Pagi itu sebelum ke program PERKASA kami sempat mengambil udara pagi di pantai Kampung Rhu Sembilan, yang tidak jauh dengan kampus Universiti Putra Songkhala cawangan bandar Patani.
Pantainya berselut. Dari jauh kedengaran bunyi engin bot nelayan. Udara pagi bercampur dengan bau udang kering. Angin laut China Selatan terus mengusap dan menampar muka. Perahu tua tersadai diatas lumpur.Rumah tua tidak berpenghuni. Longgokan sampah terbiar. Tahi lembu bertaburan di sana sini.
Bila mentari sudah segalah anak-anak ke sekolah dengan basikal. Di sekolah kelihatan empat lima orang tentera Thai yang lengkap dengan senjata M-16 berkawal di pintu masuk sekolah. Ini suasana biasa di tanah yang terluka.
Askar akan kawal bermula jam 8.00 pagi sampai pukul 5.00 petang. Di wilayah ini letupan bom dan tembakan senjata adalah perkara biasa. Perkara ini diakui oleh seorang sarjana Inggeris yang bernama Duncan McCargo pensyarah politik di Universiti Leeds.
Malahan menurutnya lagi adalah luarbiasa jika tidak berlaku letupan bom ataupun tembakan senjata ringan. Malah perkara ini sudah biasa bagi penduduk tempatan.
Gambar kiri: Di kedai kopi berdekatan kampus Universiti Putra Songkhla.
Pagi itu kami bersarapan di kedai milek orang Melayu Ligor. Anaknya tidak begitu fasih berbahasa Melayu. Orang baik dan mudah senyum serta mesra pelanggan.
Pagi itu juga Ustaz Kamaruddin(gambar di kanan sekali) menghubungi pensyarah PSU,Encik Shintaro di kedai kopi itu yang terletak di pinggir jalan. Beliau dapat dihubungi tetapi tidak dapat bertemu dengan kami kerana ada urusan untuk membawa wartawan ke penjara Patani bagi bertemu dengan Anwar Ismail tahanan politik yang dipaksa merengkok selama 12 tahun dalam penjara.
Di kedai ini juga bertemu dengan seorang anak muda yang boleh berbahasa Inggeris(agak baik juga bahasa Inggeris) tetapi tidak boleh berbahasa Melayu.
Datuknya orang Kelantan. Ada waktu dia ke Kelantan. Dia berjanji untuk menghantar kepadaku buku yang ditulis oleh Duncan McCargo(terjemahan ) Di tangannya ada buku Duncan McCargo dalam Bahasa Thai.
Inilah naskah asal buku yang dimaksud oleh anak muda yang berbaju merah itu. Dia cukup peramah dan mesra sekali.
Mereka yang berminat untuk mengetahui pergolakan poltik di bumi 'Serambi Mekah' ini eloklah membacanya.

No comments:
Post a Comment