sponsor

Monday 9 November 2015

Pepatah Yang Perlu DiKorbankan

Orang Melayu kaya dengan pepatah petitih. Tidak semua pepatah Melayu sesuai digunakan sekarang. Contohnya ular dengan Keling.Bila bertemu ular dengan Keling, pukul Keling dahulu.

Menurut Prof Dr.Siddiq Fadzil pepatah itu tidak rugi dikorbankan demi keharmonian kaum di Malaysia.

Menurut beliau pepatah ini juga meluas sampai ke Sumatra.

Islam sebagai agama Rahmatun Lil 'Alamin amat perihatian pepatah yang sebegini rupa

Oleh Shakir Taha

Tuesday 22 September 2015

Ikan Bilis Di Tanjung Dawai

Bot penambang sentiasa menanti kedatangan anda seawal pukul 8.00 pagi di Pantai Merdeka bagi mereka yang hendak ke Tanjung Dawai melalui jalan laut. Tambangnya hanya RM2.00 dan tidak sampai 3 minit sudah tiba di jeti Tanjung Dawai,Kedah.


















Kiri, jeti Tanjung Dawai.

Bot penambang akan bertolak sebaik sahaja ada penumpang melebihi 6 orang. Perkhidmatan bot penambang bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 7.00 malam. Menurut seorang penduduk di sini keadaan di Tanjung Dawai biasanya sibuk pada Sabtu, Ahad  dan musim cuti sekolah. Ramai pelancongan tempat yang datang membeli ikan bilis di sini. Pengusaha ikan bilis tempatan(Tanjung Dawai) sentiasa menjadi qualiti ikan bilis yang dijual kepada pelanggan. Harga yang dijual mengikut gred.













Ikan bilis yang dijual di sini adalah produk tempatan.Demikian juga belacan tumbuk yang dengan harga RM7.00 sekilo.Selain ikan bilis dan belacan terdapat juga ikan masin,sotong kering,keropok beranika jenis.


Anda juga boleh menjamu selera di warung-warung yang terdapat sini. Mereka menjual dengan harga yang berpatutan.

Kata seorang aktivis BAKUN,Cikgu Hj Md Yatim dalam pantunnya

Ada beza mengutip dan mengaut
Seperti burung belatuk dengan tekukur
Negara ini kaya juga dengan hasil laut
Tapi masih ramai yang belum bersyukur.














































Saturday 19 September 2015

Sahabat Lama

Cukup lama Aku tidak bertemu dengan Ismail Arshad. Hampir empat puluh tahun. Berasal dari kampung Permatang Bertam,Kepala Batas,Pulau Pinang.

Beliau sekarang menetap di Pekan Sik,Kedah. Pernah menjadi guru dan bersara sebagai seorang pengetua di sebuah sekolah di Pekan Sik.

Orangnya cukup simple dan mudah diajak berbicara. Baru-baru ini bertemu di sebuah kedai kopi di Pekan Jeniang.

Pekan Jeniang  tidaklah sesibuk Sungai Petani.Pagi itu jerebu semakin berkurang dan kendaraan yang lalu lalang tidak sibuk. Jadi perbualan kami tidaklah diganggu oleh suara bising kereta,motorsikal dan lori.

Pekan Jeniang setahu Aku terdapat ramai penternak lebah kelulut. Aku pernah membeli sebotol dan harganya agak mahal.


Oleh Shakir Taha


Sunday 13 September 2015

Rezeki Melambai Di Pantai Kuala Muda

Di sini Aku dilahirkan
Bersama angin
Bersama ombak
Aku dari laut.

Setiap hari nelayan melimpahkan hasil tangkapan mereka di tepi pantai. Rezeki mereka melimpah ruah.Kalau tidak angin kuat dan ribut tidak mengamuk pasti ada hasil tangkapan dibawa pulang.

Biasanya mereka membawa naik,ikan,udang dan ketam pada pukul 10.00 pagi. Waktu kemuncaknya pukul 11.00 pagi.Pembeli dan peraih sudah sedia menanti.
Di sini ikan cukup segar.







