sponsor

Friday 26 December 2014

Kematian Akibat Banjir di Kelantan

Aku mendapat berita tadi ada kematian akibat banjir yang melanda di Kuala Krai,Kelantan.Mayat dijumpai oleh sukarelawan sewaktu membawa bantuan makanan. Di dalam rumah juga dijumpai mayat kanak-kanak.

Setakat ini berita tidak keluar dalam TV. Kita sama-sama doa Allah memberhentikan hujan dan bumi menelan airnya,langit berhenti menurunkan air. AMIN.


Oleh Shakir Taha


Saturday 13 December 2014

Siri 9 Disangka Intan Berlian Rupanya Kaca


  • Sejarah Perang Dunia Kedua, Siam membuka jalan kepada Jepun untuk menyerang Malaya. Siam rakan British dalam perjanjian 1909. Brtish ditipu. Sampai sekarang Siam tidak meminta maaf kepada kita.Aku ada pengalaman bersama orang Jepun. Bila aku menceritakan  kekejaman Jepun kepada orang Melayu, ada yang sampai melutut memohon  maaf. Tapi TIDAK PADA ORANG THAILAND. Mereka tidak tahu pun sejarah itu. Begitu dahsyat sekali sejarah Melayu diracuni di Setul.Maka benarlah seperti kata sarjana besar Asia Prof. Dr.Soejatmoko dalam bukunya 'Dimensi Manusia dalam Pembangunan, "maka kesadaran sejarah, merupakan suatu orientasi intelektual , suatu sikap jiwa yang perlu untuk memahami secara tepat paham kepribadian nasional.Kesadaran sejarah ini  membimbing manusia  kepada pengertian mengenai diri sendiri sebagai bangsa......."
         



  •   Ketidak perihatinan orang Melayu Thailand kepada sejarah  yang benar kerana mereka malas membaca. Mereka juga satu bangsa yang sangat sombong. Dalam senyuman ada bersirat  kejahatan .Kata pepatah "SMILING TIGER". Oleh sebab itu  industri  pelancongan  Thai maju kerana senyuman  rakyatnya adalah pembunuh paling bahaya.(maksud pembunuhdi sini bukan menikam atau  menembak). Ramai yang hanyut dalam syurga  dunia buatan  Thailand.

  • Sikap untuk mengenakan orang adalah perangai yang  diterapkan oleh dasar kerajaan Thai.
  • Senjata terakhir, ugutan TEMBAK. Rakyat  Malaysia akan tewas 100% bila dengar perkara  ini. Anda perlu ingat malaikat maut bukan agen kerajaan Thailand. Kalau ditakdirkan mati tertembak  di mana saja akan berlaku. 
   


    BERSAMBUNG

    Oleh Joe KL.

Siri 8 Bukannya Intan Berlian Tapi Kaca

  • Thailand wujud 543 tahun sebelum Masihi. Ini bermakna Thailand lebih maju daripada USA atau UK apatah lagi Malaysia.Mana mungkin negara maju mengikut negara mundur.
  • Rakyat Thailand telah dididik dengan budaya  menipu secara licik oleh kerajaannya. Mereka menipu kita  rakyat  Malaysia dengan kaedah yang sama. Mereka guna Bahasa Melayu untuk mendapatkan  dana, simpati atau sumbangan  rakyat Malaysia. Yang Islam menggunakan jihad , sedekah jariah dengan ganjaran pahala.  Yang kafir menggunakan SAMI BUDHA untuk memungut derma.
  • Bahasa Melayu adalah senjata untuk membutakan orang Melayu  di Malaysia. Hakikatnya mereka telah diTHAIKAN melalui  TV,radio dan dasar pelajaran.


  • Sekiranya mereka jujur dengan perjuangan membudayakan orang Melayu , buku yang dicetak pada tahun 1992, boleh dihantar untuk disemak  oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka atau kepada Kerajaan Indonesia.

  • Saya percaya ada NGO dari Malaysia dan Indonesia menegur tetapi mereka tidak peduli kerana ini aset penting bagi meraih simpati orang Melayu di Malaysia.
  • Dalam politik Thailand proses pilihanraya di peringkat nasional ,wilayah , daerah dan mukim adalah paling kotor dalam sejarah peradaban  manusia. Rasuah dari JANIN hingga ke MAYAT .
  • Oleh kerana mendapat Setul dari Kedah dengan menggunakan taktik yang licik, terus sampai mereka hidup dengan penuh penipuan.

       BERSAMBUNG
       Oleh Joe KL

Saturday 6 December 2014

Siri 7. Lain Padang Lain Belalang


Mengajar di Setul.

