sponsor

Thursday 27 June 2013

Kampung Pulau Gasing Berdarah Lagi

Rasa-rasanya baru kelmarin kami menziarahi kampung terluka ini. Rupanya sudah setahun berlalu. Kami ke rumah as-syahid Ustaz Yaakub.Beliau gugur ditembak oleh pengganas berbaju hitam.

Baru-baru ini kampung yang tenang dan damai berkocak lagi.Berdarah lagi.Seorang 'baba' gugur syahid ditembak oleh pengganas berhati hitam, berbaju hitam.

Beliau ditembak oleh salah seorang empat lelaki yang datang motosikal.Orang kampung mengetahui siapa mereka itu Cumanya mereka tiada bukti yang cukup untuk mengatakan siapa mereka itu.

Mereka pasti empat orang lelaki berbaju hitam itu , tiada kepala,tiada telinga tapi ada mata. Untuk terus hidup di dunia ini mereka menjadi mata-mata dan 'anjing'.Gaji mereka juga lumayan. Majikan mereka ialah seekor gajah putih yang tidak tahu hakikat insan. Kiranya gajah ini melihat manusia  sebagai makhluk mulia dan istimewa,terhormat dan bermartabat, Sang Gajah Putih ini tidak akan melakukan penjajahan,pembunuhan atau apa bentuk kejahatan terhadap manusia.

Waktu ke sana kami tidak sempat bertemu dengan 'Baba' Ismail kerana dia urusan dengan pihak berkuasa. Dia penuh tekun dan sabar mendidik masyarakat di kampung. Dia menjadi sumber rujukan dalam hal-hal keagamaan.

Kegiatannya mendidik masyarakat kampung tidak disenangi oleh manusia berbaju hitam, manusia yang tiada kepala,tiada telinga tetapi ada mata.

Pagi itu jam 8.00 waktu Patani Darussalam, mereka memanggilnya turun. Baba Ismail turun bersama isterinya. Setelah bercakap seberapa ketika salah seorang daripada melepaskan tembakan ke tubuh Baba Ismail. Dia terus rebah dan meninggal dunia di situ bersama isterinya yang cedera parah.


Mayatnya telah diiringi oleh ribuan orang dengan laungan 'Allahu Akhbar' sampai ke kubur. Ratusan muslimat berada di luar kawasan perkuburan menyaksi pengkebumian As-Syahid Baba Ismail.























Monday 24 June 2013

Syahidnya Seorang Pahlawan Muda

Kami temui anak muda ini dalam keadaan lemah,sakit kerana disiksa dan didera oleh tentera penjajah Siam. Beliau ditahan dalam penjara oleh tentera penjajah atas tuduhan yang tidak jelas. Dia kemudiannya dibicara oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman bunuh.Dia tidak dapat hadir ke mahkamah kerana masalah kesihatan.

Setelah mendapat tahu dijatuhkan hukuman bunuh beliau masuk 'hutan' dan bersama pejuang. Itu setahun yang lalu.

Tapi kini dia telah tiada. Hafizi Abdul Qani telah syahid pada 24 Mei Jumaat 2013 jam 4.00 petang. Kepulangannya ke Kampung Pupur,Menara telah dihidu oleh anjing penjajah. Maklumat telah sampai ke tangan tentera penjajah.Kira-kira 200 orang tentera termasuk  polis datang untuk menyerang Hafizi. Beliau hanya seorang diri untuk menghadapi tentera penjajah yang begitu ramai. Beliau tidak gentar. Dengan tenaga dan kekuatan yang ada beliau berhempas pulas melawan tentera penjajah Siam.

Walaupun rumahnya dikepung hebat dia tetap melawan. Dia tidak mahu menyerah. Membunuh atau dibunuh. Dia terus melawan sehinggalah gugur sebagai seorang syuhada pada petang Jumaat.

Mayatnya telah dikebumikan di belakang Mesjid Darul Ehsan,Kampung Pupur, Menara,Patani Darussalam. Abangnya,as syahid Mubaraq juga disemadikan di sini.

Ibunya Puan Muslimah cukup bangga mempunyai dua orang anak lelaki yang syahid. Amin.









Wednesday 19 June 2013

Semangatnya Masih Membara

Biarpun pergerakannya terbatas tapi hati dan semangat menjangkau luas. Semangat untuk membantu umat yang tertindas tidak batas.

Kehadirannya dimajlis perhimpunan mengutip dana bagi membangunan komplek pendidikan Sheikh Daud Fathoni membuktikan pengorbanannya yang penuh sungguh.
Di parlimen Thailand dia memdedahkan perangai buruk tentera Siam terhadap wanita Melayu di Negara Patani Darussalam. Pendedahannya membuatkan pihak tentera marah. Beliau telah ditembak dan akibatnya lumpuh sampai sekarang.


