sponsor

Monday, 16 September 2013

MELAKAR IMPIAN,MENYEMAI HARAPAN

Aku termenung bila diminta berbicara tajuk 'guru profesional dan profesional guru'. Pihak penganjur mahu aku bercakap dalam bahasa Melayu 'standard' kepada guru Tadika.Tadika di Patani bermaksud sekolah Melayu. Tadika hanya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad.

Kelasnya bermula pada pukul 8.00 dan tamat pada pukul 4.00 petang. Ianya bagi menampung sistem pendidikan Siam yang tidak memberi ruang kepada anak Melayu Islam untuk Bahasa Melayu dan ilmu agama Islam. Guru-guru mengajar di sini mempunyai latar pendidikan yang berbeza-beza. Ada tidak boleh membaca tulisan rumi dengan lancar.Tetapi mereka boleh menulis tulisan jawi yang cukup cantik.

Satu lagi kelemahan guru-guru Tadika di Patani, mereka kurang mampu bercakap dan menulis bahasa Melayu mengikut tatabahasa Melayu yang betul.Contohnya mereka sering menyebut," saya nama". Tidak ramai yang menyebut,"nama saya..". Keadaan ini berlaku kerana Bahasa Melayu dipinggirkan dalam sistem pendidikan Siam.

Jadi fahamlah aku kenapa tajuk ini dipilih walaupun berat bagi pendengar untuk memahaminya. Aku cuba menghurai dan menerangkan dalam bahasa yang mudah dan tidak sangat mengikut 'skrip'. Ustaz Abdul Wahab salah seorang ahli jawatankuasa PERKASA sudah menegaskan dari awal lagi jangan menggunakan dialek Patani. Gunakan Bahasa Melayu 'standard' pesan beliau. Peringkat awal ini tentulah mereka tidak begitu memahami  apa yang dibicarakan. Tapi sekurang-kurangnya mereka sudah mula membuka mata dan minda ke arah mempertingkat dan majukan diri.

Itulah harapan pihak PERKASA dan diri Aku juga.

No comments:

Post a Comment