Di sini nelayan menjual ikan secara bisik.Mereka yang meletakan harga yang tertinggi akan menjadi miliknya. Ada jual pembeli yang membeli terus dari bot nelayan yang mendarat. Biasanya nelayan ini menjual ikan rendah sedikit daripada harga pasaran. Ada waktunya mereka kata 'sedekah'. Ada waktunya mereka 'kira lelong sahaja'

Mungkin anda yang tidak biasa dengan kaedah bisik ini merasakan sukar untuk bersaing dengan peraih ikan yang sudah berpengalaman.Anda boleh minta bantuan nelayan yang ada di situ. Mereka boleh membantu anda.








Ikan di sebelah kanan ini biasanya dibeli oleh suri rumah ataupun pembeli biasa.Anda perlu bijak 'membaca' harga ikan yang hendak ditawarkan dengan cara berbisik. Apapun harganya lebih murah daripada pasaran. Ikan cukup segar. Tidak ada bahan pengawet yang digunakan.
















Peraih dan pemborong biasanya orang Tionghua.Ada yang datang dari Bukit Mertajam,Kulim, Baling dan Perak. Mereka mempunyai pelanggan sendiri. Ada juga yang membekal kepada restoren di tempat masing-masing.


Oleh Shakir Taha















Saturday 12 September 2015

Cikgu Md Yatim Menyantuni Sepi Dan Rindu Anak Yatim

Nama Cikgu Md Yatim tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar Pekan Kulim terutama dikalangan anak yatim. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ngah. Pak Ngah bagi anak yatim ialah tempat mereka mengadu,tempat mereka menumpang kasih sebagai seorang lelaki yang bernama 'Ayah'

Menurut Cikgu Md Yatim anak yatim tidak memerlukan sangat wang ringgit. Mereka rindukan kasih sayang seorang Ayah untuk bermanja dan bersiar-siar seperti anak-anak yang mempunyai seorang ayah.

Segala perbelanjaan aktiviti rehlah anak yatim sumber perbelanjaannya datang darpada hasil perniagaann yang diinfakkannya dan sumbangan orang rama atas nama fi sabililLah.

Setakat ini beliau menguruskan kurang 40 orang anak yatim dalam aktivitinya. Beliau mempunyai bas sendiri untuk membawa anak-anak yatim ini dalam segala aktiitinya.Ada waktunya anak-anak ini dikena wang komitmen sebanyak RM3.00 untuk aktiviti mereka.Ibu-ibu yang hadir ke program diberi wang sagu untuk mengisi minyak kereta.

Menurut Cikgu Md Yatim ibu tunggal ada yang berkahwin semula bila mendapat jodoh yang sesuai.Mereka ini terus melibatkan diri sebagai aktivis BAKUN(Pertubuhan Bakti Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al-Mukminun)

Ibu-ibu tunggal cukup gembira dan berpuas hati bila Cikgu Md Yatim membawa anak-anak mereka menyertai aktiviti BAKUN.Mereka memberi kepercayaan yang penuh kepada Cikgu Md Yatim dan tidak ada sedikit pun bimbang  dan ragu.

Oleh Shakir Taha                                  

Monday 27 July 2015

Mengutip Permata Di Hujung Senja

"Nak pergi ke rumah Ustaz Mahmud."
Itulah mesej yang aku terima daripada Dr.Fatimah Salleh.

Mereka belum pernah berjumpa dengan Ustaz Mahmud selepas meninggalkan alam persekolahan. Empat puluh tahun berlaku. Aku setuju dan mula mencari rakan-rakan yang hendak pergi menziarah Ustaz Hj Mahmud Hj Ismail.

Sebelum itu kami diajak makan tengahari di rumah di rumah Cikgu Hasnah Din. Cikgu Hasnah menghidangkan masakkan kampung. Ada gulai ikan seludu,sambal belacan, kerabu, sambal petai udang, pucuk ubi,pageri terung yang dibawa oleh Fatimah Salleh, agar-agar koktel oleh Salmah Mahmud. Kami hanya mampu membawa senyuman sahaja

Kalsom Hamid tidak sempat ke rumah Ustaz Hj Mahmud. Di kalangan kami, beliau dikenali sebagai Ustaz muda kerana ada seorang lagi Ustaz yang tua.

