Nama Abdul Rahman Dewani mungkin tidak dikenali ramai oleh orang Malaysia. Tokoh yang mendapat pendidikan di Indonesia sampai peringkat sarjana banyak menulis buku sejarah tentang Patani Darussalam.
Namanya tidak dikenali ramai di Malaysia kerana kurang publisiti tentang beliau dan karyanya. Semua buku ditulis dalam tulisan jawi. Jadi tentulah pengimpot terpaksa berfikir dua kali sebelum membawa buku beliau masuk. Ini kerana bilangan penduduk Malaysia yang boleh membaca tulisan jawi tidak begitu tinggi.
Pak Abdul Rahwan Dewani banyak menulis tentang sejarah dan bahasa. Tulisan dan daya bahasanya lebih mirip gaya bahasa Melayu Indonesia. Keadaan ini bukanlah pelik kerana Ustaz Abdul Rahman mendapat pendidikan di Indonesia sampai peringkat sarjana..
Setakat beliau masih giat menulis untuk rakyat Patani dan umat yang menggunakan bahasa Melayu di rantau ini.
Beliau juga tidak keberatan kepada sesiapa yang berminat untuk merumikan buku beliau. Setakat ini didapati semua buku ditulis dalam tulisan jawi dan dicetak di Patani Darussalam.
Pak Abdul Rahman Dewani cukup senang diajak berbicara tentang isu bahasa dan sejarah. Beliau tidak lokek menurunkan ilmunya kepada yang berminat. Beliau kelihatan sihat dan segak sewaktu bertemu.

No comments:
Post a Comment