sponsor

Sunday, 5 August 2012

Bermalam Di Pondok Kampung Gajah Teriak

Ketika ditanya di mana Pondok Al Muhajirin aku sendiri tidak tahu.Kami menggunakan GPS. Dalam GPS pun tidak ada.Nama Kampung Gajah Teriak tidak muncul dalam skren GPS. Jadi jalan yang terbaik ialah bertanya sebagaimana kata orang tua-tua, malu bertanya sesat jalan.

Kami berhenti di stesen minyak PETRONAS  Jitra. Aku bertanya ke seorang lelaki berserban dan berjubah dengan harapan tentulah dia tahu. Sangkaan aku meleset. Dia langsung tidak tahu. Lalu dia bertanya kepada isterinya yang berjubah hitam dan menutup wajahnya. Dia juga tidak tahu.Setelah bertanya kepada dua tiga orang yang datang mengisi minyak di stesen ini ternyata semuanya tidak tahu. Lalu aku bertanya pekerja di stesen minyak itu sendiri. Dia tahu."Abang ikut jalan ini terus sampai jumpa simpang belok kanan. Jumpa 'roundabout' pusing arah pukul 12.00." Tapi Saiful si anak muda ini cukup yakin kepada GPS. Ternyata GPS itu tidak mampu membantu kami. Aku mengatakan panduan pekerja di stesen minyak itu betul kerana dia orang tempatan. Mahu tidak mahu, Si Saiful terpaksa berpatah balik setelah tersasar jauh.
Perjalanan masih jauh berbalam-balam. Aku yakin dengan panduan yang dinerikan oleh pekerja tadi.Malam masih muda. Baru pukul 10,30 malam. Mesjid di tepi jalan sudah gelap. Tidak orang untuk kami bertanya. Kami bergerak terus lalu bertemu dengan 'roundabout' yang dikatakan tadi. Kedai kopi di tepi masih belum tutup. Di situ ada sepasang suami isteri,mungkin Tuan punya kedai kopi. Kami berhenti di sini dan bertanya."Ikut jalan ini,terus sampai jumpa simpang,belok kiri.Jalan Bukit Wang.Ada banyak pokok jeti di kiri kanan jalan." jelas lelaki  di kedai itu.


Kami mencari tanda yang menunjukkan jalan masuk ke pondok. Alhamdulillah akhirnya jumpa dalam malam yang gelap pekat. Kira-kira 4 kilometer untuk sampai ke dalam pondok yang dipagari oleh pokok getah dan hutan dara.Aku menghubungi Ustaz memaklumkan kedatangan kami. Dia meminta kami mencari Umar yang menguruskan penempatan kami di pondok. Waktu itu ada orang sedang bertadarus Al-Quran dan orang itu ialah Umar anak muda yang berasal dari Satun(Setul) Selatan Thai.Dialah yang menguruskan makan malam kami dan sahur. Kami empat orang tinggal di pondok yang kukuh dan kemas. Ada air dan eletrik dalam pondok.Airnya dari perigi yang disalur melalui sistem pum.Semua pondok yang di sini menggunakan air ini.

Ustaz memulakan kuliah ummuminya pada pukul 8.30 pagi.Hadirin sudah datang seawal jam 7.00 pagi.Menurut Ustaz Khairul Anwar dewan mesjid mampu memuatkan 700 orang itu penuh sendat pagi itu.Selepas kuliah ummuminya selesai, beliau memberi ruang kepada wakil dari Patani untuk memberikan penerangan tentang isu Patani di Selatan Thailand. Penerangan itu diiringi dengan pertunjukan slid.
Kami begitu mudah sekali bertemu dengan Ustaz muda ini yang berjanggut lebat,berserban kemas diikat,berbadan tegap,berkulit hitam manis. Tidak perlu buat temu janji untuk bertemu dengan beliau.Mudah sekali.Orangnya begitu murah dengan senyuman.

No comments:

Post a Comment