sponsor

Sunday 5 April 2015

Bertemu Aktivis Dari Patani

Bertemu aktivis dari Patani meningkap kisah duka dan penderitaan rakyat Melayu Islam Patani.Wilayah yang pernah suatu ketika diperintah oleh kesultanan Melayu Patani dan juga Kedah kini tinggal kenangan. Menurut Mohd  Zamberi A. Malek, Siam telah berjaya menawan seluruh negeri Patani pada November 1786 (A,Malek, Mohd Zamber,ms 96,Umat Islam Patani Sejarah dan Politik)

Kerajaan  Siam seterusnya menjalankan dasar Siamisasi yang memberikan kesan yang cukup mendalam terhadap bahasa  Melayu dan juga agama.

Atas dasar sayangkan bangsa dan agama Islam aktivis muda bekerja keras menghidupkan bahasa Melayu di wilayah yang bergolak ini.Mereka mencari dana untuk membangun sekolah rakyat  dan juga mengadakan program pemulihan di tiga wilayah( Jala,Menara dan Patani) yang terjejas teruk akibat  konflik yang berpanjangan di Thailand Selatan.

Ada diantara aktivis muda bekerja secara sukarela  tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan. Mereka mendidik dan memimpin anak-anak remaja memahami bahasa dan budaya Melayu Islam Patani.

Gambar 2.Kanan Sdr. Hassan.

Menurut Sdr.Hassan Tola yang juga memimpin organisasi 'Bunga Raya', beliau dan rakan-rakan lebih menjurus kepada pendidikan untuk membangunkan TADIKA di wilayah selatan.Mereka mengadakan kursus bahasa Melayu untuk guru-guru Tadika.









Manakala Abdullah pelajar tahun akhir jurusan sains politik,Universiti Prince Songkhla membantu dalam program  anak yatim.

Menurut laporan stastik dari tahun 2004 hingga 31 Oktober 2013,62 orang kanak-kanak mati,374 cedera akibat konflik bersenjata dan keganasan.

Konflik yang berterusan di wilayah selatan mengakibatkan kecederaan dan kematian kepada kanak-kanak yang tidak berdosa.Ramai yang menjadi anak yatim selepas ibu bapa mereka meninggal dunia ataupun dipenjarakan oleh kerajaan atas dituduh sebagai 'pengganas'.


Oleh Shakir Taha.