sponsor

Tuesday 30 July 2013

MEMUNGGUT DUKA DI PULAU GASING

Tahun lepas(2012) rombongan badan NGO dari Malaysia,AMAN PATANI datang menziarahi wajah-wajah yang terluka. Waktu itu Baba Ismail tiada di pondoknya.Dia berada dibalai polis untuk  soalsiat. Bulan ramadhan. Kami tidak dapat bertemu dengannya. Itu setahun yang lalu.

Tahun ini kami sekali lagi menziarahi pondok Baba Ismail. Kali ini juga kami tidak dapat  bertemu dengannya buat selama-lamanya. Beliau telah pulang menemui Penciptanya.

Beliau baru menyiapkan pondoknya. Masih baru dan kelihatan segar. Tengahari itu kami menziarahi rumahnya. Isterinya masih dirawat  di hospital. Ada lelakinya ada di rumah. Kami sempat berbicara dengan anak lelakinya dan anak  saudaranya.                                                                                                                      



Sebelum Baba Ismail ditembak mati, beliau sering 'diziarahi' oleh pihak tentera hitam. Hampir setiap hari. Ada waktunya dua kali sehari tentera datang ke rumahnya.                                          

Tetapi seminggu sebelum  beliau  ditembak mati, tentera  hitam sudah tidak lagi datang 'menzirahi' belau lagi.
Mungkin  mereka  membuat perancangan  apa yang perlu dilakukan terhadapa. 

Pagi itu ketika suasana  yang tenang  dan damai empat  orang tentera hitam Siam datang dengan mtorsikal. Mereka menutup muka. Sebaik sahaja  sampai dimuka pintu rumah Baba Ismail, nama Baba dipanggil.Baba waktu itu  sedang mentelaah kitab. Beliau dan isteri menerpa ke muka pintu. Masa itulah lelaki yang bertopeng hitam melepaskan  tembakan ke batang tubuh   Baba.Baba rebah dan jatuh. Kelihatan keadaan yang  serba cemas, isteri cuba melarikan diri. Beliau juga  ditembak dan cedera parah serta  tidak sedarkan diri  beberapa lama. 


Kesan  tembakan peluru M-16 masih jelas kelihatan.

Sunday 28 July 2013

WAJAH KEMATIAN SENTIASA MENGEKORI GURU TADIKA

Dalam progaram ziarah kePatani Darussalam kami singgah disebuah  rumah guru Tadika. Dia baru sahaja meninggal dunia. Baru seminggu.Dia mati ditembak sewaktu  hendak  menoreh getah.

"Beginilah nasib guru Tadika kami. Tak bergaji. Ditembak pula." kata Kak Jah sewaktu berbicara dengan Aku. Kejadian membunuh guru semakin menjadi-jadi di walayah  yang terluka ini. Kebanyakan guru Tadika bekerja tanpa memikirkan imbuhan.Imbuhan itu diberikan tetapi tidaklah seberapa. Mereka bertugas mendidik dan memimpin anak bangsa.Oleh kerana itu soal kewangan bukanlah tujuan utama mereka. Nasib guru Tadika  seperti nyawa dihujung pedang. Hari ini atau esok mungkin menjanjikan 'dukacita'.

Adalah perkara biasa,bila  sedikit ketakutan menyerang  diri mereka. Demi anak bangsa dan agama  tugas tetap ditunaikan. Mereka tahu beban amanah yang dipikul cukup berat.Dan wajah kematian sentiasa mengekori mereka.





Tuesday 23 July 2013

MAUT KETIKA MENUNGGU BEDUK BERBUNYI



Serangan ke atas orang Melayu Islam Patani terus berlaku walaupun sudah ada perjanjian gencatan senjata.Tentera Siam tanpa segan dan silu menembak orang yang tidak bersenjata.Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Lubuk Datuk,Jingor,Menara dua orang kampung yang tidak berdosa ditembak sewaktu berada di kedai kopi. 

Adalah menjadi kebiasaan penduduk kampung itu untuk duduk berbual sementara menanti azan bergema.Malam masa muda. Baru pukul 7.43 malam.Kedai kopi itu milik Narong Sripawin. Ada tujuh orang sedang minum teh waktu itu.

Sebuah motorsikal lalu dan berhenti kira-kira 10 meter daripada  kedai milik Narong Sripawin.Dua orang lelaki yang berbaju hitam berhenti.No.pendaftaran motorsikal tidak jelas kelihatan. Lelaki yang bersenjata melepaskan 8 das tembakan daripada senjata AK-47.

Peluru yang dilepaskan telah hinggap ke tubuh Awae Niksayu 38 dan Tuan Maaseng 42,bekas ahli jawatankuasa kampung. Mereka mati di tempat kejadian. Sementara itu Mamud Senik, 61 cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Jingor.

Ini merupakan tembakan yang ke 27 kali dalam bulan Ramadan 1434 H yang mengorban 22orang penduduk, 18 muslim dan 4 orang Buddha.

Anak-anak  yang tinggal terus berdoa untuk kesejahteraan bumi Patani dengan linangan airmata.Biarpun  hati dan jiwa mereka dirundung  duka nestapa, hidup tetap diteruskan di bumi para syuhada. Amin!

Gambar oleh: Patani Photo

Sunday 21 July 2013

KERJA SOUTH DARK









Ini sebahagian daripada kerja keji dan jahat yang dilakukan oleh South Dark, Thailand.