Kehadiran bekas ahli parlimen dari Menara(Narathiwat) ini memarakan lagi semangat berkorban dan membantu meningkatkan tabung pendidikan komplek pendidikan Sheikh Daud di Parit Barahum,Patani, Patani Darussalam. Selepas solat zohor YB Fakaruddin memberi sedikit ucapan walaupun dalam keadaan kepayahan.Wajahnya kemerah-merahan dan matanya berkaca. Dan dimatanya ada gunung!

Program yang diadakan selama dua itu telah berjaya menarik lebih daripada 20,000 hadirin. Selain jamuan tengahari yang disediakan, pameran tentang ulama Patani turut dipamerkan. Jualan buku mendapat sambutan yang sungguh baik.

Tempat makan lelaki dan perempuan dibuat secara berasingan.

Monday 10 June 2013

Mahdi Anak Muda Dari Pattalung@ Mardelang








Anak muda ini baru berusia 24 tahun. Dia berasal dari Pattalung@ Mardelang Dia ke pondok Dalla, Patani kerana cinta pada ilmu agama. Mudir di pondok ini bernama Baba Abdul Karim yang berasal dari Bangkok

Namanya Mahdi. Melayu bangsanya. Islam agamanya. Di bawah sistem penjahan anak Melayu di negara Gajah Putih dinafikan haknya untuk mempelajari bahasa ibuandanya.

Tetapi anak muda ini mempunyai azam yang sungguh kental untuk mendalami ilmu agama dibawah didikan dan asuhan ulamak terkenal, Baba Abdul Karim.

Pelajar di sini harus berdikari seperti memasak sendiri, membasuh baju sendiri dan sebagainya. Di pondok tua, berwajah usang ini terdapat 300 murid lelaki yang memimba dan menadah ilmu siang dan malam.

Di dewan kuliah tidak ada penghawa dingin. Yang ada hanyalah angin sepoi-sepoi bahasa yang mengusap dan menampar muka anak muda yang belum kenal erti cinta.

Waktu malam di sini begitu hening dan damai. Tiada deru seru engin kereta dan sebagai. Tiada  debu amgin yang menyesak dada.Dan malam di sini begitu berkuasa sekali.

Oleh  TS Kembara.

Saturday 8 June 2013

Derita Seorang Anak Jajahan



Baru-baru ini kami ke Pondok Dalla, Patani. Terletak jauh di pedalaman. Kawasannya tenang dan damai.Kawasan yang berdekatan dengan pondok dipenuhi dengan pokok pisang segar menghijau.

Pondok ini kelihatan agak usang. Biarpun begitu anak-anak muda yang dahagakan ilmu pengetahuan tetap berkunjung ke situ untuk menimba  ilmu.

Sayang sekali anak muda ini tidak boleh berbahasa Melayu.Dia berasal dari Pattalung. Sistem pendidikan Thai yang menjadikan dia sedemikian rupa. Dia belajar agama dalam Bahasa Thai. Inilah satu-satunya bahasa di dunia yang boleh dikuasainya.. Di sekolah kerajaan Thai, Bahasa Melayu  sama  sekali  tidakboleh diajar! Pelajar yang bercakap selain bahasa Thai di sekolah akan didenda 1Baht. Beginilah nasib seorang anak jajahan. Melayu bangsanya. Islam agamanya.  Thai bahasanya.                                                                                    



Pondok  Dalla

     
Inilah rumah Tuan Guru Baba Abdul Karim tinggal.  Rumahnya  cukup sederhana.


Friday 7 June 2013

Menitis Secebis Ilmu Di Wilayah Terluka

Pihak PERKASA mengadakan kursus dan latihan untuk barisan kepimpinan guru TADIKA.Aku diminta untuk 'bercerita' tentang pendidikan di Malaysia. Tajuknya begitu luas sekali.Pendidikan di Malaysia sebelum merdeka sehingga kini. Masa yang diberi 2 jam termasuk sessi soaljawab.

Tak sampai hati pula hendak menolak permintaan kawan yang begitu jauh.Masa agak suntuk juga. Tokoh yang sepatutnya hadir memaklumkan tidak dapat hadir.


Aku menerima dengan hati yang lapang. Kepada Allah aku pohonkan diberi kekuatan untuk berbicara di wilayah yang terluka ini. Tidak ramai orang yang sudi datang ke sini. Berita letupan bom dan tembak menembak membantut keinginan untuk datang ke sini.


Ceramah berjalan dengan lancar. Tidak  ada gangguan eletrik dan  sebagainya. Aku menggunakan bahasa baku. Aku kira mereka tidak ada masalah untuk memahaminya.

Mereka mendengar penuh sungguh. Sekali sekala berhenti menegok air yang disediakan di atas meja.

Bilik yang berhawa dingin itu melancarkan 'ceritaku'.

Majlis berhenti sekejap untuk minum. Kira-kira 10 minit sahaja. Selepas itu aku berbicara semula dan kemudiannya    

diikuti dengan sesi soaljawab. Soalan yang dikemukakan agak panjang dan bersimpang siul.