Ustaz Hj Mahmud masih mampu lagi mengingati nama-nama anak didiknya.Banyak kisah lama yang tidak diketahui tersingkap apabila bertemu dengan Ustaz kami yang tersayang ini.

Seperti kata Yuseri Yusof sedap sungguh makanan di rumah Hasnah dan bertambah sedap lagi dengan hidangan kisah 40 tahun yang lagi lalu.


Gambar: Kiri Yuseri Yusof, Alias ,Ustaz Mahmud, Shakir Taha dan Abu Hassan

Oleh Abu Rambairy

Tuesday 21 July 2015

Rumah Ustaz Hassan Toyyib

Beginilah rumah pejuang Melayu Patani. Rumah ini telah ditinggalkan oleh pemiliknya Ustaz Hassan Toyyib yang pernah menjadi jurucakap BRN sewaktu sewaktu berunding dengan wakil kerajaan Thailand.

Rumah ini terbiar.Terletak di Kampung Banggol Setol, Tanjung Mas di wilayah Menara(Narathiwat)



Di  sini terdapat sekolah pondok. Di tengah kawasan sekolah ini terdapat rumah Ustaz Hassan Toyyib.Beliau merupakan tenaga pengajar di sini, Atas sebab keselamatan beliau meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke Malaysia.






Ustaz Hassan mendapat pendidikan tinggi di salah sebuah universiti di Indonesia.Beliau menjadi pemimpin pelajar Melayu Patani semasa menuntut di Indonesia. Setelah tamat pengajian di Indonesia beliau pulang ke Menara dan mengajar di kampungnya,

Oleh Shakir Taha,

Monday 29 June 2015

Melihat Kebesaran Ilahi Di Kaki Banjaran Titiwangsa


Mereka belajar berlantaikan  rumput hijau. Tiada permaidani indah buat anak-anak ini.


Tiba waktu berbuka puasa. Nasi diceduk,Nasi dihidang. Nasi dimakan              

                                              Menikmati keindahan pagi di tepi tasik              



                                           Pondok bambo beratapkan rembia dan bertam



                               Berbuka puasa bersama anak orang asal di kampung "Desa Damai"


Oleh Shakir Md Taha

Menyemai Harapan Di Kaki Banjaran Titiwangsa

Anak muda yang menyertai NGO Unggas Malaysia dan Aman Patani turun di kaki Banjaran Titiwangsa untuk bertemu dengan anak-anak orang asal dari kaum Jahai. Mereka adalah sukarelawan mampu membuat kerja kebajikan tanpa menharapan sebarang imbuhan.

Mereka mengajar dan mendidik anak-anak orang asal membaca dan menulis bahasa Melayu. Anak-anak yang tidak berdosa ini dengan tekun sabar mengikuti kelas di tanah lapangan di kaki Banjaran Titiwangsa yang kaya dengan pepohon hijau dan kesunyian.

Anak-anak ini sudah biasa dengan keadaan alam sekitar yang menghijau dan langit terbuka. Tidak ada kerusi dan meja. Lantainya tanah yang menghijau. Bumbungnya langit yang membiru. Penghawa dinginnya, angin sepoi-sepoi bahasa yang menampar muka.


Bila keletihan sukarelawan berehat dipondok yang dibuat daripada bambo dan daun bertam. Pondok ini tidak menjanjikan sebarang keempukan seperti tilam Dunlop. Keletihan di bulan puasa  menjadikan pondok ini tempat yang cukup selesa untuk melepaskan  penat lelah.

Udara di sini cukup segar dan nyaman. Suasana cukup tenang. Sekali sekala ketenangan di sini diganggu oleh salakan anjing yang berkeliaran di kampung yang bernama "Desa Damai".


Oleh Shakir Md Taha

Sunday 28 June 2015

Berbuka Bersama Pak Ngah Cikgu Md Yatim

Cikgu Md Yatim lebih dikenali dengan panggilan Pak Ngah dikalangan anak-anak yatim BAKUN .Beliau mendidik dan memimpin mereka. Menanamkan rasa hormat kepada orang dewasa, menghormati ibu-bapa dan bantu membantu sesama insan. Tanpa rasa jemu beliau memberi tenaga dan fikiran membebas mereka ini daripada belenggu kemiskinan.

