Dalam hidup di dunia ini ada manusia yang disempitkan rezekinya buat seketika.
Ada yang diberi rezeki melimpah ruah. Ini semua ujian belaka.
"Dan sekiranya Allah melapangkan rezekinya kepada hamba-hambaNya tentulah mereka akan melampaui batas dimuka bumi ini. Tetapi Allah menurunkan rezeki dengan ukuran yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat (Al-Quran 42:27)
Ketaatan kepada Allah masih tetap utuh walaupun dalam kesempitan.
Mereka tetap patuh penuh sungguh.
Kesempitan yang mereka alami merupadakan sebahagian daripada kebijaksanaan Tuhan Semesta Alam. Mungkin golongan yang kesemptan ini kiranya dikurniakan kekayaan menjadi lupa daratan ataupun menjadi Malim Kundang. Malah ketika miskin jarang tidak ke mesjid. Sembahyang jemaah tidak pernah tinggal.
Ada masa untuk berzikir bersama kawan
Berbual mesra.
Bertanya khabar.
Waktu untuk bersama keluarga tidak pernah kesempitan.
Keluarga menjadi cukup mesra.
Bila perniagaan kita belum maju ada masa untuk berjumpa dengan kawan-kawan serta menziarahi sanak saudara. Masa untuk berbual dengan jiran sentiasa ada.
Bukankah kita mula bertegang leher apabila organisasi mempunyai dana yang cukup besar.
Sering bertengkar sesama sendiri.
Mula ada sifat curiga mencurigai.
Fitnah sudah menjalar kesegenap pelusuk hati.
Bisikan syaitan memakin menjadi ikutan.
Rasuah semakin menjadi-jadi kerana ingin menjadi jutawan dan hidup senang lenang.
Orang soleh terglincir kerana kesemptan lalu menjadi orang salah.
Ketika rezeki melimpah ruah waktu untuk beribadat semakin kurang.
Solatpun jarang-jarang.
Malah sudah berani melakukan maksiat. Simpan perempuan jalang buat daya melempias nafsu berahi. Tidak lagi segan untuk minum minuman keras!.
Ketika menjadi mahasiswa daya juangnya cukup tinggi. Dia menjadi aktivis yang terkenal. Suaranya cukup lantang. Sanggup tidur dimesjid kerana kesempitan wang. Di mesjid dihabiskan sebahagian malam berzikir dan bertahajud.
Tetapi setelah tamat pengajian dan berjawatan besar besar sebahagian besar malamnya dihabiskan di kelam menari,minum dan berpesta-pestaan. Tidak ada zikir munajat dan bertahajud lagi!
Ketika menjadi aktivis kampus suaranya lantang memperkatakan ketidakadilan pemerintah.
Rakyat miskin dan tertindas menjadi agenda utamanya. Istilah proletar, Marx sentiasa bermain dibibirnya. Golongan kapitalis keparat sentiasa terpancut daripada ucapannya.
Wang boleh menukar segala yang ada.
Yang lurus boleh dibengkokkan
Yang bengkok boleh diluruskan.
Orang yang lurus boleh bisu dengan wang.
Ketika Tsa'labah memohon kepada Baginda RasuluLlah supaya didoakan agar dirinya diberi rezeki yang melempah ruah, Baginda Nabi saw bersabda,"Harta sedikit yang dapat engkau syukuri lebih baik dari harta yang melimpah ruah yang tidak sanggup engkau syukuri."
Tsa'labah semacam tidak menghiraukan nasihat Nabi saw. Dia terus mendesak.
Nabipun mendoakannya,
Tsa'labah menjadi kaya raya
Hari demi hari kekayaannya bertambah.
Hari demi hari semakin jauh dia dari masjid.
Hari demi hari semakin jarang bertemu dengan saudara-saudaranya kaum Muslimin.
Sebuah ayat Al-Quran turun memberi peringatan kepadanya. Keluarkanlah zakat!
Keluarganya menangis kerana tahu ayat itu ditujukan kepada Tas'labah.
Tsa'labah langsung tidak menghiraukannya
Akhirnya beliau mati dalam keadaan yang cukup tragis.
Mati dalam kemunafikan dan kebakilan.
Jika hari ini kita kekurangan,doalah supaya diberiNya kekuatan dan ketabahan.
Jika hari ini kita kaya,ingatlah dengan sindrom Tsa'labah.
Oleh Shakir Md Taha
Nabipun mendoakannya,
Tsa'labah menjadi kaya raya
Hari demi hari kekayaannya bertambah.
Hari demi hari semakin jauh dia dari masjid.
Hari demi hari semakin jarang bertemu dengan saudara-saudaranya kaum Muslimin.
Sebuah ayat Al-Quran turun memberi peringatan kepadanya. Keluarkanlah zakat!
Keluarganya menangis kerana tahu ayat itu ditujukan kepada Tas'labah.
Tsa'labah langsung tidak menghiraukannya
Akhirnya beliau mati dalam keadaan yang cukup tragis.
Mati dalam kemunafikan dan kebakilan.
Jika hari ini kita kekurangan,doalah supaya diberiNya kekuatan dan ketabahan.
Jika hari ini kita kaya,ingatlah dengan sindrom Tsa'labah.
Oleh Shakir Md Taha
No comments:
Post a Comment