sponsor

Friday, 7 June 2013

Menitis Secebis Ilmu Di Wilayah Terluka

Pihak PERKASA mengadakan kursus dan latihan untuk barisan kepimpinan guru TADIKA.Aku diminta untuk 'bercerita' tentang pendidikan di Malaysia. Tajuknya begitu luas sekali.Pendidikan di Malaysia sebelum merdeka sehingga kini. Masa yang diberi 2 jam termasuk sessi soaljawab.

Tak sampai hati pula hendak menolak permintaan kawan yang begitu jauh.Masa agak suntuk juga. Tokoh yang sepatutnya hadir memaklumkan tidak dapat hadir.


Aku menerima dengan hati yang lapang. Kepada Allah aku pohonkan diberi kekuatan untuk berbicara di wilayah yang terluka ini. Tidak ramai orang yang sudi datang ke sini. Berita letupan bom dan tembak menembak membantut keinginan untuk datang ke sini.


Ceramah berjalan dengan lancar. Tidak  ada gangguan eletrik dan  sebagainya. Aku menggunakan bahasa baku. Aku kira mereka tidak ada masalah untuk memahaminya.

Mereka mendengar penuh sungguh. Sekali sekala berhenti menegok air yang disediakan di atas meja.

Bilik yang berhawa dingin itu melancarkan 'ceritaku'.

Majlis berhenti sekejap untuk minum. Kira-kira 10 minit sahaja. Selepas itu aku berbicara semula dan kemudiannya    

diikuti dengan sesi soaljawab. Soalan yang dikemukakan agak panjang dan bersimpang siul.


Aku menjawab sekadar yang ternampu.Aku merasa lega bila mereka berkata berpuas hati dengan jawapan yang diberi.

Dan akhir sekali ada hadirin yang meminta diberikan sedikit kata-kata semangat sebelum aku berangkat pulang pada petang itu/.
Aku tidak mahu menghampakan permintaan mereka

Malam masih muda. Kami singgah makan malam di Danok. Makan di kedai Kakak Jah. Suaminya Haji Rauf orang yang menyambut kedatangan kami dengan penuh senyum.

No comments:

Post a Comment