sponsor

Sunday 11 September 2016

Terlalu Payah Mencarinya

Terlalu payah mencarinya. Di Jala tiada. Di Patani tiada. Di Menara pun tiada. Baik dalam bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Surat khabar berbahasa tidak ada dijual di tiga  wilayah di sini ataupun cangwat dalam bahasa Thai kalau tidak silap saya. Surat khabar bahasa jauh sekali. Kedai buku tidak banyak di sini.Kedai  makan cukup banyak di sini.

Surat khabar bahasa banyak sekali. Tidak tahu berapa jumlah surat khabar yang diterbitkan dalam bahasa Thai. Pastinya surat 'The Nation' dan "Bangkok Post" tidak ada dijual di sini.

Mungkin bilangan pembaca surat khabar berbahasa Inggeris boleh dibilang dengan jari.  Maka sebab itulah tidak ada dalam pasaran di wilayah ini.Tentunya peniaga tidak mahu mengambil risiko menual barangan yang  tidak ada pembelinya.Tentang surat khabar memang tidak ada langsung. Bilangan penduduk Melayu di Hujung Selatan memang ramai.Menurut perangkaan di Menara ada 747,372 penduduk Melayu yang merupakan golongan terbesar di wilayah ini dan segi peratus ialah 80%. Di Patani ada 80% orang Melayu. Jumlah orang Melayu di sini ialah 663,485 orang. Di wilayah Jala ada 72% orang Melayu yang berjumlah 493,372 orang.

Penduduk di Hujubg Selatan kebih banyaj menggunakan bahasa tulisan jawi. Keadaan ini berlaku kerana pengaruh sekolah pondok yang banyak terdapat di Hujung Selatan.  Sekolah pondok merupakan benteng pertahanan tulisan jawi Tulisan rumi digunakan dan diajar di Tadika. Tadika di Hujung Selatan merujuk kepada sekolah Melayu yang beroperasi pada Sabtu dan Ahad. Sekolah ini beroperasi secara sukarela dan mendapat sedikit dana daripada pihak pemerintah.

Baru-baru ini ditubuhkan Dewan Bahasa dan Pustka Melayu Thailand untuk meningkat bahasa Melayu di Thailand. Terlalu awal untuk memperkatakan tentang kemajuan dan perkembangannya. Baru berusia setahun jagung. Apapun setakat ini usaha  daripada beberapa NGO dan individu untuk  memajukan Bahasa Melayu di Hujung Selatan.Cara yang terbaik untuk memartabatkan Bahasa Melayu di sini ialah melalui pendidikan.



Dipetik daripada deepsouthwatch,org/node/9438

Ditulis oleh Tun Sri Lanang Al-Filfilan