Beliau tetap menguntum senyuman dengan keranah anak-anak dibawah didikan dan asuhannya. Beliau sabar melayan gelagat anak-anak yang hilang kasih seorang ayah.

                                                                                                                 
                                                                                               
Beliau membangunkan 'Kantin Rakyat' semata-mata untuk mengujudkan   peluang pekerjaaan kepada ibu tunggal. Makanan yang dijual di sini dimasak oleh ibu tunggal. Mereka juga bertindak sebagai pekerja di sini. Pak Ngah bertindak sebagai penyelia di sini bagi mempastikan semuanya berjalaan dengan lancar.

Aku dan Fauzan diundang untuk berbuka puasa di kantin ini. Tetamu yang ramai sekali ialah anak-anak  yatim. Mereka dengan penuh selera. Tiada ada sebarang rungutan tentang menu yang disediakan.

Turut diundang pada petang itu ialah NGO Persatuan Sedekah Subuh yang diwakili oleh Hafiz Musa.Individu tertentu juga diundang.


                                                                             
   Papan tanda Kantin Rakyat Bakun yang diusahakan oleh Pak Ngah Md Yatim dan ahli BAKUN Kulim.


Oleh Shakir Taha            

Cikgu Md Yatim Membela Anak Yatim

Cikgu Md Yatim bekas guru yang mewakafkan tenaga dan fikiran untuk membangun dan membantu kehidupan anak yatim. Disamping menjalankan perniagaan yang diusahakan sejak beliau berumur 45 tahun beliau tidak pernah berpisah dengan kehidupan anak yatim.

Beliau berusaha mencari dana untuk membantu kehidupan anak yatim.Hasil keuntungan perniagaan beliau ada waktunya tidak mampu untuk membiayai keperluan anak yatim. Jadi untuk tujuan itu beliau berjumpa dengan hartawan Muslim bagi membantu kerja-kerja beliau. Kesediaan hartawan Muslim membantu beliau memudahkan kerja beliau.
Beliau berjaya membangun kantin rakyat BAKUN.






Pertubuhan Bakti Kebajikan Anak-anak Yatim  dan Miskin Al-Mukminun.Menurut beliau, anak yatim dahagakan kasih sayang seorang lelaki yang bernama 'ayah'.

Ada waktunya beliau membawa mereka ini makan-makan dan melawat tempat yang menarik. Beliau tidak berlalu memanjakan anak-anak yatim ini dengan kehidupan bermewah-mewah.

Beliau juga mengajar mereka hidup berdikari dengan membawa mereka ikut serta dalam perniagaan yang beliau kendalikan. Itu dengan kebenaran waris mereka.


Oleh Shakir Taha                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          

Sunday 5 April 2015

Bertemu Aktivis Dari Patani

Bertemu aktivis dari Patani meningkap kisah duka dan penderitaan rakyat Melayu Islam Patani.Wilayah yang pernah suatu ketika diperintah oleh kesultanan Melayu Patani dan juga Kedah kini tinggal kenangan. Menurut Mohd  Zamberi A. Malek, Siam telah berjaya menawan seluruh negeri Patani pada November 1786 (A,Malek, Mohd Zamber,ms 96,Umat Islam Patani Sejarah dan Politik)

Kerajaan  Siam seterusnya menjalankan dasar Siamisasi yang memberikan kesan yang cukup mendalam terhadap bahasa  Melayu dan juga agama.

Atas dasar sayangkan bangsa dan agama Islam aktivis muda bekerja keras menghidupkan bahasa Melayu di wilayah yang bergolak ini.Mereka mencari dana untuk membangun sekolah rakyat  dan juga mengadakan program pemulihan di tiga wilayah( Jala,Menara dan Patani) yang terjejas teruk akibat  konflik yang berpanjangan di Thailand Selatan.

Ada diantara aktivis muda bekerja secara sukarela  tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan. Mereka mendidik dan memimpin anak-anak remaja memahami bahasa dan budaya Melayu Islam Patani.

