sponsor

Friday 28 February 2014

KaK Su DJ Suara Kita Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan(Jala)

Dia lebih dikenali dengan nama 'Kak Su' ataupun sebenarnya Aishah Bt Yusof berasal dari wilayah Menara. Ibu kepada empat anak begitu selesa bertugas di stesen radio. Kak Su sudah berkhidmat di stesen radio hampr setahun.

Beliau aktif dalam kerja-kerja kebajikan masyarakat khususnya yang melibatkan kaum wanita dan juga orang kampung.

Kak Su bercita-cita untuk melanjut pelajaran dalam bidang pembangunan masyarakat.

Kak Su dilantik sebagai ketua untuk menghasilkan produk makanan ringan di Kampung Pulau Setul, Tabal, wilayah Menara.

Menurut Kak Su produknya seperti kuih loyang telah dipasarkan ke Johor.

Oleh Shakir Taha

Thursday 27 February 2014

Lawatan Ke Stesyen Radio Media Selatan

28 Februari 2014,PATANI.

Malam tadi kami diundangan ke stesyen Radio Media Selatan.Pengarah Radio Media Selatan yang lebih dikenali dengan nama Abang Mat  memberi penerangan kepada kami.

Saya kira stesyen radio mendapat sambutan yang cukup baik berdasarkan respon daripada pendengarnya.

Pendengarnya menggunakan bahasa Melayu dialek Patani.Menurut Abang Mat bahasa dialek digunakan sebagai bahasa perhubungan.

Saya mengikuti semua dialog daripada pendengar pada malam.Kadang-kadang bahasa Melayu yang digunakan agak bercelaru.Menurut Abang Mat,keadaan ini berlaku kerana Patani Darussalam terlalu lama dijajah oleh Siam. Ditambah pula dengan dasar Rathaniyom oleh Phibul Songgram menjadikan bahasa Melayu menjadi terpinggir.

Wednesday 26 February 2014

Bertemu Dengan Orang Gelandangan

Aku terkejut sewaktu dengan taklimat daripada Encik Kamal. Sebelum turun kelapangan kami telah diberi taklimat ringkas pagi.Pagi itu kami sempat ke Mesjid Negara, Sungai Klang dan Central Market.

Menurut Encik Kamal,orang gelandangan ialah orang luarbiasa. Ada yang jadi doktor,peguam dan lulusan Harvard, Universiti Amerika Syarikat yang cukup terkenal itu.

Orang gelandangan tidak mudah bercakap dengan orang yang tidak dikenali.Mendekati terpaksa tahan bau hancing dan hanyir. Di Mesjid Negara ada gelangdangan yang berkopiah putih bersih!

Ada yang suka bercerita  kisah hidup mereka.
Mereka ada rumah tapi hati mereka tidak lekat di rumah.
Yang pasti ramai tiada rumah.
Mereka sanggup tinggal di bawah jambatan sambil menghidu udara busuk dan hanyir.
Mereka tidur beralaskan kotak dan kertas.
Kata seorang wanita gelandangan, "Yang penting kita happy".

Rakan-rakan daripada NGO UNGGAS turun pada malam itu untuk menyaksikan sendiri kehidupan orang gelandangan.

Mereka dipimpin oleh Ketua Jurulatih UNGGAS,Ustaz Kamaruddin Kassim yang cukup dikenali  oleh orang gelandangan. Malah Ustaz yang sudah bersara ini sanggup tidur malam di kaki lima bersama orang gelandangan.

Oleh Shakir  Taha

Monday 24 February 2014

Orang Gelandangan

Orang gelandangan yang tinggal di pinggir jalan
Di sini negara yang Pak Menteri bilang kaya-raya
Ada jiran yang makan nasi basi.

Orang gelandangan yang tinggal di bawah jambatan
Yang menyedut udara hanyir dan hancing
Kotak buruk dan kertas adalah permaidani mereka.
Yang mandinya air sungai
Yang warnanya teh susu

Langit malam,bumbung yang boleh bocor secara tiba-tiba.

Tapi gelangangan di sini
Bangun patuh mencari tempat berteduh

Angin sejuk malam menyapu muka mereka tanpa sedar.
Besok bertemu mentari
Kadang-kadang ditemani nasi bungkus
Sumbangan orang yang bermata hati.



Oleh Shakir Taha

Thursday 20 February 2014

Bertemu Dengan Seorang Remaja Dari Hujung Selatan

Anak muda ini sudah kehilangan empat orang Abangnya. Semuanya gugur syahid menentang penjajah. Mereka sudah sekian lama ditindas dan diperlakukan semacam hamba. Tetapi mereka ini berjiwa merdeka. Mereka terus mengangkat senjata. AK-47 dan M-16 sudah tidak asing lagi bagi mereka.

Tapi bagi anak muda remaja dia sudah hilang minat hendak mengikut kelas akademik. Dia lebih cenderung ke pelajaran agama. Dua tiga pondok sudah dia masuk belajar. Tapi tidak lama. Dia sering diganggu oleh tentera Thai ke mana saja dia pergi.

Ibunya bimbang anak-anak akan turut sama mengangkat senjata menentang penjajah Siam. Dadanya belum cukup ilmu.Ilmu cukup penting dalam melayari bahtera hidup. Hal ini ibunya cukup faham. Tapi belajar memerlukan wang, lebih-lebih lagi di luar negeri.

Hal ini sampai ke pengetahuan kawanku. Dialah yang pengurusan segala-galanya.

BERSAMBUNG

Oleh TS Lanang Al- Malayu