SIKAP MELAMPAU MEDIA SOSIAL SIAM

Gambar ini disiarkan fan page media sosial facebook yang bernama 'South Dark'. Gambar ini menghina Datuk Sri Ahmad Zamzamin Hashim,wakil kerajaan Malaysia dan wakil BRN,Ustaz  Hashim Taib.

Menurut pensyarah bahasa Melayu di Universiti Putra Songkhla, Hara Shintaro, laman ini terkenal di kalangan aktivis serta pertubuhan bukan kerajaan(NGO) di Patani kerna sudah lama menyiarkan gambar-gambar bersifat fitnah dengan melemparkan tuduhan yang sama sekali tidak berasas.

Menurut Shintaro lagi, pihak yang menjadi sasaran serangan fitnah ialah aktivis muda,ahli akademik yang menyokong proses damai(termasuk Shintaro),pertubuhan bukan kerajaan seperti Deep South Watch dan wakil BRN,terutamanya Ustaz Hassan.

"Kami di Thailand akan mengambil tindakan undang-undang terhadap fan page tersebut." jelas pensyarah yang berasal dari Negara Matahari terbit.


Wednesday 17 July 2013

APA YANG SEBENARNYA BERLAKU DI NEGARA PATANI DARUSSALAM?


Telitilah sendiri gambar kartun di atas. Anda tentunya dapat menilai apa  yang dilakukan oleh tentera Thailand terhadap  rakyat Patani. Kata orang tua-tua, lain dimulut lain dihati. Rakyat Patani cukup menderita dibawah pentadbiran kerajaan Siam.

Sunday 7 July 2013

MATINYA SEORANG THAHAN PHRAN BERBANGSA MELAYU

Dia berbangsa  Melayu. Emaknya Melayu. Bapanya juga Melayu.Dia menyertai pasukan paramiliter ini kerana gajinya yang lumayan dan juga kerana pendidikannya tidak tinggi. Syaratnya cukup mudah. Sihat tubuh badan dan lulus sekolah gred 5,warga Thai,berumur 18-29 tahun dan berdekatan tempat beroperasi.

Tentera ini tidak sama dengan tentera biasa atau dikenali dengan 'Royal Thai Army.' Mereka tidak mendapat insuran bila ditimpa mala petaka.

Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1978 dengan tujuan untuk memerangi anggota Parti Komunis Thai. Tetapi apabila berlaku kebangkitan rakyat Patani Darussalam pada tahun 2004  ramai anggotanya dihantar ke tiga wilayah iaitu Jala,Patani dan Menara.


Kekuatan anggota ini menurut laporan www.globalsecurity.org ialah seramai 11, 000 orang.

Sejak berlakunya kebangkitan 2004 ramai anak Melayu diambil menyertai  Thahan Phran.Kebanyakan anak Melayu yang memasuki pasukan ini tidak mempunyai pegangan agama Islam yang kuat dan ada yang buta agama.



Mereka mendapat latihan insentif ketenteraan selama 45 hari sahaja. Gaji yang dibayar lumayan juga. Kira-kira RM1700 sebulan( RM100-+ Bht 960).


Kami bertemu dengan seorang Melayu yang menyertai Thahan Phran. Bila bercuti dia akan menghabis masanya di Golok dengan perempuan jalang dan minum-minum. Bila ditanya apa yang anda lakukan bila bertemu dengan pejuang? "Saya akan tembak dia. Dia orang jahat." Itu ucapan yang keluar dari mulut seorang Thahan Phran  yang berbaju hitam.

  Tidak berapa lama kemudian  kami mendapat berita  dia mati ditembak sewaktu meronda di sebuah kampung. Keluarganya meminta disembahyangi dan dikebumikan. Tetapi Tok Imam itu menolak. Lalu keluarganya membawa ke tempat lain. Ditolak juga dengan alasan bukan kariah atau penduduk di situ.

Akhirnya dia dikebumikan di sebuah perkuburan orang Cina!    

Sebagaimana  yang dikata  dalam sebuah laman web, www.globalsecurity.org, " It has also been reported in the past these units included a large majority of local thugs who often made use of  their Thahan Prahan status to continue crimes against their Thai fellow citizens".

                                                                                                  



















Thursday 4 July 2013

Rumah Tuan Guru Hj Shafie Basir Di Yarang

Aku tidak pernah bersua muka dengan Tuan Guru ini. Aku hanya mendengar namanya. Wajahnya ku lihat terpampang di tepi jalan raya.

Dia sangat-sangat dikehendaki oleh pihak penjajah Thai. Ada tawaran yang tinggi diberikan kepada siapa yang dapat memberikan maklumat di mana  dia berada. Tak siapa yang tahu di mana diberada.


Dia seorang ulama yang hebat. Dia sebagai mudir di Pondok Hj Harun Jala, Patani Darussalam. Pondok ini mempunyai ribuan pelajar. Tahun ini(2013) kira-kira 6, 600 pelajar di sini. Ada lelaki dan perempuan. Kelas  lelaki dan perempuan dipisahkan.

Di wilayah terluka ini nyawa orang alim ulama  sentiasa terancam. Golongan ini dianggap merbahaya  dan kerana perlu dihapuskan daripada muka bumi ini.

Golongan ini merancang dan Tuhan Maha Perancang. Nyawa Tuan Guru dalam bahaya. Dia perlu diselamatkan. Maklumat telah dihidu tentang perancangan jahat terhadap Tuan Guru. Beliau telah dibawa keluar dari Negara Patani Darussalam. Entah ke mana..