sponsor

Tuesday 10 July 2018

Kedai Bebas Racun

Aku singgah di kedai ini. Kedai ini menjual barangan seperti sabun,buah-buahan, minyak kelapa dara,ais krim,minuman dan sayur-sayaran. Kedai ini terletak tidak jauh daripada stesen keretapi Hat Yai.

Barangan yang djual dikedai ini dikatakan bebas racun dan organik. Harganya tidaklah semahal di Malaysia.Contohnya sabun minyak kelapa dara dijual dengan harga 800 bath kira-kira RM12.00. Di Malaysia harganya mencecahkan RM15.00 hingga RM22.00 bagi 100 gm.

Jadi tidak hairanlah bila seorang pelancong berbangsa Tionghua berkata, "Apapun murah di Hat Yai ma.".

Semua produk yang dijual di sini 'made in Thailand'. Ada juga produk halal yang dijual di kedai ini seperti kopi dan gula kabung.

Menarik juga kalau ada kedai seperti ini di Malaysia.Di Malaysia ada barangan organik dan mesra alam tapi barangannya dibawa masuk dari luar negara.

Oleh Shakir Taha

Komuniti Penulis Patani( KOPI)

Komuniti Penulis Patani atau KOPI ditubuhkan oleh lepasan mahasiswa universiti tempatan dan luar negera baru-baru ini. Menurut  Pengerusi Bunga Raya, Sdr.Hassan Thola KOPI memerlukan sumbangan bahan bacaan seperti novel,buku-buku ilmiah,agama dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Menurut Sdr.Hassan buku-buku dalam bahasa sukar diperolehi di Thailand dan harganya agak mahal bagi KOPI untuk membelinya.

Pihak KOPI juga sedang melancarkan kempen membaca bagi anak-anak Patani di Thailand Selatan.Diharapkan dengan adanya sumbangan daripada dermawan akan memarakkan lagi budaya membaca di Hujung Selatan Thailand.

KOPI juga turut disertai oleh anak muda yang amat berminat dalam bidang penulisan


Oleh Shakir Taha.

Nota: Untuk sumbangan buku-buku sila emel:
shakirtaha@gmail.com.



Monday 9 July 2018

Abang Haris Tut Tut Hat Yai Yang Pemurah

Kami tidak pernah kenal Abang Haris. Tidak pernah dengar namanya.Tidak pernah tahu dia pemandu tut-tut.

Pagi itu kami hendak bersarapan. Dengan melemparkan senyuman dia mempelawa kami naik ke tut-tutnya.Tak perlu bayar apa-apa. Dia menghantar kami ke kedai dalam jarak 500 meter.

Beliau berasal dari Nad Tanjung. Katanya dia kawan baik Ustaz Usman Nad Tanjung yang menguruskan rumah anak yatim di Nad Tanjung.

Kami sampai di kedai makan.Dia terus bergerak dan menghilang dalam kesibukan kota.








Oleh Shakir Taha


Perjalanan Pulang Dengan Keretapi Thailand

Kami menaiki keretapi dari Hat Yai ke Padang Besar. Hari itu Ahad. Memang ramai pelancong Malaysia berkunjung ke Negara Gajah Putih ini.
Keretapi yang berulang-alik ke Padang Besar ada yang berhawa dingin dan masih menggunakan kipas angin.

Tempat duduknya bernombor. Siapa yang tiada nombor terpaksa berdiri sepanjang perjalanan selama 40 minit.Pengawal keselamatan stesen keretapi boleh berbahasa Inggeris.Mereka cukup mesra pelanggan.

Dalam keretapi Thailand masih ada orang berjualan makanan dan minuman. Cuma perlukan pastinya halal ataupun tidak. Kebanyakan penjual orang Thai Buddha. Suasana sebegini tidak lagi kelihatan dalam keretapi di Malaysia.KTM.Suasana begini kelihatan kelihatan pada tahun 60an sehingga 70an. Yang terkenal jualannya ialah karipap.

Ada keretapi Thailand yang masih menggunakan kipas angin. Kekuatan kipas tidak mampu menghilangkan kepanasan dalam keretapi. Penumpang tetap sentiasa duduk selama 40 minit.

Di pejabat imigresen Thailand penuh sesak dengan penumpang beratur untuk mengecop paspot.Perkara yang sama juga perlu dilakukan di imigresen Malaysia.

Ada yang pulang dengan menaiki ETS ataupun komuter.


