Memaparkan perjalanan seorang insan yang mendengar dan melihat segala cerita,berita,derita ,peristiwa yang berkocak, bergolak dan berdarah.
sponsor
Tuesday, 26 July 2016
Sunday, 24 July 2016
Menggamit Pendidikan Mesra Alam Di lapangan
Saya berpeluang turut serta bersama keluarga kaum Tionghua dari Butterworth yang turun ke lapangan untuk mendengar penerangan tentang konsep mesra alam yang dipraktikkan Syarikat Kean. Beng Lee Sdn Bhd,Simpang Ampat,Seberang Perai Selatan,Pulau Pinang.
Di kawasan yang seluas 7 ekar turut dikongsi oleh haiwan dan binatang liar. Ada waktunya makhluk ini turut meragut tanaman dan sayur-sayuran segar menghijau di tanah yang seluas 3 ekar itu.Pihak pengurusan membiarkan sahaja makhluk mengambil 'keperluan' mereka.Dan mereka bebas tinggal di situ.
Mereka turut didedahkan hayat barangan.buangan seperti plastik,kaca, kertas dan sebagainya yang bertaburan di kawasan lapang.Kebanyakan barangan seperti kaca dan plastik mengambil masa yang lama untuk dilupuskan.
Ceramah ini disampiakan oleh Sharice Goy,salah seorang kakitangan Syarikat Kean Beng Lee Sdn. Bhd.
Oleh Shakir Taha
Di kawasan yang seluas 7 ekar turut dikongsi oleh haiwan dan binatang liar. Ada waktunya makhluk ini turut meragut tanaman dan sayur-sayuran segar menghijau di tanah yang seluas 3 ekar itu.Pihak pengurusan membiarkan sahaja makhluk mengambil 'keperluan' mereka.Dan mereka bebas tinggal di situ.
Ceramah ini disampiakan oleh Sharice Goy,salah seorang kakitangan Syarikat Kean Beng Lee Sdn. Bhd.
Oleh Shakir Taha
Saturday, 23 July 2016
Kebun Sayur Organik
Suasana di kebun sayur organik tenang,sunyi dan damai..Di sekeliling dipenuhi dengan pokok-pokok hutan. Sekali pandang kita perasaan ada ladang sayur yang seluas 7 ekar di Jalan Tasek, Simpang Ampat Seberang Perai.Empat ekar lagi dijadikan zon neutral dan 'buffer'.Kebun sayur organik milek Syarikat Kean Beng Lee Sdn. Bhd.
Konsep mesra alam yang diamalkan tidak membunuh bintang perosak seperti babi hutan dan kera.Binatang ini hidup bebas lepas di sini.Tapi bilangannya tidaklah banyak.
Seawal pukul 7.30 pagi petugas diladang ini siap sedia menunggu pelawat. Hari itu pelawat daripada Butterwoth dan Bagan Ajam yang terdiri daripada beberapa buah keluarga datang melawat.Mereka membawa anak-nak yang masih di sekolah rendah.Mereka memberikan pendidikan awal tentang faedah memakan sayur organik kepada anak-anak. Anak-anak daripada keluarga Tionghua ini begitu ghairah sekali mendengar penerangan tentang konsep mesra alam dan pertanian alami.
Ladang menggunakan baja kompos yang dihasilkan oleh mereka sendiri.Bahan-bahan terbuang seperti habuk kayu, sekam padi,tahi lembu dan daun-daun kayu digunakan untuk membuat kompos.
Syarikat Kean Beng Lee banyak menghasilkan dan mengeluarkan peralatan pertanian seperti pasu bunga dan katil taman untuk menggunakan orang ramai.
Katil Taman
Bagi mereka yang tidak mempunyai tanah untuk bercucuk tanam katil taman amat sesuai digunakan
Oleh Shakir Taha
Sunday, 3 July 2016
Kompos Daripada Bahan Terbuang.
Majlis Perbandaran Seberang Perai mengadakan kursus membuat baja pos daripada bahan terbuang dengan kerjasama Masjid Jamek Simpang Ampatn,Seberang Perai Selatan.
Kursus selama 1 jam 30 minit dikendalikan oleh Mr, Chew daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai.
