sponsor

Friday 27 December 2013

Berat Mata Memandang,Berat Lagi Bahu Yang Memikul

Pemergian As Syahid YB Abdul Ghaffur cukup berasa bagi Puan Sakinah. Sebelum ini semua pengurusan sekolah diuruskan oleh as syahid.

Tapi kini semua hal terpaksa diuruskan sendiri demi kelangsung sekolah yang dibangunkan oleh suaminya.Puan Sakinah terpaksa berhempas pulas cari dana untuk memantapkan sekolah yang terletak di Pulau Gasing,Yarang di willayah Patani.




YB Abdul Ghaffur telah pergi buat selama-lamanya.
Sedang dikasih
Sedang disayang
Kau pergi dahulu bersama nama yang harum.

As syahid telah ditembak oleh sekumpulan pasukan hitam sewaktu dalam perjalanan ke rumahnya.

Bila sampai waktuku
Kumahu tak seorang 'kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan
Aku ini hamba Allah

Dari gumpulan darah
Merah

Biar peluru menembusi kulitku
Ku 'kan terus mengabdi
Mengabdi dan mengabdi
Hanya kepada Mu
Iiahi Rabbi

Menurut Puan Sakinah sekolah memerlukan bantuan orang ramai untuk memakmurkan lagi sekolah ini. Bangunan baru terpaksa didirikan kerana kemasukan murid-murid semakin bertambah.

Beliau  menjangka sekolah ini akan mendapat sambutan yang dingin selepas kematian YB Abdul Ghaffur. Keadaan itu tidak berlaku. Murid-murid semakin bertambah. Keperluan sekolah semakin meningkat. Dana semakin mengecil. Bantuan daripada kerajaan tidak mencukupi.

Beliau terpaksa turun ke padang meraih simpati orang ramai dari pagi hingga ke senja. Puan Sakinah tidak mengenal putus asa. Barang kemas yang ada terpaksa dijual supaya sekolah dapat bernafas.

Beliau sangat-sangat berharap orang ramai sudi menghulurkan bantuan.



Tak ada perjuangan yang tidak ada penderitaan
Tidak ada kemenangan yang  tak ada perjuangan
Tak ada kemerdekaan yang tak ada pengorbanan!

Saturday 21 December 2013

Mencari Dana Untuk Maahad Di Cenak,Singgora

Sekolah Mengah Agama di Cenak akan  mengadakan jamuan makan pada 18 Januari 2014 di perkarangan sekolah ini.

Tujuan utama diadakan jamuan ini ialah untuk mengumpul dana bagi membangunkan asrama puteri dan mesjid di kawasan sekolah.

Setakat ini terdapat lebih daripada 300 orang pelajar yang belajar di sini.

Anda bolehlah datang untuk menjamu selera sambil menderma untuk membangun sekolah dan pendidikan di wilayah Hujung Selatan.

Maahad Bi'shat Addiniah yang baru berusia setahun jagung terletak  tidak jauh dari jalan raya menuju Pekan Cenak.

Pelajar-pelajar di sini tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak. Menurut warden  sekolah ini Ustaz Ahmad Alawi, pentadbir sekolah ini terdiri daripada tenaga muda yang diharapkan lebih bertenaga lagi untuk memajukan sekolah ini.

                   















































Wednesday 11 December 2013

Anakku Ashaari

Ratap tangis
Tidak menjanjikan apa-apa
Keadilan tidak akan tegak hanya dengan kesedihan dan tangisan malam.
Tidak ramai yang mahu mencari keadilan.
Tapi bagi Mak Bedoh mencari keadilan untuk anaknya Ashaari yang telah pergi buat selama-lama amat perlu.

Pada mulanya dia hampir berputus asa. Dengan bantuan NGO di wilayah itu semangatnya pulih kembali. Sedih dan duka dicampak ke tepi.

Dahulu Mak Bedoh tidak pandai menunggang motorsikal. Sekarang sudah pandai. Dahulunya tidak boleh memandu kereta. Sekarang sudah boleh. Demi mencari keadilan bukan hanya untuk Ashaari tapi untuk semua di wilayah yang bergolak dan berdarah.Kisah ini sudah didokumentarikan atas nama 'His name is Ashaari'


Bersambung.....


Oleh Shakir Taha

Friday 6 December 2013

Aktivis Patani Melawat Pondok Hj Mat Nahu

Aktivis Bunga Raya,Hassan Tolla begitu senang hati dapat melawat Pondok Hj Mat Nahu yang terletak di pendalaman,Kuala Beris,Sik Kedah. Inilah kali pertama anak muda lulusan Universiti Putra Songkhla,kampus cawangan Patani.

Sebelum ini dia hanya mendengar namanya sahaja. Dewan kuliah telah dibaikpulih dengan bantuan pertubuhan NGO yang bernama 'Wargakilang'.NGO ini cukup terkenal di Kedah.