Gambar 2.Kanan Sdr. Hassan.

Menurut Sdr.Hassan Tola yang juga memimpin organisasi 'Bunga Raya', beliau dan rakan-rakan lebih menjurus kepada pendidikan untuk membangunkan TADIKA di wilayah selatan.Mereka mengadakan kursus bahasa Melayu untuk guru-guru Tadika.









Manakala Abdullah pelajar tahun akhir jurusan sains politik,Universiti Prince Songkhla membantu dalam program  anak yatim.

Menurut laporan stastik dari tahun 2004 hingga 31 Oktober 2013,62 orang kanak-kanak mati,374 cedera akibat konflik bersenjata dan keganasan.

Konflik yang berterusan di wilayah selatan mengakibatkan kecederaan dan kematian kepada kanak-kanak yang tidak berdosa.Ramai yang menjadi anak yatim selepas ibu bapa mereka meninggal dunia ataupun dipenjarakan oleh kerajaan atas dituduh sebagai 'pengganas'.


Oleh Shakir Taha.









Monday 30 March 2015

Kenangan Silam






    1972  F5 Bravo Form Teacher: Mr. Thiruselvam.

Kepala Batas Secondary School

Aku masih menyebut nama mu
Kepala Batas Secondary School
Biarkanpun sudah bertukar nama dan wajah

Nama ini tetap dikenang
Kerana didalam yang erti
Erti kemanusiaan
Erti persahabatan
Erti kerjasama


Semuanya digaul pahit,manis dan masam
Kami telan juga dengan penuh payah

Guru-guru kami ada waktunya seperti kandil
Susah payah mendidik dan memimpin


KBSS dan guru-guruku
Nama mu terpahat kukuh dalam ingatan.


Oleh Shakir Taha.



Sunday 29 March 2015

Melakar Impian Menuai Hasil Di Hujung Senja

Di usia muda kami bertunggus rumus menimba ilmu dan mencari pengalaman. Bergaul tanpa mengenal kaum atau bangsa.Melalui cabaran yang manis dan pahit. Ada yang gugur tapi kami bersyukur kerana ramai yang berjaya sampai ke penghujung senja dengan wajah yang ceria.

Berkat membimbingan dan didikan guru tanpa mengira penat dan lelah kami lepasan KBSS berjaya meniti liku-liku hidup dengan tenang dan damai.


Hari ini kami berhimpun dan bermuhasabah diri.Pertemuan di hujung senja diusia 60an dimanfaatkan.Bertanya khabar berita,bertukar pendapat dan ziarah.

Di usia emasini ramai yang mempunyai menantu dan menimang cucu.Lebih menarik yang mampu menambang bilangan zuriat dengan isteri muda














Oleh Shakir Taha

Saturday 28 March 2015

Pertemuan Di Hujung Senja, 40 Tahun Berlalu

Empat puluh tahun berlalu. Kini kami bekas pelajar lepasan Kepala Batas Secondary, sekarang bernama Sekolah Menengah Datuk Abdul Kadir bertemu ketika meniti usia 60an.

Seperti kata Guan Koon Ok orang memula kumpulan whatsApp KBSS 1972 pertemuan ini cukup mengembira dan membangkit kembali kenangan silam yang lucu.

Aku sendiri mula agak sukar mengecam wajah-wajah yang susah berusia 60 an.Ibrahim Hashin yang bergelar Dato' masih boleh dikenali dan diingati.Beliau sudah bersara daripada TUDM dan akan menetap di Kepala Batas.

Ganapathy selalu juga Aku berjumpa dengan dia.Jadi tidak ada masalah. Dia juga berkhidmat dengan TUDM dan banyak mengembara ke negara luar.

G.Doraisamy selaluAku berjumpa dengan dia. Tinggal di Bukit Mertajam.Dia seorang peguam dan sekarang mengajar di "E-Asia University".

Mubarak Ali di sekolah dahulu dikenali sebagai seorang pengawas yang tegas dan mengikut arahan.Siapa datang lambat waktu dia bertugas alamat kena dendalah. Tiada maaf bagi mu.Dia cukup peramah. Jumpa di mana saja pasti menghadiahkan senyuman mesra.


