sponsor

Wednesday 18 June 2014

Warna Kehidupan Seorang Pelarian

"Kami tinggalkan  semua milik yang ada."

   " Kami memasak di tempat yang terbuka,  membasuh di tempat  yang  terbuka, di sini  tidak ada tandas. Kami berada dalam suasan yang cukup berbeza."

Ibrahim   Mahamat.






Ibrahim dan anak lelakinya, Idris.                                                      

Ibrahim Mahmat, 61, meninggalkan segala miliknya yang ada untuk melarikan diri daripada cengkaman keganasan yang melanda  Republik Afrika Tengah.

Kami bertemu dengan seorang ayah kepada sembilan orang anak di kem sementara  Gore, sebuah khemah pelarian berdekatan dengan Chad. Semenjak  dia dan keluarga meninggalkan kampung halaman mereka di Berberati yang terletak barat daya Republik Afrika  Tengah.

"Kami memasak di tempat terbuka, membasuh di tempat terbuka, di sini tidak  ada tandas dan orang ramai membuang air besar merata-rata, dia memberitahu kami. " Kami berada didalam keadaan  yang serba payah sekarang."

Keluarga kami tinggal dalam sebuah pondok sementara yang dibentuk daripada ranting dan pakaian.
"Kami tidak ada  pendapatan  sekarang," dia memberitahu kami. " Kami tinggalkan segala-galanya di Republik Afrika Tengah.

Sekarang ini keluarga kami bergantung kepada baucar yang diterima  daripada  'Program  Makanan Sedunia(WFP). Ini bermakna kami  hanya ada disekitar  4 000 CFA ($8 USD) sebulan bagi membolehkan membeli makanan.

"Kami hanya bergantung  kepada WFP  untuk mendapatkan makan tetapi ini tidak mencukupi. Ianya tidak sampai sebulan pun. Saya sebagai pencari  nafkah tetapi tidak ada caranya untuk  mendapatkan wang. Saya perlu berbuat sesuatu untuk  membeli makanan."

Ibrahim begitu resah kerana  begitu kurangnya  peluang untuk mencari  rezeki. Keluarganya- malahan anak-anaknya  mencari kayu api untuk  dijual bagi mendapatkan wang untuk  membeli makanan. 'Islamic  Relief'' menambah bantuan  makanan kepada  keluarga  seperti Ibrahim.

Anak-anak tidak mendapat pendidikan

Di kem sementara ini tidak  ada kemudahan pendidikan. Ada guru-guru yang tinggal di sini  menawarkan pendidikan kepada  kanak-kanak tetapi di sini tidak ada  kemudahan  asas seperti kertas dan padan tulis.Kebanyakan  kanak-kanak di sini menghabiskan masa  dengan  membantu  ibu bapa  mereka.

Islamic Relief  berhasrat  membantu guru-guru  dengan  memberikan kemudahan  asas supaya kanak-kanak di kem sementara ini dapat menikmati pendidikan mereka.

Ibrahim juga bimbang perkhidmatan kesihatan di kem sementara itu tidak mampu memenuhi  keperluan pendatang  yang  baru. Dia juga resah  dengan serangan malaria di sini dan cukup bimbangan kalau keluarganya sakit  sakit.

Berpindah ke kem baru

BERSAMBUNG

Oleh Shakir  Md  Taha

Sunday 15 June 2014

Anak Yatim Yang Di Tinggalkan Oleh Bapa Tiri

Begini keadaan yang menimpa dua orang anak yatim setelah bapa mereka meninggal dunia. Ibu mereka berkahwin lagi setelah bapa mereka pulang menemui yang Maha Esa. Kehadiran dua orang anak gadis  ini tidak disenangi  oleh  bapa tiri mereka.


Pada suatu hari mereka telah dibawa oleh bapa tiri ke Kabul, Afghanistan. Mereka telah ditinggalkan oleh bapa tiri mereka tanpa apa-apa  bekalan.


Berita ini telah sampai ke pengetahuan nenek mereka, Puan Rahima. Dengan bersusah payah nenek tua itu mencari mereka dan akhirnya membawa  mereka kembali ke Bamyan. Dalam keadaan umurnya yang  lanjut tidak  banyak yang dapat dilakukan oleh  nenek tua  itu. Mereka tinggal di dalam rumah gua yang tidak mampu melindungi daripada serangan musim sejuk.

Shukria, 6 tahun begitu ghairah sekali hendak ke sekolah. Adiknya Sakina 3, menghabiskan waktu siangnya bermain di atas batu pejal dan impikan hari yang penuh bahagia.

Nenek mereka berusaha sedapat mungkin membahagiakan cucu-cucunya. Nenek ini berada keadaan resah memikir keadaan cucu-cucunya. Dia cukup kesempitan wang. Kedatangan musim sejuk cukup meresahkan beliau. Antara membelikan makanan atau bahan api untuk melindungi daripada musim sejuk yang cukup menggigit mereka sekeluarga.

