sponsor

Friday 16 March 2018

Bertemu Tok Batin Hadu

Kami bertemu Tok Batin Hadu Bin Long di rumahnya di Kampung Bersah. Pihak kerajaan ada menyediakan kediaman rasmi untuk beliau. Tapi beliau lebih selesa tinggal di rumah sendiri yang dibina secara bergotong-royong bersama dengan anak buahnya.. Rumah itu dibuat daripada buluh, kayu meranti dan bertam. Lantainya daripada buluh. Tiangnya menggunakan kayu meranti merah. Kasaunya daripada meranti putih. Dindingnya dianyam secara geomatrik dengan batang bertam. Rumah ini sejuk dan nyaman walaupun udara panas.

Tok Batin daripada suku puak Temiar. Cukup cukup peramah dan mudah didekati. Boleh berbahasa Melayu dengan baik. Beliau berugama Islam. Berdekatan rumahnya ada surau.Surau menggunakan tenaga solar. Di sinilah dijadikan pusat untuk belajar agama Islam.

Sebelum kami bersarapan Pak Hadu telah mengirim satu tupparware ubi kayu yang sudah siap digoreng.. Katanya ubi ini direbus  dahulu, barulah digoreng.Memang sedap. Memang lazat. Ubi kayu dimakan panas-panas.

Tok Batin Hadu selalu membahasakan dirinya sebagai orang asli. Dia banyak bercerita tentang adat dan budaya serta semangat bergotong-royong yang masih hidup segar di dalam jiwa orang asli.

Oleh TS Kembara

Wednesday 14 March 2018

Kuala Mu. Kawasan orang asli di Sg Siput.

Apa Khabar Kuala Mu

Oh! Kuala Mu. Tak ramai yang mengenali diri mu. Hanya orang yang tertentu sahaja mengenali diri mu Kau tinggal jauh di pedalaman.

Dulu jalan rayanya berlobang-lobang. Hanya orang kecil yang sudi datang ke sini.Di sini tidak ada hotel, apa lagi hotel mewah. Orang kecil datang membawa beras, gula, garam, ikan masin dan senyuman.

Sekarang jalan raya sudah cantik. Cumanya berbukit bukau. Orang besar kalau datang ke sini pastinya menaiki helicopter. Itu pun kalau sudah dekat pilihan raya. Mereka menjanjikan langit dan bulan. Ada yang percaya tapi ramai yang sudah faham. Aku tahu ramai yang datang dan pergi sekadar menyebut udara bersih, membeli akar kayu kemudian pulang ke rumah. Ya, Kuala Mu aku tahu kau tetap di sini, hari ini, esok dan esoknya aku tidak tahu kerana aku tidak dapat membaca masa depan mu.










Oleh     TS Kembara.                                                                                                    




Tuesday 13 March 2018

Bermalam di Kuala Mu

Perjalanan ke Kuala Mu cukup melelahkan. Kami menggunakan jalan Kuala Kangsar dan Sungai Siput. Dari Pulau Pinang kami menggunakan lebuhraya.

Dahulu jalan tanah merah yang berdebu dan berliku-liku.  Sekarang semua sudah ditarkan.Kereta biasapun sudah boleh sampai ke Kampung Kuala Mu.

Tetapi sebelum sampai ke Kg Kuala Mu kami singgah bermalam di chalet di tepi Sungai Pelus. Sewanya RM60.00 semalam. Ada 3 biji tilam, bantal dan kain selimut. Aku,Prof Abu Hassan dan Shafarizal tinggal dalam satu chalet.Shafarizal sudah 10 tahun berulang-alek ke sini dengan kereta 4WDnya. Dia membawa 'sleeping bag',dapur  gas,beras,ikan kering,air mineral dan sardin.

Di sini tidak ada kedai makan, tidak ada kedai runcit, tidak ada supermarket dan tidak ada hotel. Yang ada hanya deruman air Sungai Pelus yang terus mengalir ke Kuala Kangsar./

Malamnya cukup sejuk. Aku menggunakan 'sleeping bag' yang dibawa oleh Shafarizal,pengasas KATS yang  cukup dikenali oleh orang asli di Kuala Mu. Aku memanggil dia Tok Penghulu Melayu.Sebelum ke sana kami mendapatkan khidmat nasihat percuma daripada beliau.



                                       




Terima kasih Tuan Shafarizal. Terima kasih daun keladi. Terima kasih Ayong Hadu. Nanti besok bantu kami lagi.



Oleh TS Kembara.