sponsor

Thursday, 27 June 2013

Kampung Pulau Gasing Berdarah Lagi

Rasa-rasanya baru kelmarin kami menziarahi kampung terluka ini. Rupanya sudah setahun berlalu. Kami ke rumah as-syahid Ustaz Yaakub.Beliau gugur ditembak oleh pengganas berbaju hitam.

Baru-baru ini kampung yang tenang dan damai berkocak lagi.Berdarah lagi.Seorang 'baba' gugur syahid ditembak oleh pengganas berhati hitam, berbaju hitam.

Beliau ditembak oleh salah seorang empat lelaki yang datang motosikal.Orang kampung mengetahui siapa mereka itu Cumanya mereka tiada bukti yang cukup untuk mengatakan siapa mereka itu.

Mereka pasti empat orang lelaki berbaju hitam itu , tiada kepala,tiada telinga tapi ada mata. Untuk terus hidup di dunia ini mereka menjadi mata-mata dan 'anjing'.Gaji mereka juga lumayan. Majikan mereka ialah seekor gajah putih yang tidak tahu hakikat insan. Kiranya gajah ini melihat manusia  sebagai makhluk mulia dan istimewa,terhormat dan bermartabat, Sang Gajah Putih ini tidak akan melakukan penjajahan,pembunuhan atau apa bentuk kejahatan terhadap manusia.

Waktu ke sana kami tidak sempat bertemu dengan 'Baba' Ismail kerana dia urusan dengan pihak berkuasa. Dia penuh tekun dan sabar mendidik masyarakat di kampung. Dia menjadi sumber rujukan dalam hal-hal keagamaan.

Kegiatannya mendidik masyarakat kampung tidak disenangi oleh manusia berbaju hitam, manusia yang tiada kepala,tiada telinga tetapi ada mata.

Pagi itu jam 8.00 waktu Patani Darussalam, mereka memanggilnya turun. Baba Ismail turun bersama isterinya. Setelah bercakap seberapa ketika salah seorang daripada melepaskan tembakan ke tubuh Baba Ismail. Dia terus rebah dan meninggal dunia di situ bersama isterinya yang cedera parah.


Mayatnya telah diiringi oleh ribuan orang dengan laungan 'Allahu Akhbar' sampai ke kubur. Ratusan muslimat berada di luar kawasan perkuburan menyaksi pengkebumian As-Syahid Baba Ismail.























No comments:

Post a Comment