Menurut saudara Hassan sekurang-kurangnya dia dapat membandingkan kelebihan dan kekurangan pondok di Hujung Selatan dengan di Malaysia.

Beliau cukup tertarik dengan salah seorang penuntut di situ yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran secara pondok di Patani. Anak muda yang berasal dari Pulau Langkawi itu baru tiga bulan belajar di Pondok Hj Mat Nahu.

Menurut saudara Hassan terdapat banyak pondok di wilayah Patani. Terdapat ramai juga penuntut Malaysia yang belajar di Patani.

Inilah wajah baru Pondok Hj Mat Nahu.


Saudara Hassan berhasrat untuk membangunkan sebuah sekolah di negaranya untuk umat Melayu Islam Patani. Beliau cukup percaya pendidikan dapat mengubah nasib Melayu Patani sekarang ini.





Sehingga kini Hassan terus melakukan kerja-kerja kesukarelawanannya bersama kumpulan NGO 'Bunga Raya' di bumi Patani.








Oleh Shakir  Taha
Gambar oleh Shakir  Taha

Thursday 14 November 2013

Makna Sebuah Titipan

Sering kali aku berkata,
Ketika semua orang memuji milikku
Bahawa sesungguhnya ini hanyalah titipan
Bahawa rumahku hanyalah titipan-Nya
Bahawa hartaku hanya titipan-Nya
Bahawa putraku hanyalah titipan-Nya

Tetapi,mengapa aku tak pernah bertanya;
Mengapa Dia menitipkan padaku?
Untuk apa Dia menitipkan ini padaku?
Dan kalau bukan milikku, apa yang harus kulakukan untuk milik-Nya itu?
Adakah aku memiliki hak sesuatu yang bukan milikku?

Mengapa hatiku justru terasa berat,ketika titipan itu diminta kembali oleh-Nya?
Ketika diminta kembali,kusebut itu sebagai musibah
Kusebut sebagai ujian,kusebut  sebagai petaka
Kusebut itu sebagai panggilan apa saja untuk melukiskan kalau itu adalah derita

Ketika aku berdoa, kuminta titipan cocok dengan hawa nafsuku
Aku ingin lebih banyak harta, ingin lebih banyak mobil.lebih banyak popularitas, dan
kutolak sakit
Kutolak kemiskinan, seolah semua "derita" adalah hukuman bagiku
Seolah keadilan dan kasih-Nya harus berjalan seperti matematika;
Aku rajin beribadah, maka selayaknyalah derita menjauh dariku, dan nikmat dunia kerap
menghampiriku

Kuperlakukan Dia sebagai mitra dagang, dan bukan kekasih
Kuminta Dia membalas "perlakuan baikku"
Dan menolak keputusan-Nya yang tak sesuai keinginanku

Gusti,
Padahal tiap hari kuucapkan, hidup dan matiku hanya untuk beribadah
"Ketika langit dan bumi bersatu,bencana dan keberuntungan sama saja"


Oleh WS Rendra



Nama penuhnya Willibrordus Surendra Broto Rendra anak kelahiran Solo,Jawa Tengah,Indonesia. Lahir pada tahun 1935 dan meninggal dunia di Depok,Jawa Barat pada tanggal 6 Ogos 2009. Beliau adalah penyair terkenal yang kerap digelar sebagai "Burung Merak"

Thursday 7 November 2013

Anak Kampung Jabat

Ketika mencari maklumat tentang konflik di Hujung Selatan( Patani Darussalam) aku berjumpa sebuah tulisan tentang patani dalam laman sawang 'DeepSouth'. Penulisnya seorang wanita Melayu Patani yang bertudung.Tulisannya menarik.Ditulis dalam bahasa Thai. Bahasa yang aku tidak boleh baca. Tulisan itu dijertemahkan ke dalam Bahasa Inggeris.Walaupun terjemahan itu tidak berapa baik, aku boleh faham maksudnya. Itu sudah mencukupi.

Sewaktu ada program di Universiti Putra Songkhla yang aku dan Setiausaha Aman Patani Malaysia hadir.Wnita yang bertubuh kecil ini hadir sama.Dia tidak menyapa aku dan pun menyapa dia. Aku tidak menulis apa-apa tentang perjumpaan yang tertutup itu.

Dalam perjumpaan itu bahasa yang digunakan ialah Bahasa Thai kecuali penceramahnya yang menggunakan bahasa Inggeris.Kemudiannya diterjemahkan kepada Bahasa Thai.

Dalam bulan puasa yang lalu sekali lagi aku turun ke Patani .Patani yang aku maksudkan ialah 3wilayah yang dijajah oleh Siam. Jala,Patani dan Menara. Dua lagi wilayah Melayu yang di bawah jajahan ialah Siam ialah Singgora dan Setul.

