sponsor

Friday 27 December 2013

Berat Mata Memandang,Berat Lagi Bahu Yang Memikul

Pemergian As Syahid YB Abdul Ghaffur cukup berasa bagi Puan Sakinah. Sebelum ini semua pengurusan sekolah diuruskan oleh as syahid.

Tapi kini semua hal terpaksa diuruskan sendiri demi kelangsung sekolah yang dibangunkan oleh suaminya.Puan Sakinah terpaksa berhempas pulas cari dana untuk memantapkan sekolah yang terletak di Pulau Gasing,Yarang di willayah Patani.




YB Abdul Ghaffur telah pergi buat selama-lamanya.
Sedang dikasih
Sedang disayang
Kau pergi dahulu bersama nama yang harum.

As syahid telah ditembak oleh sekumpulan pasukan hitam sewaktu dalam perjalanan ke rumahnya.

Bila sampai waktuku
Kumahu tak seorang 'kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan
Aku ini hamba Allah

Dari gumpulan darah
Merah

Biar peluru menembusi kulitku
Ku 'kan terus mengabdi
Mengabdi dan mengabdi
Hanya kepada Mu
Iiahi Rabbi

Menurut Puan Sakinah sekolah memerlukan bantuan orang ramai untuk memakmurkan lagi sekolah ini. Bangunan baru terpaksa didirikan kerana kemasukan murid-murid semakin bertambah.

Beliau  menjangka sekolah ini akan mendapat sambutan yang dingin selepas kematian YB Abdul Ghaffur. Keadaan itu tidak berlaku. Murid-murid semakin bertambah. Keperluan sekolah semakin meningkat. Dana semakin mengecil. Bantuan daripada kerajaan tidak mencukupi.

Beliau terpaksa turun ke padang meraih simpati orang ramai dari pagi hingga ke senja. Puan Sakinah tidak mengenal putus asa. Barang kemas yang ada terpaksa dijual supaya sekolah dapat bernafas.

Beliau sangat-sangat berharap orang ramai sudi menghulurkan bantuan.



Tak ada perjuangan yang tidak ada penderitaan
Tidak ada kemenangan yang  tak ada perjuangan
Tak ada kemerdekaan yang tak ada pengorbanan!

Saturday 21 December 2013

Mencari Dana Untuk Maahad Di Cenak,Singgora

Sekolah Mengah Agama di Cenak akan  mengadakan jamuan makan pada 18 Januari 2014 di perkarangan sekolah ini.

Tujuan utama diadakan jamuan ini ialah untuk mengumpul dana bagi membangunkan asrama puteri dan mesjid di kawasan sekolah.

Setakat ini terdapat lebih daripada 300 orang pelajar yang belajar di sini.

Anda bolehlah datang untuk menjamu selera sambil menderma untuk membangun sekolah dan pendidikan di wilayah Hujung Selatan.

Maahad Bi'shat Addiniah yang baru berusia setahun jagung terletak  tidak jauh dari jalan raya menuju Pekan Cenak.

Pelajar-pelajar di sini tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak. Menurut warden  sekolah ini Ustaz Ahmad Alawi, pentadbir sekolah ini terdiri daripada tenaga muda yang diharapkan lebih bertenaga lagi untuk memajukan sekolah ini.

                   















































Wednesday 11 December 2013

Anakku Ashaari

Ratap tangis
Tidak menjanjikan apa-apa
Keadilan tidak akan tegak hanya dengan kesedihan dan tangisan malam.
Tidak ramai yang mahu mencari keadilan.
Tapi bagi Mak Bedoh mencari keadilan untuk anaknya Ashaari yang telah pergi buat selama-lama amat perlu.

Pada mulanya dia hampir berputus asa. Dengan bantuan NGO di wilayah itu semangatnya pulih kembali. Sedih dan duka dicampak ke tepi.

Dahulu Mak Bedoh tidak pandai menunggang motorsikal. Sekarang sudah pandai. Dahulunya tidak boleh memandu kereta. Sekarang sudah boleh. Demi mencari keadilan bukan hanya untuk Ashaari tapi untuk semua di wilayah yang bergolak dan berdarah.Kisah ini sudah didokumentarikan atas nama 'His name is Ashaari'


Bersambung.....


Oleh Shakir Taha

Friday 6 December 2013

Aktivis Patani Melawat Pondok Hj Mat Nahu

Aktivis Bunga Raya,Hassan Tolla begitu senang hati dapat melawat Pondok Hj Mat Nahu yang terletak di pendalaman,Kuala Beris,Sik Kedah. Inilah kali pertama anak muda lulusan Universiti Putra Songkhla,kampus cawangan Patani.

Sebelum ini dia hanya mendengar namanya sahaja. Dewan kuliah telah dibaikpulih dengan bantuan pertubuhan NGO yang bernama 'Wargakilang'.NGO ini cukup terkenal di Kedah.

Menurut saudara Hassan sekurang-kurangnya dia dapat membandingkan kelebihan dan kekurangan pondok di Hujung Selatan dengan di Malaysia.

Beliau cukup tertarik dengan salah seorang penuntut di situ yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran secara pondok di Patani. Anak muda yang berasal dari Pulau Langkawi itu baru tiga bulan belajar di Pondok Hj Mat Nahu.

Menurut saudara Hassan terdapat banyak pondok di wilayah Patani. Terdapat ramai juga penuntut Malaysia yang belajar di Patani.

Inilah wajah baru Pondok Hj Mat Nahu.


Saudara Hassan berhasrat untuk membangunkan sebuah sekolah di negaranya untuk umat Melayu Islam Patani. Beliau cukup percaya pendidikan dapat mengubah nasib Melayu Patani sekarang ini.





Sehingga kini Hassan terus melakukan kerja-kerja kesukarelawanannya bersama kumpulan NGO 'Bunga Raya' di bumi Patani.








Oleh Shakir  Taha
Gambar oleh Shakir  Taha