Oleh Shakir Taha

Saturday 28 April 2018

Sukarelawan Pulau Pinang dan Kedah Dalam Jamuan Wakaf Pembinaan Kolej Universiti Sheikh Daud Al-Fathani(JISDA)



Gambar di atas ialah Tuan Haji Ahmad Cenak dan Ustaz Kamaruddin Kassim dari Ngo Unggas Malaysia.

Gambar kedua ialah penulis dan Dr. Rashid Abdullah mudir Jisda, Jala,Hujung Selatan,Thailand.


Ustaz Kamaruddin Kassim ketua delegasi sukarelawan Malaysia ke majlis jamuan kenduri wakaf sempena pembinaan Kolej Universiti Sheikh Daud Al-Fathani,Jala, Thailand Selatan.


Makan tengahari di Kampung Kalaba Luar, Saiburi, Patani. Program bersama anak yatim.Penyerahan beg sekolah, wang saku dan majlis berkhatan dengan kerjasama Briged Bakti Kuala Lumpur.


Kami menginap di sebuah hotel di pinggir Sungai Patani, bandar Patani.Bandar Patani sepi di waktu malam.

Oleh Shakir Taha

Friday 27 April 2018

Bertemu dengan Mudir JISDA

Saya bertemu dengan Dr. Rashid Abdullah sarjana lulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang bahasa Arab di majlis jamuan wakaf  untuk membangunkan kolej universiti Sheikh Daud Al-Fathani.Jisda ataupun nama penuhnya Jamiah Islam Sheikh Daud Al-Fathani,Jala, Thailand Selatan.

Kolej Universiti yang bakal dibangunkan diatas tanah seluas 4 ekar menelan belanja 18 juta bath.JISDA adalah sebuah kolej universiti yang  bakal dibangun adalah hasil daripada keringat rakyat dan umat Islam.

Menurut Dr. Rashid Jisda telah mengadakan MOU dengan Mesir, Malaysia dan Indonesia dalam bidang pendidikan dan agama.

Kolej Universiti ini tidak menggunakan kurikulum kebangsaan Thailand. Oleh kerana kolej universiti tidak layak mendapat peruntukan pendidikan daripada kerajaan Thailand.

Oleh Shakir Taha.

MASTER PROJEK JISDA

Thursday 26 April 2018

MASTER PROJEK JISDA


Membangunkan warisan dan tradisi ilmu Sheikh Daud Al-Fathani.Projek Kolej Universiti Sheikh Daud Al-Fathani menelan belanja sebanyak 18 juta bath. Kolej ini akan dibangunkan diatas tanah seluas  4 ekar.

Kolej Universiti dibangunkan daripada sumbangan rakyat untuk rakyat/ Hidup bangun kolej ini terletak diatas bahu umat Islam.

Bersedekahlah untuk masa depan umat dan anak-anak kita. Amin

Oleh Shakir Taha

Gambar oleh Jisda, Jala,Thailand Selatan,


PENGISYTIHARAN WAQAF TAPAK BANGUNAN JISDA

Friday 16 March 2018

Bertemu Tok Batin Hadu

Kami bertemu Tok Batin Hadu Bin Long di rumahnya di Kampung Bersah. Pihak kerajaan ada menyediakan kediaman rasmi untuk beliau. Tapi beliau lebih selesa tinggal di rumah sendiri yang dibina secara bergotong-royong bersama dengan anak buahnya.. Rumah itu dibuat daripada buluh, kayu meranti dan bertam. Lantainya daripada buluh. Tiangnya menggunakan kayu meranti merah. Kasaunya daripada meranti putih. Dindingnya dianyam secara geomatrik dengan batang bertam. Rumah ini sejuk dan nyaman walaupun udara panas.

Tok Batin daripada suku puak Temiar. Cukup cukup peramah dan mudah didekati. Boleh berbahasa Melayu dengan baik. Beliau berugama Islam. Berdekatan rumahnya ada surau.Surau menggunakan tenaga solar. Di sinilah dijadikan pusat untuk belajar agama Islam.

Sebelum kami bersarapan Pak Hadu telah mengirim satu tupparware ubi kayu yang sudah siap digoreng.. Katanya ubi ini direbus  dahulu, barulah digoreng.Memang sedap. Memang lazat. Ubi kayu dimakan panas-panas.

Tok Batin Hadu selalu membahasakan dirinya sebagai orang asli. Dia banyak bercerita tentang adat dan budaya serta semangat bergotong-royong yang masih hidup segar di dalam jiwa orang asli.

