sponsor

Tuesday, 30 April 2013

Tuan Danial Tuan Ismail Pejuang Keadilan Dan Keamanan

Aku hanya mengenali anak muda ini melalui You-Tube.Dia berbicara tentang negaranya Patani Darussalam yang berada dibawah penjajahan Siam sekian lama.Umum mengetahui Patani Daussalam berada  dibawah jajahan Siam semenjak tahun 1786.

Bermula dari tarikh rakyat Melayu Patani tidak pernah merasa aman. Menurut penulis sejarah Dr. Zamberi Abdul  Malek  orang Melayu diperlakukan diluar perikemanusiaan. Mereka dibunuh,dibakar hidup-hidup,yang perempuan diperkosa kemudiannya dibunuh.

Semua perkara yang dilakukan oleh Siam diteruskan sampai sekarang. Tuan Danial Tuan Ismail cukup memahami gegup jantung rakyat Patani yang dirundung malang. Sebagai anak muda punya idealisme dia merasakan perlu berbuat sesuatu terhadap rakyat yang tertindas.

Anak muda yang berusia 32 tahun terus terjun bergerak dalam  NGO. Dengan ilmu yang ditimba di Universiti Ramkhamheng  dalam jurusan politik pemerintahan dia tidak ragu-ragu untuk membantu umat Patani yang  tidak diberi keadilan dan dinafikan hak mereka.

Beliau bergerak cergas NGO yang dikenali sebagai
"LEMPAR" atau nama penuh Lembaga Patani Raya Untuk Keamanan dan Pembangunan dan telah diamanahkan sebagai  Timbalan Pentadbir.

Anak muda yang berkulit sawo matang,berbaju batek, berambut tegak persis negarawan Indonesia Bapak Mohd. Natsir yang  juga mantan Perdana Menteri cukup lantang bercakap soal keamanan dan kedamaian.

Beliau turut terlibat dengan beberapa  NGO lain dalam usaha mencari perdamaian dan keamanan di Patani Darussalam.







































Oleh Shakir  Taha

1 comment:

  1. Cikgu, kenapa di sini ditulis huruf Ga cara Urdu?
    Bukankah cara Melayu Patani sama macam kita iaitu Kaf bertitik atas?

    Perlu ditegur kecenderungan baru ini cikgu, memang ada yang belajar di Pakistan/India, tapi kekalkanlah cara kita.

    Terima kasih hamba dahulukan cikgu.

    ReplyDelete