Seperti anak-anak Melayu Patani yang lain, Areda cukup mahir berbahasa Thai.Keadaan ini berlaku kerana sistem pendidikan di negara Gajah Putih tidak memberi ruang kepada bahasa Melayu kecuali bahasa Melayu dialek Patani.

Sebagai anak lepasan Universiti Putra Songkhla beliau boleh bertutur bahasa Inggeris.Beliau bercita-cita hendak menjadi seorang pendidik Tetapi hasrat untuk menjadi seorang pendidik bertukar setelah berkursus di Mindanao. Filipina negara Jose Rizal.

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai pembantu penyelidik dan wartawan di DeepSouth sebuah NGO yang dipimpin oleh Dr.Srisompob Jitpiromsri lulusan universiti Amerika Syarikat.

Dalam tubuh yang kecil itu kelihatan semangat yang kental dan berani. Suaranya agak lantang bila bertanyakan sesuatu.Dimatanya ada gunung.Suaranya lagu ombak.

Beliau percaya kepada kekuatan ilmu dapat membantu bangsa dan umat Melayu Patani. Keberanian yang dimiliki digunakan untuk membantu umat.

Beliau mungkin tidak dikenali di Malaysia tetapi namanya cukup dikenali di Hujung Selatan wilayah yang berdarah dan masih berdarah lagi!




Emin Madi Bekas Pengarang Bahagian Bahasa Melayu 'The Sabah Times'

Dialah yang sering aku temui ketika ke Tajung Aru disekitar tahun 1979 dan 80an. Beliau pengarang bahagian bahasa Melayu akhbar 'The Sabah Tmes'. Beliau mahir menulis bahasa Melayu dan Inggeris.

Baru-baru ini EminMadi telah menghasilkan novel dalam bahasa Inggeris tentang Sabah.

Semasa di Sabah aku banyak belajar tentang penulisan daripada dia.Di Sabah juga aku bertemu dengan pengarang 'Mingguan Perdana' dan wartawan A.R. Kamaluddin(allahyarham). Daripada mereka ini aku sempat menimba ilmu tentang penulisan dan kewartawan.

Pertemuan yang singkat ini cukup bermakna. Emin masih kuat dan sihat. Dia masih mampu masuk hutan dengan rombongan watawan Sabah baru-baru untuk menghasil tulisan kepada BERNAMA.

Orang yang pernah aku berguru 33 tahun yang lalu sempat meluangkan masanya  selama 1 jam untuk bertemu dan berbicara pagi itu. Terima kasih saudaraku Amin Madi.

Friday 1 November 2013

KAU INI BAGAIMANA ATAU AKU HARUS BAGAI MANA

Kau ini bagaimana?

Kau bilang Aku merdeka,Kau memilihkan untukku
segalanya
Kau suruh Aku berfikir,Aku berfikir Kau tuduh Aku kafir


Aku harus bagaimana?

Kau bilang bergeraklah,Aku bergerak Kau curigai
Kau bilang jangan banyak tingkah, Aku diam saja
Kau waspadai

Kau ini bagaimana?

Kau suruh Aku pegang rinsip,Aku memegang
prinsip Kau tuduh Aku kaku
Kau suruh Aku toleran Kau bilang Aku plin-plan

Aku harus bagaimana?

Aku Kau suruh maju.Aku maju Kau srimpung
kakiku
Kau suruh Aku bekerja,Aku bekerja Kau ganggu Aku

Kau ini bagaimana?

Aku kau suruh menghormati hukum.
kebijaksanaamu menyepelekannya
Aku Kau suruh berdisiplin,Kau menyontohkan yang lain

Aku harus bagaimana?

Kau bilang Tuhan sangat dekat,Kau sendiri
memanggilnya dengan pengeras suara tiap saat
Kau bilang Kau suka damai,Kau ajak Aku setiap hari
bertikai

Aku harus bagaimana?

Aku Kau suruh membangu,Aku membangun Kau
merusaknya
Aku Kau suruh menabung,Aku menabung Kau menghabiskannya

Kau ini bagaimana?

Kau suruh Aku menggarap sawah, sawahku Kau tanami rumah-rumah
Kau bilang Aku harus punya rumah,Aku punya rumah,Kau meratakannya dengan tanah

Kau ini bagaimana?

Aku Kau larang berjudi,permainan spekulasimu menjadi-jadi
Aku Kau suruh bertanggungjawab,Kau sendiri terus berucap Wallahu a'alam bissawab

Kau ini bagaimana?

kau suruh Aku jujur,Aku jujur Kau tipu Aku
Kau suruh Aku sabar,Aku sabar kau injak tengkukku

Aku harus bagaimana?

Aku Kau suruh memilihmu sebagai wakilmu,
sudah kupilih Kau bertindak semaumu
kau bilang kau selalu memikirkanku,Aku sapa saja
kau merasa terganggu

Kau ini bagaimana?

