sponsor

Tuesday 17 February 2015

MAAHAD TAHFIZ AL- QADI IYAD MEMBANGUN BERSAMA DERMAWAN

Maahad Tahfiz Al-Qadi Iyad ditubuhkan pada awal Januari tahun ini dengan 30 orang pelajar dan 5 orang perempuan.Maahad ini terletak di kawasan perumahan KTC fasa 4 Kulim berhampiran surau Al-Munawwarah.

Tujuan utama membangunan Maahad ini ialah untuk melahirkan hafiz dan hafizah di masa depan.Selain daripada pelajar di sini ilmu kemahiran untuk kehidupan mereka.

Dalam urus tadbir Maahad ini ianya bergantung kepada mudir serta penolong untuk mencari sumber kewangan.Menurut Ustaz Rafidi Hashim selaku mudir Maahad ini sumber kewangan datang daripada sumbangan orang ramai,dermawan,yuran pelajar dan usaha beliau secara peribadi.

Pelajar lelaki seramai tinggal di asrama yang berdekatan dengan surau Al-Munawwarah yang  kini digunakan untuk solat Jumaat. Buat masa ini pelajar perempuan tidak tinggal di asrama.Mereka datang waktu pagi dan pulang petang.

Semua pelajar dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM300.00.Selepas itu pelajar yang tinggal membayar RM100.00 yuran makan. Makanan dari luar tidak dibenarkan masuk.Ia perlu mendapat kelulusan mudir dahulu.











Menurut Ustaz Rafidi yang mendapat pendidikan daripada benua India Pakistan, Maahad menggunakan sistem pondok yang biasa diamalkan di Malaysia.Pelajar akan memulakan pendidikan seawal pukul  5 pagi hinggalah 12 tenghari.Kelas akan disambung seula jam 2.30  petang. sehingga  waktu asar.Selepas solat magrib pelajaran disambung semula sampai solat isyak..Lampu asrama ditutup jam 10.30 malam dan diawasi oleh seorang warden.

Maahad ini seperti pondok di Malaysia menggunakan kitab turath(kitab kuning yang yang menggunakan tulisan jawi) dan kitab bahasa Arab.






Menurut penolong mudir Maahad ini, Dr(H) Azizul masih banyak yang perlu dlengkap seperti pagar, benteng dan asrama untuk pelajar perempuan.Setakat ini pihaknya masih kekurangan sumber kewangan bagi membangunkan prasarana tersebut.Beliau sangat mengalu-alukan sembarang untuk sumbanganyangboleh meningkatkan kemajuan Maahad Tahfiz ini.







Kawasan Maahad yang belum dipagar lagi.Pihak  Maahad berharap ada pihak sudi menabur bakti memberi sumbangan untuk menyiapkan pagar ini..











Masih banyak lagi bangun yang perlu diperbaiki dan diselesaikan. Semua ini memerlukan wang yang banyak.











Suasana di dalam asrama lelaki Maahad Tahfiz Al-Qadi Iyad.Biliknya bersih dan kemas.Di sini juga ada 'pantry'.Biskut dan minuman ada disediakan oleh pihak Maahad.











Papan tanda yang disediakan memudahkan untuk menuju ke surau dan maahad tahfiz.


Sumbangan Anda sangat-sangatlah diharapkan demi untuk menghidup Maahad Tahfiz Al-Qadi Iyad



















Anda boleh hantar sumbangan ke akaun maybank no.552116208463






Oleh Shakir Taha










No comments:

Post a Comment