Aku menjawab sekadar yang ternampu.Aku merasa lega bila mereka berkata berpuas hati dengan jawapan yang diberi.

Dan akhir sekali ada hadirin yang meminta diberikan sedikit kata-kata semangat sebelum aku berangkat pulang pada petang itu/.
Aku tidak mahu menghampakan permintaan mereka

Malam masih muda. Kami singgah makan malam di Danok. Makan di kedai Kakak Jah. Suaminya Haji Rauf orang yang menyambut kedatangan kami dengan penuh senyum.

Thursday 6 June 2013

Orang Melayu Ligor

Pagi itu kedai kopi di persimpangan pintu masuk ke Universiti Putra Songkhla penuh sesak. Kedai itu milek orang Melayu dari Ligor. Secara kebetulan kami nampak ada meja  yang diduduki oleh seorang anak muda  berbaju merah.

Kami duduk semeja dengannya.Namanya Wan Ahmad.. Dia bercakap dalam Bahasa Inggeris. Dia tidak boleh bercakap dalam Bahasa Melayu. Ini adalah kerana dasar Siamisasi pihak pentadbiran yang berpusat di Bangkok.

Dia mudah mesra apabila mengetahui kami datang dari Malaysia. Dia berkata Datuknya berasal dari Kelantan, kalau tak silap dari Pasir Mas.Dia juga menyebut nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan menyatakan dia penyokong kuat pasukan bolasepak Kelantan.





Sesuatu yang menarik tentang anak muda berbaju merah ini ditangannya ada beberapa buah buku tentang pergolakan di HujungSelatan. Jarang sekali aku temui anak muda di wilayah Hujung Selatan yang membawa buku bersamanya. Buku itu ditulis dalam Bahasa Thai. Di kulit luar buku itu terpapar perkataan 'Patani Merdeka'. Bila dibuka kandungan buku penuh dengan tulisan Thai!

Oleh kerana kami kesuntukan masa terpaksalah meninggalkan dia. Dia berharap sungguh dapat bertemu kami dilain waktu.




Bersama Angin Pagi Di Pekan Patani

Pagi itu sebelum ke program PERKASA kami sempat mengambil udara pagi di pantai Kampung Rhu Sembilan, yang tidak jauh dengan kampus Universiti Putra Songkhala cawangan  bandar Patani.

Pantainya berselut. Dari jauh kedengaran bunyi engin bot nelayan. Udara pagi bercampur dengan bau udang kering. Angin laut China Selatan terus mengusap dan menampar muka. Perahu tua tersadai diatas lumpur.Rumah tua tidak berpenghuni. Longgokan sampah terbiar. Tahi lembu bertaburan di sana sini.

Bila mentari sudah segalah anak-anak ke sekolah dengan basikal. Di sekolah kelihatan empat lima orang tentera Thai yang lengkap dengan senjata M-16 berkawal di pintu masuk sekolah. Ini suasana biasa di tanah yang terluka.

Askar akan kawal bermula jam 8.00 pagi sampai pukul 5.00 petang. Di wilayah ini letupan bom dan tembakan senjata adalah perkara biasa. Perkara ini diakui oleh seorang sarjana Inggeris yang bernama Duncan McCargo pensyarah politik di Universiti Leeds.

Malahan menurutnya lagi adalah luarbiasa jika tidak berlaku letupan bom ataupun tembakan senjata ringan. Malah perkara ini sudah biasa bagi penduduk tempatan.



 Gambar kiri: Di kedai kopi berdekatan kampus Universiti Putra Songkhla.


Pagi itu kami bersarapan di kedai milek orang Melayu Ligor. Anaknya tidak begitu fasih berbahasa Melayu. Orang baik dan mudah senyum serta mesra pelanggan.

Pagi itu juga Ustaz Kamaruddin(gambar di kanan sekali) menghubungi pensyarah PSU,Encik Shintaro di kedai kopi itu yang terletak di pinggir jalan. Beliau dapat dihubungi  tetapi tidak dapat bertemu dengan kami kerana ada urusan untuk membawa wartawan ke penjara Patani bagi bertemu dengan Anwar Ismail tahanan politik yang dipaksa merengkok selama 12 tahun  dalam penjara.

 Di kedai ini juga bertemu dengan seorang anak muda yang boleh berbahasa Inggeris(agak baik juga bahasa Inggeris) tetapi tidak boleh berbahasa Melayu.

Datuknya orang Kelantan. Ada waktu dia ke Kelantan. Dia berjanji untuk menghantar kepadaku buku yang ditulis oleh Duncan McCargo(terjemahan ) Di tangannya ada buku Duncan McCargo dalam Bahasa Thai.



                                                                            
 Inilah naskah asal buku yang dimaksud oleh anak muda yang berbaju merah itu. Dia cukup peramah dan mesra sekali.

Mereka yang berminat untuk mengetahui pergolakan poltik di bumi 'Serambi Mekah' ini eloklah membacanya.