Kau bilang bicarlah,Aku bicara Kau bilang Aku ceriwis
Kau bilang jangan banyak bicara, Aku bungkam Kau tuduh Aku apatis

Aku harus bagaimana?
Aku harus bagaimana?

kau bilang kritiklah,Aku kritik Kau marah
Akau cari alternatifnya,Aku kasih alternatif
Kau bilang jangan mendikte saja

Kau ini bagaimana?

Aku bilang terserah Kau,Kau tidak mau
Aku bilang terserah kita,Kau tak suka
Aku bilang terserah Aku,Kau memakiku

Kau ini bagaimana?
Aku harus bagaimana?

Oleh  K.H.A. Mustofa Bisri, 1987.



Thursday 31 October 2013

Semalam Di Kampung Pupur

Baru-baru ini selepas singgah ke Tabal(Tak Bai istilah orang Siam) aku terus ke Jabat di wilayah Menara yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu Islam Patani. Wilayah ini masih bergolak dan terus bergolak kerana berlakunya penindasan Siam terhadap orang umat Islam. 

Aku singgah di Kampung Pupur dan bermalam di situ. Ada dikenalan di  situ. Namanya Hj Lazir.Dia seorang peniaga kecil di kampung itu.Dia membuka kedai runcit. Ada waktunya dia bertugas sebagai sukarelawan kesihatan. Dia juga mengajar Al-Quran kepada anak-anak kampung itu. Di kampung ini aku ada kenalan yang bernama Hasan Jabat.Anak muda yang berusia 26 tahun lepasan Universiti Putra Songkhala,cawangan Patani.Dia seorang aktivis masyarakat. 

Aku sampai waktu petang di kampung itu. Aku ke rumah Hasan Jabat. Rumah itu sudah berusia 100 tahun namun kayunya masih kukuh lagi. Tidak sampai lima minit aku duduk dirumah Hasan hidangan petang sudah dihidangkan. Pulut dengan ayam goreng. Jiran-jiran disekeliling datang bertanya khabar tentang Malaysia.Banyak juga soalan tentang Malaysia yang mereka tanya. Ramai yang pernah ke Malaysia terutama ke Kelantan dan Kuala Lumpur. 

Malamnya Hj Lazir mengajak aku makan malam di rumahnya. Aku terima pelawaannya. Malam itu dia mengajar Al-Quran. Dia menghidangkan dengan buah-buahan tempatan seperti durian,dukung,buah berangan sementara menunggu makan malam disiapkan. Dia mengajar anak-anak kampung Al-Quran dan akhlak selepas solat maghrib. Dia menggunakan bahasa Melayu dialek Patani. 

Durian segar di Kampung Pupur cukup lazat. Baru gugur dari pokok. Ada dua tiga jenis durian yang dihidangkan. Habis durian dibawa pula buah dukung dan buah berangan. Aku masih boleh makan lagi.Tapi bila dibawa buah manggis aku sudah tidak mampu makan lagi. Aku menyimpan ruang untuk mengisi nasi.

Makan malam cukup berselera dan enak. Ulam kampung beraneka jenis. Sambilan belacan,budu dan tempoyak ada.Sungguh menyelerakan. Malam di Kampung Pupur kaya dengan kesunyian. Tiada kenderaan yang lalu lalang.Kesunyian terus memdakap malam.Malam pula diselimuti dengan angin sejuk dari bukit.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               
                         

Sunday 20 October 2013

Anak As Syahid Diganggu Tentera Penjajah Siam

As- Syahid Ramli gugur dalam pertempuran ketika berjuang empat tahun yang lalu. Ketika itu umurnya 45 tahun.(tiada gambar di sini).Biarpun beliau sudah pulang menemui Penciptanya Yang Berkuasa tetapi penjajah Siam masih berdendam lagi. Pihak tentera Siam selalu datang ke rumah mencari anak lelakinya yang bernama Amran. Amran anak muda yang tidak berdosa. Dia tidak pernah melanggar undang-undang negara. Dia tidak terlibat dengan sebarang jenayah atau dadah. Semua itu dia tidak terlibat. Dia anak kampung biasa masuk hidup aman dan menjaga ibu.

Tentera Siam akan datang tanpa mengira waktu. Dengan angkuh dan sombong tentera Siam berkata, "Ini negara kami. Bila-bila kami boleh datang ke rumah awak." Adat Melayu yang penuh sopan tentulah menolak perbuatan tentera penjajah Siam masuk ke rumah tanpa membuka kasut! Bukan rumah As- Syahid Ramli mereka masuk tanpa membuka kasut,,rumah orang Melayu lainpun serupa.

Semasa hidupnya As-Syahid seorang yang cukup kreatif. Tayar terpakai telah dikitar semula menjadi hiasan di halaman rumahnya yang cukup indah dan berseni.