Bahan yang ddigunakan oleh Mr.Chew ialah habuk kayu yang digunakan untuk menghasilkan cendawan. Habuk kayu ini biasa dibuang begitu sahaja oleh pengusaha cendawan.
Menurut Mr. Chew sisa-sisa daripada dapur seperti nasi sejuk,kerak nasi, sayur dan buahan jangan dibuang begitu sahaja.
Ianya boleh menghasilkan baja kompos yang bermutu tinggi bila dicampur dengan habuk kayu.
Petani tidak perlu lagi membeli baja untuk menanam sayur mereka.
Oleh Shakir Taha.
Kursus selama 1 jam 30 minit dikendalikan oleh Mr, Chew daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai.
Bahan yang ddigunakan oleh Mr.Chew ialah habuk kayu yang digunakan untuk menghasilkan cendawan. Habuk kayu ini biasa dibuang begitu sahaja oleh pengusaha cendawan.
Menurut Mr. Chew sisa-sisa daripada dapur seperti nasi sejuk,kerak nasi, sayur dan buahan jangan dibuang begitu sahaja.
Ianya boleh menghasilkan baja kompos yang bermutu tinggi bila dicampur dengan habuk kayu.
Petani tidak perlu lagi membeli baja untuk menanam sayur mereka.
Oleh Shakir Taha.
Friday, 20 May 2016
Tanjung Aru Airnya Biru
Cukup lama Aku tidak ke Sabah. Tahun 80an pantai Tanjung Aru bersih dan cantik. Air lautnya biru dan cantik. Di tepi pantai pada masa itu tidak ada gerai makanan yang besar. Pengunjungnya tidaklah begitu ramai.
Sejak akhir ini dengan ada hotel dan rumah peranginan yang bertaraf mewah. Gerai makanan di Tanjung Aru diberi nama 'Anjung Perdana'. Cukup sibuk dengan pengunjung. Makanan dan minuman beraneka jenis disediakan.
Oleh Shakir Taha
shakirtaha@gmail.com
Thursday, 21 April 2016
NGO Bunga Raya Menghulurkan Tangan
Kumpulan Bunga Raya sebuah NGO yang aktif di Patani kini menjalinkan kerjasama dengan pelajar Institut Baitul Mal, Selangor Darul Ehsan. Bunga Raya yang dipimpin oleh Hassan Tolla banyak menjalankan aktiviti pendidikan untuk anak-anak Patani.
Menurut Sdr.Hassan pelajar-pelajar dari Malaysia berminat dan berhasrat untuk memahami kehidupan rakyat Melayu Islam Patani di wilayah selatan Thailand.
Pihak Bunga Raya telah diminta untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk diadakan program bersama umat Melayu Islam Patani.
Dalam perbincangan dengan pelajar tersebut, Ustaz Khairuddin dan Sdr. Ilham turut serta.
Oleh Shakir Taha
shakirtaha@gmail.com
Thursday, 7 April 2016
Bertemu Dengan Prof Madya Azizan Bahari
Bertemu dengan Prof Madya Azizan Bahari cukup gembira dan menarik sekali. Beliau seorang yang cukup ramah dan tamah. Setiap kali bertemuan dengannya pasti mendapat buku yang beliau tulis tentang kesukarelawan.
Buku beliau digunakan dikebanyakan universiti di Malaysia, Mahasiswa yang mengambil bidang sains pembangunan sumber manusia dan kerja sosial pasti akan membaca tulisan beliau.
Beliau senang diajak berbicara hal-hal tentang bahasa,sastera,kerja sosial dan isu semasa. Malah tokoh-tokoh seperti Ho Chin Min,Pram dan Antonio Gramsci beliau tidak kekok untuk berbicara.
Bagi beliau Antonio Gramsci seorang pemikir yang original dan pandangan pemikir ini masih lagi releven dan diterima pakai.
Pram seorang penulis yang luarbiasa, Karya Pram cukup teliti dan mendalam.Menurut Prof Madya Azizan, jarang terdapat penulis yang sehebat Pram.
Oleh Shakir Taha
Subscribe to:
Posts (Atom)
















