sponsor

Thursday 21 April 2016

NGO Bunga Raya Menghulurkan Tangan


Kumpulan Bunga Raya sebuah NGO yang aktif di Patani kini menjalinkan kerjasama dengan pelajar Institut  Baitul Mal, Selangor Darul Ehsan. Bunga Raya yang dipimpin oleh Hassan Tolla banyak menjalankan aktiviti pendidikan untuk anak-anak Patani.

Menurut Sdr.Hassan pelajar-pelajar dari Malaysia berminat dan berhasrat untuk memahami kehidupan rakyat Melayu Islam Patani di wilayah selatan Thailand.

Pihak Bunga Raya telah diminta untuk  mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk diadakan program bersama umat Melayu Islam Patani.


Dalam perbincangan dengan pelajar tersebut, Ustaz Khairuddin dan Sdr. Ilham turut serta.

Oleh Shakir Taha
shakirtaha@gmail.com 

Thursday 7 April 2016

Bertemu Dengan Prof Madya Azizan Bahari


Bertemu dengan Prof Madya Azizan Bahari cukup gembira dan menarik sekali. Beliau seorang yang cukup ramah dan tamah. Setiap kali bertemuan dengannya pasti mendapat buku yang beliau tulis tentang kesukarelawan.

Buku beliau digunakan dikebanyakan universiti di Malaysia, Mahasiswa yang mengambil bidang sains pembangunan sumber manusia dan kerja sosial pasti akan membaca tulisan beliau.





Beliau senang diajak berbicara hal-hal  tentang bahasa,sastera,kerja sosial dan isu semasa. Malah tokoh-tokoh seperti Ho Chin Min,Pram dan Antonio Gramsci beliau tidak kekok untuk berbicara.
Bagi beliau Antonio Gramsci seorang pemikir yang original dan pandangan pemikir ini masih lagi releven dan diterima pakai.

Pram seorang penulis yang luarbiasa, Karya Pram cukup teliti dan mendalam.Menurut Prof Madya Azizan, jarang terdapat penulis yang sehebat Pram.

Oleh Shakir Taha