Oleh TS Kembara

Wednesday 14 March 2018

Kuala Mu. Kawasan orang asli di Sg Siput.

Apa Khabar Kuala Mu

Oh! Kuala Mu. Tak ramai yang mengenali diri mu. Hanya orang yang tertentu sahaja mengenali diri mu Kau tinggal jauh di pedalaman.

Dulu jalan rayanya berlobang-lobang. Hanya orang kecil yang sudi datang ke sini.Di sini tidak ada hotel, apa lagi hotel mewah. Orang kecil datang membawa beras, gula, garam, ikan masin dan senyuman.

Sekarang jalan raya sudah cantik. Cumanya berbukit bukau. Orang besar kalau datang ke sini pastinya menaiki helicopter. Itu pun kalau sudah dekat pilihan raya. Mereka menjanjikan langit dan bulan. Ada yang percaya tapi ramai yang sudah faham. Aku tahu ramai yang datang dan pergi sekadar menyebut udara bersih, membeli akar kayu kemudian pulang ke rumah. Ya, Kuala Mu aku tahu kau tetap di sini, hari ini, esok dan esoknya aku tidak tahu kerana aku tidak dapat membaca masa depan mu.










Oleh     TS Kembara.                                                                                                    




Tuesday 13 March 2018

Bermalam di Kuala Mu

Perjalanan ke Kuala Mu cukup melelahkan. Kami menggunakan jalan Kuala Kangsar dan Sungai Siput. Dari Pulau Pinang kami menggunakan lebuhraya.

Dahulu jalan tanah merah yang berdebu dan berliku-liku.  Sekarang semua sudah ditarkan.Kereta biasapun sudah boleh sampai ke Kampung Kuala Mu.

Tetapi sebelum sampai ke Kg Kuala Mu kami singgah bermalam di chalet di tepi Sungai Pelus. Sewanya RM60.00 semalam. Ada 3 biji tilam, bantal dan kain selimut. Aku,Prof Abu Hassan dan Shafarizal tinggal dalam satu chalet.Shafarizal sudah 10 tahun berulang-alek ke sini dengan kereta 4WDnya. Dia membawa 'sleeping bag',dapur  gas,beras,ikan kering,air mineral dan sardin.

Di sini tidak ada kedai makan, tidak ada kedai runcit, tidak ada supermarket dan tidak ada hotel. Yang ada hanya deruman air Sungai Pelus yang terus mengalir ke Kuala Kangsar./

Malamnya cukup sejuk. Aku menggunakan 'sleeping bag' yang dibawa oleh Shafarizal,pengasas KATS yang  cukup dikenali oleh orang asli di Kuala Mu. Aku memanggil dia Tok Penghulu Melayu.Sebelum ke sana kami mendapatkan khidmat nasihat percuma daripada beliau.



                                       




Terima kasih Tuan Shafarizal. Terima kasih daun keladi. Terima kasih Ayong Hadu. Nanti besok bantu kami lagi.



Oleh TS Kembara.

Wednesday 3 January 2018

Bertemu Baba Lufti

Tidak susah untuk bertemu dengan beliau, Kedatangan anda disambut dengan senyuman penuh mesra..Anda tidak kekok berhadapan dengan beliau.. Suaranya lembut, Orangnya kecil kurus. Kulitnya kuning langsat.

Bila berbual sentiasa melemparkan senyuman. Tetamu yang datang pasti dihidang air teh.Beliau sendiri yang menghidangkannya.

Beliaulah mudir Pondok Sela Anak Ayam yang terletak di Jeringa kira-kira 5 kilometer daripada Pekan Menara, Hujung Selatan.

Di pondok beliau tersimpan ratus manuskrip Melayu yang ditulis dalam tulisan Jawi. Terdapat Ai-Quran tulisan tangan yang cukup indah dan cantik. Beliau juga menyimpan kitab Sheikh Hamzah Fansuri pujangga dan ulama' tasawuf yang cukup terkenal aliran Wahdatul Wujud.

Inilah muzium yang bakal menempatkan ratus kitab,manuskrip dan artifak Melayu yang berasal dari Nusantara.

Muzium ini pasti menjadi merdu tanda bagi wilayah Menara dan juga kawasan Jeringa.

Ianya juga akan menjadi tumpuan pengkaji kitab Melayu tradisional dan tempat rujukan yang baik.


