Patani Darussalam terus dilanda konflik yang tidak kunjung padam. Setiap hari ada letupan. Setiap ada yang mati. Menurut laporan Deep South terdapat daripada 4,000 anak yatim di wilayah yang terluka ini. Mereka hilang tempat bergantung. Hilang kasih sayang seorang lelaki yang bernama 'Ayah'. Pun begitu hidup ini perlu diteruskan.
Kelahiran NGO yang perihatian meringankan penderitaan anak yatim ini. Sekurang-kurangnya nasib mereka terbela. Mereka turun ke padang mencari penderma.Di Malaysia mereka bekerjasama dengan Aman Patani sebuah NGO yang memberikan perhatian terhadap Islam di Patani Darussalam.
Dua buah bangunan akan dibangunkan. Fasa pertama sebuah bangunan dibangunkan dahulu. Bila cukup dana terkumpul fasa kedua baru dimulakan. Ini gaya pengurusan di wilayah Hujung Selatan.
Tanah seluas 20 ekar diwakafkan oleh seorang hamba Allah yang cukup perihatian terhadap masalah umat Melayu Islam Patani.
Di bangunan inilah Deep Peace akan beroperasi. Terletak di Palas kira-kira 30 kilometer daripada pekan Patani.
No comments:
Post a Comment