Tayar terpakai dibuat tempat duduk. Dia menggunakan skru untuk mencantumkan tayar yang  dipotong menjadi tempat duduk.

Saturday 19 October 2013

Kampung Sator Bumi Bertuah.

Ketika pertama kali Aku berkunjung ke Kampung Sator Tuan Khatib yang bernama Hj Thohir memaklumkan terdapat 12 orang syuhada disemadikan di kampung ini. 

Kampung ini sentiasa menjadi perhatian pihak polis dan tentera penjajah Siam. Pihak berkuasa telah melepaskan 'anjingnya' berkeliaran di kampung ini. Menurut sumber yang layak dipercayai anjing-anjing ini dibayar oleh penjajah Siam. Jadi tidak hairanlah pihak jika tentera begitu cepat sekali menghidu kepulangan pejuang ke kampung. 

Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai penoreh getah dan ada yang mengajar secara sukarela di tadika( sekolah rendah Melayu). Biarpun imbuhan tidak seberapa tapi mereka puas dapat mendidik anak bangsa memahami Islam dan belajar bahasa Melayu.Dalam sistem pendidikan di Thailand bahasa Melayu tidak dibenarkan diajar di sekolah kerajaan. 


Oleh kerana itu kami berpendapat sesuai melakukan korban dikampung yang jauh terpencil ini.Kampung ini kaya dengan pohon getah yang menghijau, buah-buah kayu seperti langsat,dukung,rambutan,limau dan sebagainya.

Pihak kami begitu gembira sekali dengan sambutan orang kampung di sini.Mereka cukup mesra dengan kami walaupun inilah kali pertama bersua muka. Malamnya kami tidur rumah mangsa konflik. Mereka begitu tabah menghadapi ujian hidup ini.Aku bermalam di sebuah seorang guru yang pernah kena tembak oleh pihak tentera. Dia tidak mati. Tuhan mahu dia hidup. Dia berjanji kepada dirinya akan terus membantu orang kampung yang ditindas oleh tentera penjajah Siam. 

Rombongan kami disertai oleh dua orang pelajar dari benua Afrika. Seorang dari Uganda dan seorang lagi dari Kenya.Mereka mahu melihat sendiri kehidupan umat Melayu Islam Patani. 

Salah seorangnya memberi tahu aku,"Sungguh bertuah umat di sini ada tentera sendiri yang boleh menentang kezaliman tentera Siam.Di negara saya tidak ada seperti ini." kata anak muda yang belajar di Universiti Al-Bukhari, Alor Setar,Kedah.

Nasib Anak Melayu Patani Di bawah Penjajahan Siam

Suaminya sudah tujuh tahun tidak boleh pulang ke Kampung Sator. Dia diburu oleh pihak tentera dan polis. Suaminya bukanlah penjenayah. Cuma dia tidak senang dengan gaya pihak Siam menindas dan melakukan kekejaman terhadap bangsa Melayu Patani.

Suaminya Samsudin Yusof, 38 tahun sudah hampir  7 tahun tidak pulang berhari raya bersama keluarga. Mereka mempunyai 4 orang anak. Yang pertama berusia 13 tahun, kedua 11, ketiga 7 dan keempat 3 tahun.

Rumahnya kelihatan seperti tidak siap. Tapi sudah cukup untuk melindungi mereka 5 beranak daripada hujan dan panas.

Puan Suhaini Md Nor Husin ada waktunya kelihatan sedih dan sayu terutama pada hari perayaan Islam yang utama,Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Beliau tetap tabah menghadapi segala ujian ini.
















Pihak penjajah datang ke rumahnya tanpa mengira waktu. Ada waktu siang. Kadang-kadang tengah malam hanya untuk mencari suami yang disebut orang sebagai 'pejuang'. Pihak penjajah berusaha penuh sungguh, siang dan malam untuk menghapuskan pejuang dibumi Fathoni Darussalam.

Menurut seorang pemimpin Fathoni, perjuangan membebaskan fathoni adalah perjuangan rakyat. Hampir dalam setiap keluarga Melayu Islam Patani ada yang dibunuh oleh penjajah Siam dan syahid. Jadi menurut tokoh itu perjuangan ini tidak mudah dipadamkan. Biasanya perjuangan rakyat, ia mengambil masa yang panjang.

Friday 18 October 2013

Gugurnya Seorang Pahlawan

Kepulangan as-syahid ke kampungnya, Kampung Pecah Bonggor,Mukim Sawa, Menara telah dapat dihidu oleh anjing penjajah. As-syahid Abdullah Berahim berusia 29 tahun. Rumahnya jauh di pedalaman dan terletak di belakang sekali diantara rumah yang ada di situ. Malam itu as-asyahid bersama isteri dan anaknya. 

