sponsor

Wednesday 3 January 2018

Bertemu Baba Lufti

Tidak susah untuk bertemu dengan beliau, Kedatangan anda disambut dengan senyuman penuh mesra..Anda tidak kekok berhadapan dengan beliau.. Suaranya lembut, Orangnya kecil kurus. Kulitnya kuning langsat.

Bila berbual sentiasa melemparkan senyuman. Tetamu yang datang pasti dihidang air teh.Beliau sendiri yang menghidangkannya.

Beliaulah mudir Pondok Sela Anak Ayam yang terletak di Jeringa kira-kira 5 kilometer daripada Pekan Menara, Hujung Selatan.

Di pondok beliau tersimpan ratus manuskrip Melayu yang ditulis dalam tulisan Jawi. Terdapat Ai-Quran tulisan tangan yang cukup indah dan cantik. Beliau juga menyimpan kitab Sheikh Hamzah Fansuri pujangga dan ulama' tasawuf yang cukup terkenal aliran Wahdatul Wujud.

Inilah muzium yang bakal menempatkan ratus kitab,manuskrip dan artifak Melayu yang berasal dari Nusantara.

Muzium ini pasti menjadi merdu tanda bagi wilayah Menara dan juga kawasan Jeringa.

Ianya juga akan menjadi tumpuan pengkaji kitab Melayu tradisional dan tempat rujukan yang baik.


Oleh Abu Rambairy
Gambar Shakir Taha

Menabur bakti Menyemai kasih

Anak yatim miskin adalah kita                               
Mereka ada di mana-mana 
Mereka adalah dari kemah Ibrahim
Muhamad  Bin Abdullah segala penghulu

Kami ke Jala bersama Ustaz Tahir dan Ustaz Aki dari Kedah. Ustaz Tahir seorang aktivis yang masih bergiat dalam WADAH. Cikgu Md Yatim mewakili BAKUN, Kulim Kedah. Dengan bantuan Hak Asasi Perikemanusiaan(HAP) telah mengumpulkan 30 orang anak yatim dan 17 orang Ibu tunggal.



Anak yatim ini kebanyakannya berumur antara 5 hingga 12 tahun.Dan ibu mereka berumur dalam linkungan 20an. Mereka membuat kerja kampung dan menoreh getah.









Sumbangan yang disampaikan kepada mereka datang daripada sumbangan kawan-kawan dari Malaysia. Mereka bersimpati dengan keadaan anak-anak di bumi yang bergolak ini. Dan kami hanyalah sekadar posman sahaja.
Masih ramai anak yatim yang tidak keadaan sebenarnya yang terjadi ke atas bapa mereka. Mereka dengan penuh harapan menunggu kepulangan ayah mereka.Mereka masih belum mengerti.


Kami hanyalah sekadar badan sukarela dengan sumber kewangan yang terbatas.Atas dasar perihatin dan tanggungjawab sosial kami membuat kerja ini dengan hati yang lapangan dan gembira.

Kami merasa lega melihat senyum tawa anak-anak yang belum kenal erti kehidupan dunia.Bila tiba waktunya mereka pasti mengerti ke mana ayah mereka pergi.


Oleh Shakir Md Taha

Mencari Permata Yang Hilang

Beberapa tahun yang lalu kami pernah bertemu dengan Baba Lufti di pondoknya,Sela Anak Ayam,Jeringa, di wilayah Menara Hujung Selatan. Tubuh badannya kecil. Kulitnya kuning langsat.Lemah lembut tutur katanya. Sentiasa senyum bila berbicara. Tidak pernah membahasakan dirinya sebagai 'Baba'.

Kami tidak kekok berbicaranya dengannya.Beliau sangat senang sekali menerima tetamu. Kami dilayan dengan cukup mesra.

Di pondok beliau terdapat ratusan manuskrip Melayu lama,Al-Quran tulisan tangan dan artifak. Beliau cukup sayang kepada khazanah bangsa Melayu Islam.

Beliau bimbang bahan-bahan berharga ini akan rosak dan binasa. Tempat beliau tidak muat untuk mengisi khazanah ini.

Dengan bantuan pihak kerajaan Turki,Thailand dan Malaysia dapat lah dibangunkan muzium yang  memakan  belanja 142 juta Baht. Ianya dijangka pada pertengahan tahun 2018.

Menurut Baba Lufti, muzium ini direka bentuk menurut seni bina Melayu dan Thailand. Tugas mereka bentuk muzium ini diserahkan Universiti Putera Songkhla.

Masjid Lama di Teluk Manok,Menara ada pengaruhinya terdapat senibina muzium di Pondok Sela Anak Ayam yang dalam proses pembinaan.

Cita-cita dan impian Baba Lufti serta pencinta khazanah alam Melayu akhirnya menjadi kenyataan dengan tertubuhnya  muzium ini.


Oleh Shakir Taha
Gambar oleh Shakir Taha.

Monday 1 January 2018

Saudara Di Cenak

Ketika masuk waktu zohor kami singgah di Masjid Besar Cenak atau disebut Masjid Tok Kadi.Kami dalam perjalanan ke Jala. Di Jala ada program bersama anak yatim. Program itu dianjurkan oleh Bakun Kulim dengan kerjasama Pertubuhan SosioEkologi, Aman Patani Malaysia dan HAP Jala Thailand Selatan

Saya bertemu dengan Fauzi Hj Hassan yang berasal dari Kampung Pohon Jerai, Menara, Thailand Selatan di hadapan masjid itu. Beliau menjadi pensyarah di 'Prince Songkhla Universiti', cawangan Patani.

Beliau mengajak saya ke rumahnya yang terletak tidak berapa jauh daripada masjid. Saya dihidangkan dengan kuih peneram dan secawan teh.

Kini beliau mengajar falsafah di Universiti Putera Songkhla,cawangan Patani. Anak dan isteri beliau tinggal di Cenak.

Oleh Abu Rambairy
Gambar oleh Shakir Taha