Oleh Abu Rambairy
Gambar Shakir Taha

Menabur bakti Menyemai kasih

Anak yatim miskin adalah kita                               
Mereka ada di mana-mana 
Mereka adalah dari kemah Ibrahim
Muhamad  Bin Abdullah segala penghulu

Kami ke Jala bersama Ustaz Tahir dan Ustaz Aki dari Kedah. Ustaz Tahir seorang aktivis yang masih bergiat dalam WADAH. Cikgu Md Yatim mewakili BAKUN, Kulim Kedah. Dengan bantuan Hak Asasi Perikemanusiaan(HAP) telah mengumpulkan 30 orang anak yatim dan 17 orang Ibu tunggal.



Anak yatim ini kebanyakannya berumur antara 5 hingga 12 tahun.Dan ibu mereka berumur dalam linkungan 20an. Mereka membuat kerja kampung dan menoreh getah.









Sumbangan yang disampaikan kepada mereka datang daripada sumbangan kawan-kawan dari Malaysia. Mereka bersimpati dengan keadaan anak-anak di bumi yang bergolak ini. Dan kami hanyalah sekadar posman sahaja.
Masih ramai anak yatim yang tidak keadaan sebenarnya yang terjadi ke atas bapa mereka. Mereka dengan penuh harapan menunggu kepulangan ayah mereka.Mereka masih belum mengerti.


Kami hanyalah sekadar badan sukarela dengan sumber kewangan yang terbatas.Atas dasar perihatin dan tanggungjawab sosial kami membuat kerja ini dengan hati yang lapangan dan gembira.

Kami merasa lega melihat senyum tawa anak-anak yang belum kenal erti kehidupan dunia.Bila tiba waktunya mereka pasti mengerti ke mana ayah mereka pergi.


Oleh Shakir Md Taha

Mencari Permata Yang Hilang

Beberapa tahun yang lalu kami pernah bertemu dengan Baba Lufti di pondoknya,Sela Anak Ayam,Jeringa, di wilayah Menara Hujung Selatan. Tubuh badannya kecil. Kulitnya kuning langsat.Lemah lembut tutur katanya. Sentiasa senyum bila berbicara. Tidak pernah membahasakan dirinya sebagai 'Baba'.

Kami tidak kekok berbicaranya dengannya.Beliau sangat senang sekali menerima tetamu. Kami dilayan dengan cukup mesra.

Di pondok beliau terdapat ratusan manuskrip Melayu lama,Al-Quran tulisan tangan dan artifak. Beliau cukup sayang kepada khazanah bangsa Melayu Islam.

Beliau bimbang bahan-bahan berharga ini akan rosak dan binasa. Tempat beliau tidak muat untuk mengisi khazanah ini.

Dengan bantuan pihak kerajaan Turki,Thailand dan Malaysia dapat lah dibangunkan muzium yang  memakan  belanja 142 juta Baht. Ianya dijangka pada pertengahan tahun 2018.

Menurut Baba Lufti, muzium ini direka bentuk menurut seni bina Melayu dan Thailand. Tugas mereka bentuk muzium ini diserahkan Universiti Putera Songkhla.

Masjid Lama di Teluk Manok,Menara ada pengaruhinya terdapat senibina muzium di Pondok Sela Anak Ayam yang dalam proses pembinaan.

Cita-cita dan impian Baba Lufti serta pencinta khazanah alam Melayu akhirnya menjadi kenyataan dengan tertubuhnya  muzium ini.


Oleh Shakir Taha
Gambar oleh Shakir Taha.

Monday 1 January 2018

Saudara Di Cenak

Ketika masuk waktu zohor kami singgah di Masjid Besar Cenak atau disebut Masjid Tok Kadi.Kami dalam perjalanan ke Jala. Di Jala ada program bersama anak yatim. Program itu dianjurkan oleh Bakun Kulim dengan kerjasama Pertubuhan SosioEkologi, Aman Patani Malaysia dan HAP Jala Thailand Selatan

Saya bertemu dengan Fauzi Hj Hassan yang berasal dari Kampung Pohon Jerai, Menara, Thailand Selatan di hadapan masjid itu. Beliau menjadi pensyarah di 'Prince Songkhla Universiti', cawangan Patani.

Beliau mengajak saya ke rumahnya yang terletak tidak berapa jauh daripada masjid. Saya dihidangkan dengan kuih peneram dan secawan teh.

Kini beliau mengajar falsafah di Universiti Putera Songkhla,cawangan Patani. Anak dan isteri beliau tinggal di Cenak.

Oleh Abu Rambairy
Gambar oleh Shakir Taha