Ada orang yang seusia dengan Che Ros sudah merancang untuk pencen.Tetapi dalam kamus hidup Che Ros tidak ada istilah itu.Baginya pencen itu setelah roh dan jisadnya berpisah. Itulah pencen baginya. Selagi ada kudrat hidup perlu diteruskan. Dia akan ke hutan mencari buluh buat menyara keluarganya.Hutan adalah darah dagingnya.Hutan adalah teman setianya. Tidak ada siapa yang boleh memisahkan dirinya dengan hutan.
Hujan adalah sumber rezeki.Di sini Che Ros mendapat buluh sebagai sumber rezeki untuk anak dan isteri. Buluh ditebang. Buluh dibelah.Buluh diracik.Buluh dikumpul. Buluh diikat. Buluh yang ikat dijual seberkas RM3.00. Che Ros berasa lega bila peraih yang datang membeli. Ada wang. Adalah beras.
Wang yang ada hasil kerja ini tidak mencukupi untuk keperluan sekolah anaknya. Anaknya terpaksa berhenti sekolah.Usianya baru 15 tahun. Anaknya mungkin menjadi pewaris pekerjaan yang dilakukan oleh Che Ros.Rasanya setakat ini, ilmu yang boleh diperturunkan oleh Che Ros.Ini ilmu yang dia ada.Dan anaknya bakal menyambung rantai kemiskinan yang bakal ditinggalkan oleh Che Ros.
Oleh Shakir Md Taha
Gambar oleh Monier
No comments:
Post a Comment