Hari ini Puan Rahima tidak lagi resah dan bimbang tentang masa depan cucu-cucunya. Semua keresahan dan kebimbangan telah dibunuh oleh badan NGO yang bernama  'Islamic  Relief' Australia

Islamic Relief mengambil tanggungjawab menghulurkan bantuan secara  tetap kepada anak yatim ini.
Sebuah rumah  sudah disediakan di atas bukit Bamyan untuk mereka. Dan mereka tidak lagi tinggal dalam gua yang usah itu.

Penyumbang  yang ada  memberikan laluan untuk Shukria mendapatkan pendidikan yang diimpikan selama ini. Adiknya Sakina dapat bermain di tempat yang selamat.

Alhamdulillah dengan berkat dan pertolongan yang dihulurkan oleh penderma dan penyumbang dua orang anak gadis ini boleh hidup selesa dan bahagia.


Alihbahasa oleh  Shakir   Taha

sumber asal: www.islamic-relief.org.uk/case-studies/left-alone-in-kabul/

Terima kasih juga Fadlullah Wilmot kerana membenarkan saya mengalihbahasa.

Saturday 14 June 2014

Sakina dan Shukria Anak Yatim Yang Ditinggalkan. - Islamic Relief Australia



Bapa mereka telah meninggal dunia. Sakina dan Shukria menjadi anak yatim. Mereka terlantar sendirian di Kabul tanpa penjaga setelah ibunya berkahwin lain. Bapa tiri mereka tidak mahukan mereka.

Lihat tulisan di atas.

Sunday 8 June 2014

Beginilah Jadi Akhirnya...

Pengalaman turun ke lapangan banyak mengajar Aku erti kemanusiaan dan penderitaan hidup  Ceritanya berdasarkan kisah benar. Tetapi nama watak, tempat dan negara telah diubah.

Rais seorang pemandu dan bekerja dengan sebuah NGO. Pendapatannya tidaklah seberapa.  Tapi cukuplah untuk menyara dia dan  isterinya.  Pasangan ini telah lama berkahwin, kira-kira 10 tahun yang lalu. Rais telah  diminta oleh  rakannya untuk  menjaga dua  orang orang anak jalanan buat sementara waktu sebelum mendapat rumah.

Rais dan isterinya, Maryam menjaga anak-anak ini  dengan  penuh kasih sayang. Akhirnya Maryam mengandung. Pasangan ini dikurnaikan dua orang anak daripada darah daging mereka sendiri.  Hidup mereka  bertambah ceria.

Anak jalanan di rumahnya semakin bertambah. Bermula dengan dua orang, meningkat kepada 6 orang, kemudian 10 orang, 20 orang dan akhirnya bertambah ramai  lagi.

Ada seorang hartawan dan dermawan berjanji untuk membantu Rais dam Maryam. Atas sebidang  tanah  hartawan itu membina sebuah  asrama.Rumah Rais berdekatan dengan  asrama ini.

Maryam dan Rais beserta  dua orang anaknya  bersetuju untuk tinggal di asrama ini yang sekarang ini  memuatkan 50 orang anak jalanan. Mereka tinggal seperti adik  beradik. Anak yang termuda  berusia 18 bulan.Dan yang paling tua berusia 18 tahun. Aku sempat  bertemu dengan  mereka setelah kakak yang berusia 18 tahun ini  selesai mengambil peperiksaannya untuk memasuki universiti.

Di sini yang tua membantu 'adik' mereka. Mereka membantu membuat kerja rumah.mengajar Al-Quran dan berqasidah.Rais  akan membacakan cerita-cerita nabi kepada anak-anak yang masih kecil. Maryam menumpukan sepenuh  masanya menjadi 'ibu'  kepada keluarga  besar ini.

Kehidupan keluarga besar ini berakhir dengan kisah yang sedih dan  duka.

Pihak berkuasa tempatan telah campurtangan.Pihak berkuasa menegaskan semua anak lelaki  ataupun  perempuan  hendak segera dihantar ke rumah anak  yatim!
" Tidak wajar anak  lelaki dan perempuan tinggal dibawah satu bumbung."

Rais cuba membantah."Ramai keluarga yang  mempunyai anak lelaki dan perempuan tinggal di bawah satu bumbung.".Maryam berjuang sekuat yang mampu untuk keluarga ini terus tinggal bersama.

Tetapi pihak berkuasa tetap berkeras juga. Mereka mempunyai cara tersendiri. Separuh daripada anak-anak ini telah dipindahkan ke rumah anak yatim mengikut jantina!Tangisan dan airmata memenuhi setiap sudut  dan ruang rumah itu!

Kata kawanku. " I cannot do everything. But I must not do nothing."

Tetapi bila kita semua berbuat  sesuatu, hasilnya akan berlainan.

Oleh Shakir  Taha