Cikgu Zulkifli Mahmud sudah masuk ahli POP(Persatuan Orang Pesara) baru-baru ini. Dahulu berkhidmat sebagai guru besar. Dia kelihatan muda sekali.Dia tidak banyak berbicara kalau tidak perlu.

Fatimah Salleh pelajar yang cemerlang.Pernah menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.Prof Dr.Fatimah Salleh kini menyertai POP dan tinggal di Kepala Batas.





Kiri sekali Fatimah Salleh,Mui Tian,Kim Hooi dan Siew Pheng.

Kim Hooi seorang ahli perniagaan.Tinggal di pekan Kepala Batas.Aku cukup hormat kepada dia kerana memberi nasihat berhubung dengan pelajaran.

Siew Pheng sehingga kini masih menjadi peguam. Keluarganya memiliki kedai ubat Cina di Jalan Perak ,Kepala Batas.





Mui Tian kawan sekelas semasa tingkatan lima.Dahulunya tinggal di Permatang Sintok tidak daripada kampung ku.Bapanya membuka kedai barang-barang runcit di Pekan Permatang Sintok.Sudah bersara. Dahulu berkhidmat di Sekolah Menengah Dato' Onn, Butterwoth, Kini menetap di Taman Teluk Molek,Teluk Air Tawar.








Oleh Shakir Taha

Friday 13 March 2015

Anak Dagang Di Rantau Orang.

Anak muda dalam usia 21 tahun telah merantau untuk mencari rezeki di Malaysia. Beliau dilahirkan di Surabaya pernah bekerja di Pulau Pinang untuk beberapa tahun.

Sekarang bekerja sebagai pembantu kedai makan  di Taman Sri Keramat,Selangor Darul Ehsan. Berbekalkan keberanian beliau sudah 6 tahun mencari nafkah di Malaysia.

Slamet Riyadi anak sulung kepada Ismail. Ibunya juga merantau ke Malaysia manakala bapa masih tetap di Indonesia.

Setelah 2 tahun berpisah dengan ibunya akhirnya mereka bertemu kembali di Kuala Lumpur.


Oleh Shakir Md Taha.

Sunday 22 February 2015

Nama beliau sebagai penceramah kursus haji cukup dikenali terutamanya di negeri Kedah,Perak dan Pulau Pinang. Beliau berasal dari Jitra,Kedah dan mendapatkan pendidikan agama di pondok Meleleh.

Sebelum bersara beliau berkhidmat  di Angkatan Tentera Malaysia, bahagian agama yang dikenali sebagai KAGAT.Bersara sebagai pegawai waran menudahkan memberi khidmat kepada orang ramai.

Beliau yang berusia 56 tahun meberikan khidmat sebagai penceramah LUTH sejak tahun 2000.
Beliau bercermah mengenai bab haji di Permatang Nibung,Permatang Pasir,Masjid Baru Sungai Bakap dan di Masjid Telekom,Taiping,Perak.

Sewaktu ditemui di Masjid Baru Sungai Bakap beliau berkata menumaikan haji dan umrah mempunyai impak yang sangat besar yang kehidupan samada di dunia ataupun akhirat.

Orang Islam diancam mati sebagai Yahudi dan Nasara sekiranya berkemampuan tapi tidak menunai haji dan umrah. Menurut beliau perniaga elok sangat menunaikan haji dan umrah kerana ia menutup pintu kepapaan.

Pejuang keadilan Amerika Syarikat Hj Abdul Malek Shabaz pernah berkata pemergiannya ke tanah suci Mekkah telah menghapus perbezaan warna kulit.












Oleh Shakir  Taha

Saturday 21 February 2015

Salleh Terus Bekerja


Setiap hari Salleh turun ke sungai menangkul ketam kecuali hari Jumaat. Hari cuti bagi Salleh..Hari lain beliau turun mencari rezeki.
Beliau yakin Allah telah menyediakan rezeki untuknya
Jadi beliau perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Umpan kepala ayam sudah siap sedia. Umpan ini dibekalkan 
oleh peniaga ayam yang cukup kenal dengan Salleh.




Oleh Shakir  Taha