sponsor

Monday, 1 January 2018

Saudara Di Cenak

Ketika masuk waktu zohor kami singgah di Masjid Besar Cenak atau disebut Masjid Tok Kadi.Kami dalam perjalanan ke Jala. Di Jala ada program bersama anak yatim. Program itu dianjurkan oleh Bakun Kulim dengan kerjasama Pertubuhan SosioEkologi, Aman Patani Malaysia dan HAP Jala Thailand Selatan

Saya bertemu dengan Fauzi Hj Hassan yang berasal dari Kampung Pohon Jerai, Menara, Thailand Selatan di hadapan masjid itu. Beliau menjadi pensyarah di 'Prince Songkhla Universiti', cawangan Patani.

Beliau mengajak saya ke rumahnya yang terletak tidak berapa jauh daripada masjid. Saya dihidangkan dengan kuih peneram dan secawan teh.

Kini beliau mengajar falsafah di Universiti Putera Songkhla,cawangan Patani. Anak dan isteri beliau tinggal di Cenak.

Oleh Abu Rambairy
Gambar oleh Shakir Taha

Friday, 22 December 2017

Unggas Malaysia Menyantuni Kelompok Orang Asli di Gerik

Orang Asli  memerlukan bantuan berupa material, pendidikan dan pembangunan kerohanian. Mereka masih bergantung hidup kepada hutan.Tanpa hutan hidup mereka menjadi sepi dan tidak bermaya.Sebagai manusia mereka perlukan pendidikan dan sumber kewangan untuk hidup selesa di muka bumi ini.

Unggas Malaysia terasa  terpanggil untuk membuat sesuatu dengan kadar kemampuan yang ada.Oleh itu kami turun ke Gerik dan singgah ke rumah transit di Gerik. Rumah ini menempatkan warga orang asli yang sakit.


Rumah transit menempatkan lelaki dan perempan yang sakit. Makanan dimasak oleh tukang masak orang asli sendiri. Tukang masak ini datang dari kelompok Temiar.


Ustaz Kamaruddin Kassim selaku tonggak utama Unggas Malaysia memberikan sedikit sumbangan wang tunai kepada Rozita Binti Ein yang mengalami pendarahanbaru-baru ini.Suaminya Encik Bayan masih di hutan rimba mencari sumber kewangan untuk keperluan keluarga.

















Pihak Unggas Malaysia juga menyerahkan 3 kotak pakaian kepaa Rosita untuk dibahagikan kepada penghuni rumah transit itu.















Orang asli bersama Ustaz Kamaruddin Kassim di rumah transit Gerik, Perak.

Oleh Abu Rambairy

Gambar oleh Shakir Taha.

Thursday, 14 December 2017

Membangun Bersama Orang Asal Di Kuala Mu

Kembara di dalam hutan menjadi minat anak muda yang kini bertugas di Hospital Daerah Kepala Batas,Seberang Perai Utara. Di dalam hutan beliau bertemu dengan orang asal.. Beliau melihat sendiri susah kehidupan orang asal. Beliau bertekad membantu mereka ini. Lalu ditubuhkan Kembara At-Taqwa Solution.

Pada peringkat awal berkenalan dengan orang asli agak susah sedikit. Beliau halau keluar daripada perkampungan orang asal dan diugut akan disumpit jika tidak keluar daripada perkampungan mereka.Akhirnya niat baik anak muda ini membantu kehidupan orang asli diterima baik.

Bersama NGO beliau, Kembara Taqwa Solution berbagai aktiviti dijalankan dengan kerjasama Jabatan Orang Asli dan Majlis Agama Islam Perak.



Disamping itu Sdr.Shafarizal mendapat  bantuan dan sokongan yang padu daripada keluarga beliau terutama daripada ayahandanya sendiri. Pak Dan sanggup masuk hutan,keluar hutan semata-mata untuk membantu anak kesayangannya membuat kerja-kerja kebajikan.




Oleh Abu Rambairy
Gambar oleh Shafarizal dan Shakir Taha.

Sunday, 30 July 2017

CERAGEM SEPAGI DI RUMAH CAHAYA SUNGAI TENGAS.

Atas dasar tanggungjawab sosial Syarikat Ceragem telah menyantuni dan beramah mesra yang warga emas di rumah orang tua-tua Sungai Tengas,Kulim Kedah. Terdapat dua deret rumah teres di sini.Ada 12 pintu. Tetapi penghuninya  hanya  11 orang sahaja. Ada seorang lelaki warga emas tinggal di sini. Bakinya semua wanita. Rumah ini ada ruang tamu, bilik tidur untuk seorang, bilik mandi dan tempat memasak.


Penghuni di sini dibawah jagaan dan seliakan Jabatan Kebajikan Masyarakat cawangan Kulim. Menurut Encik Khairy salah seorang kakitangan CERAGEM yang menguruskan lawatan ke rumah orang tua-tua ke sini berkata, " Pihak JKM Kulim telah memberikan kerjasama baik dalam program ini. Mereka turut beberapa orang pegawai dalam program ini."




Pihak Syarikat Ceragem turut menyumbangkan makanan dan minuman kepada penghuni di sini. Mereka memasak sendiri. Ada waktunya mereka  membeli lauk di kedai yang berdekatan.



Oleh Abu Rambairy