada kesempatan.

Tapi hari itu " Cutilah Bom". Bagi orang Malaysia ayat itu mungkin pelik. Di sini letupan bom adalah perkara biasa!



Oleh Shakir Md Taha
shakirtaha@gmail.com

Wednesday, 9 November 2016

Dari Air Mata Yang Mengalir Lahirnya Badan Kebajikan Anak Yatim Dan Fakir Miskin Nad Tanjung

 
                                                             Sebagai seorang iman di Kampung Aur,Nad Tanjung,Patani beliau berasa terpanggil untuk mengetahui keadaan anak khariahnya. Seminggu sebelum menjelang hari raya beliau bertemu dengan seorang ibu tunggal dan bertanya tentang anaknya sama ada sudah beli baju raya atau belum. Ibu itu tidak menjawab pertanyaan Tok Iman lulusan Universiti Al-Azhar itu. Beliau diam. Air matanya mengalir perlahan-lahan tanpa henti. Ustaz Usman Ismail tidak berkata apa-apa. Beliau faham keadaan ibu tunggal itu.

Malam besoknya beliau berbincang dengan AJK Masjid Nad Tanjung. Penyelesaian perlu dibuat bagi mengatasi masalah tunggal Ibu Tunggal yang ada di dalam kampung ini.    

 Dalam mesyuarat yang diadakan semua bersetuju menubuhkan Badan Kebajikan Anak Yatim dan Fakir Miskin Nad Tanjung. Dengan rasmi badan ini ditubuhkan pada pada Ramadhan 1997.


Oleh Shakir Md Taha                                               

Tuesday, 8 November 2016

Surau Lama Kampung Aur, Nad Tanjung Dibina Tanpa Sebatang Paku.

Surau lama di Kampung Aur, Nad Tanjung,Patani, Thailand Selatan sejarahnya begitu kabur. Menurut Ustaz Ismail,seorang iman di kampung itu, surau ini didirikan oleh seorang raja Melayu bernama Saban.

Baginda dibantu oleh seorang yang alim bergelar Dato' Hitam. Kampung ini penuh dengan pokok buluh. Banyaknya pokok buluh di kampung ini lalu dinamakan Kampung Aur..

Menurut cerita orang tua-tua surau ini didirikan lebih awal daripada Masjid Teluk Manak,Menara, Thailand Selatan. Surau ini tidak
menggunakan walaupun sebatang paku dalam pembinaan. Tingkapnya begitu juga  tidak menggunakan ensel dan selaknya dibuat daripada kayu yang keras. 



                                                                                                                   
Surau ini mempunyai ukiran seperti masjid Melayu yang lain.Terdapat ukiran bunga lawang di dalam surau ini.Kayunya masih kukuh. Menurut cerita seorang warga emas di kampung ini, surau dibuat daripada kayu pokok beka. Pokok beka banyak terdapat di Kelantan dan di Baling,Kedah.Buahnya amat lazat dibuat ulam dan kerabu.

Di hadapan surau ini terdapat perigi lama yang air masih digunakan lagi. Airnya jernih dan bersih.Menurut Ustaz Usman Ismail air diperigi ini tidak pernah kering walaupun musim kemarau.












Gambar di kanan ialah perigi Kampung Aur yang masih digunakan oleh penduduk kampung itu.Perigi ini dijaga dengan cukup rapi.


Oleh Shakir Md Taha
shakirtaha@gmail.com