Kaedah biasa yang diajar  seperti  a e i o u.  tidak begitu serasi dengan pelajar di Hujung Selatan. Kaedah pedagogi yang sangat sesuai:-

a i e e o

Bila dieja dengan sukata

Ba  Bi Bu  Be Be Bo

Tidak seperti
Ba be bi bob u menyukarkan murid  berlidah  Thai melagukan sukakata tersebut.

Wilayah Satun menggunakan buku yang dibekalkan oleh PERKASA yang berpusat di Patani. Pengalaman penulis melawat ke PERKASA amat mendukacitakan. Mereka tidak selesa ditegur apabila melakukan kesalahan. Pada hemat mereka bahasa yang digunakan di Patani betul dan mewakili wilayah Patani.


Aku pernah berbincang dengan mereka beberapa kali. Di mankah sumber rujukan mereka. Samada Indonesia atau Malaysia. Kalau Indonesia, mana kamusnya yang mentafsirkan sebutan Bahasa Patani kepada Bahasa Indonesia atau Malaysia.( Kata seorang kawan, "mereka main hentam sahaja,ikut sedap bunyi.").

Sebagai contohnya , Bahasa Inggeris ada dua sumber rujukan. Samada kita rujuk kepada English UK atau English Amerika Syarikat. Kedua-dua bahasa ini ada kamus yang merujuk perkataan satu dengan  yang lain. Perbezaannya tidak begitu ketara dalam susunan tatabahasa dan penggunaan tanda bacaan.


Bahasanya amat meloyakan. Penuh dengan kesalahan ejaan dan tatabahasa. Bahasa Melayu di sini dicemarkan oleh orang Melayu sendiri.


BERSAMBUNG


Oleh Abang Joe KL.

Friday 5 December 2014

Pondok Uzur Terus Berbakti

Pondok Tahfiz Al-Quran Massohibul Ulum yang diasaskan oleh Ustaz Yusri atau lebih dikenali sebagai 'Baba' Fauzi kelihatan sangat uzur dimakan waktu. Pondok uzur ini terletak di Kampung Guar Ban Khuan,Setul(Satun) Thailand Selatan.


Setakat ini terdapat 40 orang pelajar yang mengikuti kelas tahfiz dibawah kelolaan,didikan dan a bimbingan Baba Fauzi. Pelajar di sini perlu membayar yuran sebanyak Bht 1000(RM100,00).Makan,minum dan tempat tinggal disediakan. Bapa Fauzi dan keluarga tinggal di sini.

Gambar kiri: Baba Fauzi.


Sukatan pelajaran kelihatan mudah tetapi cukup berkesan. Pelajar yang cemerlang boleh menyelesaikan hafazan dalam masa dua tahun sahaja. Tapi pelajar yang agak lambat dapat  menguasai hafazannya dalam masa 5 tahun.

Kami melihat pondok ini sangat dhaif dan muram segala bangunannya. Ia sangat-sangat memerlukan bantuan dan sokongan umat Islam supaya wajah pondok ini kelihatan ceria dan berseri.


Ini wajah pondok tahfiz yang luntur wajahnya.Serinya sudah pudar.Pihak pengurusan pondok kekurangan dana untuk mencantikkan wajah pondok agar ia kelihatan mudah dan berseri-seri. Pihak pengurusan pondok berharap ada pihak sudi yang membantu.










Lihatlah silingnya.Sudah melopong,
Oh!dimanakan ku cari ganti!















Membangunkan pondok ini bererti membangunkan umat Islam.
Pondok yang ada jangan dibiarkan tidak bermaya.
Sumbangan Anda dalam apa bentuk sangat-sangat diharapkan 


Oleh Shakir Taha 

shakirtaha@gmail.com

Wednesday 3 December 2014

Siri 6 Cinta,Duka Dan Airmata

PUNCA BAHASA MELAYU KIAN PUPUS

Dasar kerajaan yang mendidik warganya berbahasa Thai ialah melalui TV dan siaran radio. Pengawalan stesen TV dan Radio swasta cukup ketat. Masyarkat Thai  dan begitu juga masyarkat Melayu dipaksa  secara halus memahani Bahasa Thai melalui siaran TV alih suara.  Bila AEC bakal dilancarkan , barulah kerajaan Thai sedar akan  kepentingan Bahasa Melayu disempadan. Sekolah kerajaan diberi kelonggaran mengajar Bahasa Melayu. 



Guru Terlatih

Aku pernah menganjurkan Kursus Tenik Mengajar Bahasa Melayu Kaedah Pedagogi Tahap 1.Buku itu Aku tulis sendiri melalui pengalaman sewaktu membantu mengajar Bahasa  Melayu di Tadika Masjid Misbahudin. Berdasarkan kajian  dan pengalaman, kaedah paling sesuai mengajar murid-murid  BERLIDAH THAI adalah  dengan sukukata  yang mewakili bunyi. 

BERSAMBUNG 

Oleh Joe KL