sponsor

Tuesday 27 September 2011

Sindrom Tsa'labah

Dalam hidup di dunia ini ada manusia yang disempitkan rezekinya buat seketika.
Ada yang diberi rezeki melimpah ruah. Ini semua ujian belaka.
"Dan sekiranya Allah melapangkan rezekinya kepada hamba-hambaNya tentulah mereka akan melampaui batas dimuka bumi ini. Tetapi Allah menurunkan rezeki dengan ukuran yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat (Al-Quran 42:27)

Ketaatan kepada Allah masih tetap utuh walaupun dalam kesempitan.
Mereka tetap patuh penuh sungguh.
Kesempitan yang mereka alami merupadakan sebahagian daripada kebijaksanaan Tuhan Semesta Alam. Mungkin golongan yang kesemptan ini kiranya dikurniakan kekayaan menjadi lupa daratan ataupun menjadi Malim Kundang. Malah ketika miskin jarang tidak ke mesjid. Sembahyang jemaah tidak pernah tinggal.

Ada masa untuk berzikir bersama kawan
Berbual mesra.
Bertanya khabar.
Waktu untuk bersama keluarga tidak pernah kesempitan.
Keluarga menjadi cukup mesra.

Bila perniagaan kita belum maju ada masa untuk berjumpa dengan kawan-kawan serta menziarahi sanak saudara. Masa untuk berbual dengan jiran sentiasa ada.
Bukankah  kita mula bertegang leher apabila organisasi mempunyai dana yang cukup besar.
Sering bertengkar sesama sendiri. 
Mula ada sifat curiga  mencurigai.
Fitnah sudah menjalar kesegenap pelusuk hati.
Bisikan syaitan memakin menjadi ikutan. 
Rasuah semakin menjadi-jadi kerana ingin menjadi jutawan dan hidup senang lenang.

Orang soleh terglincir kerana kesemptan lalu menjadi orang salah.
Ketika rezeki melimpah ruah waktu  untuk  beribadat semakin kurang.
Solatpun jarang-jarang.
Malah sudah berani melakukan maksiat. Simpan perempuan jalang buat daya melempias nafsu berahi. Tidak lagi segan  untuk minum minuman keras!.

Ketika menjadi mahasiswa daya juangnya cukup tinggi. Dia menjadi aktivis yang terkenal. Suaranya cukup lantang. Sanggup tidur dimesjid kerana kesempitan wang. Di mesjid dihabiskan sebahagian malam berzikir dan bertahajud.

Tetapi setelah tamat  pengajian dan berjawatan besar besar sebahagian  besar malamnya dihabiskan di kelam menari,minum dan berpesta-pestaan. Tidak ada  zikir munajat dan bertahajud lagi!

Ketika menjadi aktivis kampus suaranya lantang memperkatakan ketidakadilan pemerintah.
Rakyat miskin dan tertindas menjadi agenda utamanya. Istilah proletar, Marx sentiasa bermain dibibirnya. Golongan kapitalis keparat sentiasa terpancut  daripada ucapannya.

Wang boleh menukar segala yang ada.
Yang lurus boleh dibengkokkan
Yang bengkok boleh diluruskan.
Orang yang lurus boleh bisu dengan wang. 

Ketika Tsa'labah memohon kepada Baginda RasuluLlah supaya didoakan agar dirinya diberi rezeki yang melempah ruah, Baginda Nabi saw bersabda,"Harta sedikit yang  dapat engkau syukuri lebih baik dari harta yang melimpah ruah yang tidak sanggup engkau syukuri."

Tsa'labah semacam tidak menghiraukan nasihat Nabi saw. Dia terus mendesak.
Nabipun mendoakannya,
Tsa'labah menjadi kaya raya
Hari demi hari kekayaannya bertambah.
Hari demi hari semakin jauh dia dari masjid.
Hari demi hari semakin jarang bertemu dengan saudara-saudaranya kaum Muslimin.

Sebuah ayat Al-Quran turun memberi peringatan kepadanya. Keluarkanlah zakat!
Keluarganya menangis kerana tahu ayat itu ditujukan kepada Tas'labah.
Tsa'labah langsung tidak menghiraukannya

Akhirnya beliau mati dalam keadaan yang cukup tragis.
Mati dalam kemunafikan dan kebakilan.
Jika hari ini kita kekurangan,doalah supaya diberiNya kekuatan dan ketabahan.
Jika hari ini kita kaya,ingatlah dengan  sindrom Tsa'labah.


Oleh Shakir Md Taha



























































































Saturday 3 September 2011

Tidak Ada Istilah Pencen

Ada orang yang seusia dengan Che Ros sudah merancang untuk pencen.Tetapi dalam kamus hidup Che Ros tidak ada istilah itu.Baginya pencen itu setelah roh dan jisadnya berpisah. Itulah pencen baginya. Selagi ada kudrat hidup perlu diteruskan. Dia akan ke hutan mencari buluh buat menyara keluarganya.Hutan adalah darah dagingnya.Hutan adalah teman setianya. Tidak ada siapa yang boleh memisahkan dirinya dengan hutan.




Hujan adalah sumber rezeki.Di sini Che Ros mendapat buluh sebagai sumber rezeki untuk anak dan isteri. Buluh ditebang. Buluh dibelah.Buluh diracik.Buluh dikumpul. Buluh diikat. Buluh yang ikat dijual seberkas RM3.00. Che Ros berasa lega bila peraih yang datang membeli. Ada wang. Adalah beras.

Wang yang ada hasil kerja ini tidak mencukupi untuk keperluan sekolah anaknya. Anaknya terpaksa berhenti sekolah.Usianya baru 15 tahun. Anaknya mungkin menjadi pewaris pekerjaan yang dilakukan oleh Che Ros.Rasanya setakat ini, ilmu yang boleh diperturunkan oleh Che Ros.Ini ilmu yang dia ada.Dan anaknya bakal menyambung rantai kemiskinan yang bakal ditinggalkan oleh Che Ros. 

Oleh Shakir Md Taha

Gambar oleh Monier