Kampung yang terletak jauh di pedalaman itu kaya dengan kesunyian. Tetapi kesunyian malam telah dirobek oleh tentera penjajah Siam yang datang mencari as-syahid Abdullah. Malam masih muda. Baru  pukul 12.00 malam. Tiga buah truk datang ke rumah as -syahid. 

Mereka mengetuk pintu dengan kuat sekali. Pintu tidak segera dibuka. Rosmini menyuruh suaminya bersembunyi dalam almari. Setelah 'selesai' semuanya Rosmini membuka pintu. Mereka mencari as-syahid tetapi tidak  jumpa. 

Tenteranya Siam mengugut hendak menembak anaknya dan isteri jika as syahid tidak keluar daripada tempat persembunyian. Isterinya berkata,"Tembaklah." Menurut Puan Rosmini tentera penjajah akan tembak sungguh. 

Tiba-tiba suaminya keluar  dengan mengangkat kedua-dua tangannya. Rosmini dan anaknya diheret keluar rumah. Rosmini tidak tahu apa yang dilakukan oleh tentera penjajah Siam terhadap suaminya. 

Kesunyian malam itu telah dipecahkan dengan lima das tembakan. As-syahid telah ditembak ditepi tengok dan gugur dalam keadaan sujud. Rosmini tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Dia masih diluar. Dikawal oleh tenteraa penjajah. 


Rosmini melihat tentera Siam keluar daripada rumah dengan ketawa terbahak-bahak. Mereka cukup gembira. Ganjaran wang tunai sudah menunggu!

Monday 7 October 2013

SB Di Pasir Pekan

Perjalaan ke Hujung Selatan melalui Pangkalan Kubur ke Tabal(Tak Bai) agak meletihkan. Pasir Pekan ada seorang SB.SB di sini bukannya merujuk kepada 'Special Branch' tetapi sahabat baik. Aku tidak pula memberi tahu dia tentang kembara ini.

Jam 10.00 malam dua kali telefon berdering.Aku sedang memandu. Kali ketiga baru aku menjawab panggilan itu. Suaranya tidak berapa jelas kerana enjin kereta telah membaham separuh daripada suara dialek Kelantan ini.

Aku menjadi kehairan mendengar 'suara' ini. Bila pula dia tahu tentang perjalanan ke Hujung Selatan wilayah jajahan Negara Gajah Putih ini. Biarlah. Bila bila bercakap dalam Bahasa Melayu 'standard' fahamlah aku. Malam masih muda. Pekan Kulim belum tidur lagi.

'Pasir Pekan'. Inilah kali pertama aku mendengar nama ini. Kalau 'Pasir Roboh selalulah.'Bagi tau derebar tu berhenti kat Pasir Pekan, Pasir Mas." Pasir Pekan. Aku mengulangi nama itu dua tiga kali. Takut lupa.Maklumlah baru pertama kali dengar nama ini.

Ramai orang juga orang Kelantan yang menaiki bas ini. Malam itu tempat duduk penuh. Di tepi aku ada dua tiga orang anak gadis dari Kelantan.Aku meminta mereka memberi tahu bila sudah tiba di Pasir Pekan.Aku sendiri tidak tahu di mana letaknya Pasir Pekan."Berhenti di Petronas Pasir Pekan,nanti Ana datang ambil." Itulah pesan SB Aku.

Aku sempat tidur dalam bas.Terbangun pukul 2.00 pagi.Nampak stesen minyak Petronas. Tidak ada papan tanda Pasir Pekan.Malam semakin tua.Bas terus meluncur dan berhenti di mana perlu. Pasir Pekan masih belum nampak wajahnya. Aku bertanya kepada pemuda yang duduk di belakang sekali. "Lagi 45 minit," kata pemuda itu.

Di sebelah kanan aku ada dua orang pelajar IPTA. Aku telah berpesan kepada mereka tolong kejutkan bila dah sampai ke Pasir Pekan.

Bas terus membelah malam yang pekat. Penghawa dingin terus menggigit seluruh tubuh tanpa rasa belas kasihan.Dari jauh nampak stesen minyak yang berwarna hijau. "Ini kah? tanya aku. "Satu lagi Bang." jawab anak muda yang tadinya berbaring di belakang sekali.

Bas yang hendak ke Kota Bahru semacam mahu berhenti. Aku nampak stesen Petronas. Tapi tak nampakpun papan tanda "PASIR PEKAN". "Dah sampai Pak Cik." kata anak gadis yang berada di kanan aku."Terima kasih."

Baru pukul 4.30 pagi. Aku terdiri di tepi jalan dan sempat mengambil gambar sebagai kenangan. Gambar stesen Petronas Pasir Pekan.

"Sampai Pasir Pekan call ana." pesan Wan Abdul Rahman. Beliau seorang tokoh koperasi dan dai' yang cukup dikenali di Kelantan. Namanya cukup dikenali wilayah Patani,Jala dan Menara. Beliau aktif membantu anak yatim piatu di tiga wilayah yang terluka dan masih berdarah lagi.

