sponsor

Thursday 21 April 2016

NGO Bunga Raya Menghulurkan Tangan


Kumpulan Bunga Raya sebuah NGO yang aktif di Patani kini menjalinkan kerjasama dengan pelajar Institut  Baitul Mal, Selangor Darul Ehsan. Bunga Raya yang dipimpin oleh Hassan Tolla banyak menjalankan aktiviti pendidikan untuk anak-anak Patani.

Menurut Sdr.Hassan pelajar-pelajar dari Malaysia berminat dan berhasrat untuk memahami kehidupan rakyat Melayu Islam Patani di wilayah selatan Thailand.

Pihak Bunga Raya telah diminta untuk  mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk diadakan program bersama umat Melayu Islam Patani.


Dalam perbincangan dengan pelajar tersebut, Ustaz Khairuddin dan Sdr. Ilham turut serta.

Oleh Shakir Taha
shakirtaha@gmail.com 

No comments:

Post a Comment