sponsor

Saturday 16 August 2014

Kewujudan Negara Bangsa


Kewujudan Negara Bangsa,menurut Dr.Wan Salim yang juga mufti Pulau Pinang adalah hasil ciptaan penjajah. Tujuan utama diwujudkan negara bangsa supaya lebih mudah penjajah menguasai negara umat islam di seluruh dunia.

Sebelum dijajah umat  Islam bebas masuk keluar ke mana-mana negara Islam tanpa menggunakan paspot. Tapi bila negara umat berjaya dipecahkan dan dijadikan negara bangsa umat Islam telah hilang kekuatan,maruah dan jatidiri.










Menurut Dr.Wan Salim lagi untuk membangunkan umat Islam perlu bergerak dalam pelbagai bidang.Penumpuan ke satu bidang merugikan ummah.

Beliau menjelaskan pandangannya kepada peserta kursus dari Patani yang mengikuti kursus dibawah kelolaan Prof.Dr.Kamaruzaman Askandar di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang baru-baru ini.

Seramai 21 orang peserta yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang hadir dalam bicara santai bersama Mufti Pulau Pinang.


Oleh Shakir Md Taha

Anak Muda Yang Menulis Untuk Menyampaikan Kebenaran Dan Keadilan.

Anak muda ini menulis bukan untuk mencari makan. Dia tidak pernah meminta imbuhan hasil tulisannya yang bersiar. Dia menghantar tulisannya ke 'Prachatai' dan 'Deep South Watch'. Begitulah sikap dan pendirian anak muda yang bernama Ismail Haji Wancik

Dia menulis dalam Bahasa Thai menurut persepsi orang Melayu Patani. Tapi ada kalanya tulisan dikatakan 'menyokong' pihak pejuang.

Menurut Sdr. Ismail ini mungkin silap faham pihak tertentu. Ataupun tulisannya mungkin 'terbatas' sehingga dianggap menyokong pihak yang terlibat dalam konflik di Hujung Selatan Negara Patani Darussalam.

Baru-baru ini ketika bertemu dengannya di Pulau Pinang, dia menyatakan hasratnya untuk  mempelajari kaedah dan teknik  penulisan berita dan rencana.

"Anda sudah ada semua kemahiran itu. Cuma anda perlu menguasai Bahasa Melayu lebih kemas lagi serta mendalami tatabahasa Melayu." Aku sekadar memberi pandangan dan cadangan.

Inilah yang Aku rasakan anak Patani Melayu perlu lakukan. Mereka sudah sekian lama berada dalam dakap sistem pendidikan Siam sehinggakan bahasa Melayu menjadi asing bagi mereka.


Oleh Shakir  Md Taha


Wednesday 13 August 2014

Kami Terlalu Lama Dilamun Derita

Sosok yang berbadan  gempal ini pernah Aku temui ketika ke Menara setahun yang lalu

Dahulu ketika di Menara dia tidak berbicara langsung.Dia hanya senyum. Itu sahaja.

Tetapi kali Aku temu dia dengan watak yang berlainan. Dengan gaya Herman Tito atau Herman Pelikat(kain pelikat dibahu).

Dia mampu berbicara dalam Bahasa Melayu. Tapi ada kalanya terputus dan semacam terpaksa berfikir apa ayat yang hendak dilontarkan kepada kawan-kawan dari Malaysia.

Dia datang ke Universiti Sains Malaysia dalam rangka mencari ilmu kedamaian yang menurutnya perlu disemai di Patani Darussalam agar menjadi pohon beringin yang membesar, mengakar dan merimbun.

Agak menyedihkan bila dia bercakap tentang bahasa Melayu. Mereka sudah dijajah sekian lama oleh Siam Buddha yang secara agresifnya memaksa sistem pendidikan Siam keseluruh nadi dan urat saraf anak Patani. Jadi tidak hairanlah anak Melayu Patani begitu fasih dan lancar sekali berbahasa Thai.

Menurut Ustaz Idris yang juga seorang ahli perniagaan, anak Melayu Patani kurang mampu berbahasa Melayu baku. Tapi mereka masih boleh berbahasa Melayu dialek Patani. Dalam keadaan yang serba payah mereka  masih berusaha mempelajari Bahasa Melayu baku di Malaysia. Begitulah kata Encik  Ismail Haji Wancik seorang pengamal media di Ujung Selatan. Beliau peneraju utama 'WARTANI' sebuah ejensi berita di Ujung Selatan(Patani Darussalam)


Oleh  Shakir  Md Taha.