Wan Abdul Rahman di rumahnya Pasir Pekan.
Rumah Che Wan tidak jauh dari masjid.Kami berjalan kaki ke masjid.

Selepas bersarapan 'nasi kerabu' Aku dan Hasan Jabat dihantar oleh Che Wan dengan keretanya ke Pangkalan Kubur.




















Thursday 26 September 2013

Qurban di Hujung Selatan (Patani Darussalam)

Aman Patani Malaysia(AMANI) akan mengadakan program qurbannya di Hujung Selatan pada tahun ini.

Menurut seorang jurucakap AMANI jika ramai yang menyertainya wilayah Patani,Jala dan Menara menjadi pilihan.

Setakat ini mungkin wilayah Menara menjadi pilihan memandangkan AMANI kurang mengadakan aktivitinya di wilayah ini.


Penyertaan masih lagi dibuka kepada orang ramai. Satu bahagian lembu= RM350.00 dan bagi sekor lembu RM2 450.00

Sila hubungi Hotline AMANI : 1.         019-5454924
                                             



Saturday 21 September 2013

Apa kata Rashid Maidin Tentang Rundingan Baling

Tulisan ini tidak bertujuan menilai perjuangan Rashid Maidin seorang tokoh Parti Komunis Malaysia(PKM) yang cukup terkenal itu. Beliau turut terlibat dalam rundingan di Baling yang cukup terkenal dalam sejarah negara kita, Malaysia.


Tulisan ini hanya sekadar melukiskan secara ringkas pandangan Allahyarham Rashid Maidin tentang Rundingan Baling.

Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British dan fasis Jepun. 

Rundingan Baling tahun 1955 yang kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Tunku Abdul Rahman,Tan  Cheng Lock, David Marshall dan Hamid Jumaat.

Menurut Rashid Maidin, perundingan itu pada dasarnya mahu mencari perdamaian. Tetapi telah bertukar wajah. Sikap perwakilan Tanah Melayu sangat keras terhadap PKM. Pihak PKM telah diberi kata dua, menyerah diri atau dihapuskan. Keadaan menjadi tegang. Pihak PKM tentu tidak dapat menerima kata dua  tersebut.

Menurut Rashid Maidin, pihak PKM mahu menamatkan perang, tetapi dengan cara yang adil dan munasabah.PKM  menegaskan soal menyerah diri tidak  timbul kerana mereka  bukan pengganas tetapi pejuang kemerdekaan. 

Rashid berkata,"yang kami lawan bukan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, tapi penjajah British."

Wednesday 18 September 2013

ABDUL RAHMAN DEWANI PENGARANG PATANI DARUSSALAM

Nama Abdul Rahman Dewani mungkin tidak dikenali ramai oleh orang Malaysia. Tokoh yang mendapat pendidikan di Indonesia sampai peringkat sarjana banyak menulis buku sejarah tentang Patani Darussalam. 

Namanya tidak dikenali ramai di Malaysia kerana kurang publisiti tentang beliau dan karyanya. Semua buku ditulis dalam tulisan jawi. Jadi tentulah pengimpot terpaksa berfikir dua kali sebelum membawa buku beliau masuk. Ini kerana bilangan penduduk Malaysia yang boleh membaca tulisan jawi tidak begitu tinggi.

Pak Abdul Rahwan Dewani banyak menulis tentang sejarah dan bahasa. Tulisan dan daya bahasanya lebih mirip gaya bahasa Melayu Indonesia. Keadaan ini bukanlah pelik kerana Ustaz Abdul Rahman mendapat pendidikan di Indonesia sampai peringkat sarjana..

Setakat beliau masih giat menulis untuk rakyat Patani dan umat yang menggunakan bahasa Melayu di rantau  ini.

Beliau juga tidak keberatan kepada sesiapa yang berminat untuk merumikan buku beliau. Setakat ini didapati semua buku ditulis dalam tulisan jawi dan dicetak di Patani Darussalam.

Pak Abdul Rahman Dewani cukup senang diajak berbicara tentang isu bahasa dan sejarah. Beliau tidak lokek  menurunkan ilmunya kepada yang berminat. Beliau kelihatan sihat dan segak sewaktu bertemu.













Monday 16 September 2013

MELAKAR IMPIAN,MENYEMAI HARAPAN

Aku termenung bila diminta berbicara tajuk 'guru profesional dan profesional guru'. Pihak penganjur mahu aku bercakap dalam bahasa Melayu 'standard' kepada guru Tadika.Tadika di Patani bermaksud sekolah Melayu. Tadika hanya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad.

Kelasnya bermula pada pukul 8.00 dan tamat pada pukul 4.00 petang. Ianya bagi menampung sistem pendidikan Siam yang tidak memberi ruang kepada anak Melayu Islam untuk Bahasa Melayu dan ilmu agama Islam. Guru-guru mengajar di sini mempunyai latar pendidikan yang berbeza-beza. Ada tidak boleh membaca tulisan rumi dengan lancar.Tetapi mereka boleh menulis tulisan jawi yang cukup cantik.

Satu lagi kelemahan guru-guru Tadika di Patani, mereka kurang mampu bercakap dan menulis bahasa Melayu mengikut tatabahasa Melayu yang betul.Contohnya mereka sering menyebut," saya nama". Tidak ramai yang menyebut,"nama saya..". Keadaan ini berlaku kerana Bahasa Melayu dipinggirkan dalam sistem pendidikan Siam.

Jadi fahamlah aku kenapa tajuk ini dipilih walaupun berat bagi pendengar untuk memahaminya. Aku cuba menghurai dan menerangkan dalam bahasa yang mudah dan tidak sangat mengikut 'skrip'. Ustaz Abdul Wahab salah seorang ahli jawatankuasa PERKASA sudah menegaskan dari awal lagi jangan menggunakan dialek Patani. Gunakan Bahasa Melayu 'standard' pesan beliau. Peringkat awal ini tentulah mereka tidak begitu memahami  apa yang dibicarakan. Tapi sekurang-kurangnya mereka sudah mula membuka mata dan minda ke arah mempertingkat dan majukan diri.

Itulah harapan pihak PERKASA dan diri Aku juga.

Sunday 15 September 2013

Pertemuan Dengan Deep Peace Di Pendang,Kedah

Aku kagum dengan semangat juang anggota Deep Peace. Mereka turun secara kumpulan untuk bertemu dengan peniagaan yang berasal dari Patani Darussalam.

Mereka memaklum kepada peniaga yang ditemui tentang rancangan mereka berhubung projek anak yatim.

Mereka diterima baik serta dibantu untuk memenuhi harapan mendiri sebuah tempat berteduh.



Kebanyakan anggota Deep Peace yang melakukan kerja kebajikan adalah penuntut dari pusat pengajian tinggi yang berselerak di Hujung Selatan.

DEEP PEACE USAHAKAN TEMPAT NAUNGAN UNTUK ANAK YATIM DI HUJUNG SELATAN


Patani Darussalam terus dilanda konflik yang tidak kunjung padam. Setiap hari ada letupan. Setiap ada yang mati. Menurut laporan Deep South terdapat daripada 4,000 anak yatim di wilayah yang terluka ini. Mereka hilang tempat bergantung. Hilang kasih sayang seorang lelaki yang bernama  'Ayah'. Pun begitu hidup ini perlu diteruskan.

Kelahiran NGO yang perihatian meringankan penderitaan anak yatim ini. Sekurang-kurangnya nasib mereka terbela. Mereka turun ke padang mencari penderma.Di Malaysia mereka bekerjasama dengan Aman Patani sebuah NGO yang memberikan perhatian terhadap Islam di Patani Darussalam.

Dua buah bangunan akan dibangunkan. Fasa pertama sebuah bangunan dibangunkan dahulu. Bila cukup dana terkumpul  fasa kedua baru dimulakan. Ini gaya pengurusan di wilayah Hujung Selatan.

Tanah seluas 20 ekar diwakafkan oleh seorang hamba Allah yang cukup perihatian terhadap masalah umat Melayu Islam Patani.

Di bangunan inilah Deep Peace akan beroperasi. Terletak di Palas kira-kira 30 kilometer daripada pekan Patani. 




Friday 13 September 2013

SENJA DI MASJID IJOK, MENARA, PATANI DARUSSLAM

Aku cukup tertarik dengan seni bina bina masjid Ijok di wilayah Menara ini. Banyak bentuk ilmu hisab diterapkan ke dalam pembinaan masjid ini. Ada bahagian yang berbentuk empat segi,lima segi dan sebagainya. Ia kelihatan cukup berseni. Namanya Masjid Ijok. Nama Ijok ada di Perak dan Selangor.





Di celah binaan ada biduk yang masih digunakan. Mereka memukul biduk bila sudah masuk waktu solat. Selepas itu muazin akan  mengalunkan suaranya dari menara. Memanggil umat Islam bersolat menyembah Allah. Ianya dilakukan lima siang dan malam tanpa jemu.







Kami menunaikan solat magrib di sini. Jemaahnya agak rami juga. Ramai juga orang luar  yang singgah bersembahyang di sini. Ada dua tiga buah kendaraan yang berhenti di sini. Di tepi mesjid ini ada kedai runcit. Kedai ini terletak didalam perkarangan  masjid.




Selepas menunaikan solat maghrib berjemaah biasanya mereka tidak akan terus pulang ke rumah. Mereka berbual-bual sementara menunggu biduk berbunyi. Ada yang mengajar anak-anak membaca Al-Quran. Mereka  mengajar secara sukarela.