sponsor

Monday 27 July 2015

Mengutip Permata Di Hujung Senja

"Nak pergi ke rumah Ustaz Mahmud."
Itulah mesej yang aku terima daripada Dr.Fatimah Salleh.

Mereka belum pernah berjumpa dengan Ustaz Mahmud selepas meninggalkan alam persekolahan. Empat puluh tahun berlaku. Aku setuju dan mula mencari rakan-rakan yang hendak pergi menziarah Ustaz Hj Mahmud Hj Ismail.

Sebelum itu kami diajak makan tengahari di rumah di rumah Cikgu Hasnah Din. Cikgu Hasnah menghidangkan masakkan kampung. Ada gulai ikan seludu,sambal belacan, kerabu, sambal petai udang, pucuk ubi,pageri terung yang dibawa oleh Fatimah Salleh, agar-agar koktel oleh Salmah Mahmud. Kami hanya mampu membawa senyuman sahaja

Kalsom Hamid tidak sempat ke rumah Ustaz Hj Mahmud. Di kalangan kami, beliau dikenali sebagai Ustaz muda kerana ada seorang lagi Ustaz yang tua.

Ustaz Hj Mahmud masih mampu lagi mengingati nama-nama anak didiknya.Banyak kisah lama yang tidak diketahui tersingkap apabila bertemu dengan Ustaz kami yang tersayang ini.

Seperti kata Yuseri Yusof sedap sungguh makanan di rumah Hasnah dan bertambah sedap lagi dengan hidangan kisah 40 tahun yang lagi lalu.


Gambar: Kiri Yuseri Yusof, Alias ,Ustaz Mahmud, Shakir Taha dan Abu Hassan

Oleh Abu Rambairy

Tuesday 21 July 2015

Rumah Ustaz Hassan Toyyib

Beginilah rumah pejuang Melayu Patani. Rumah ini telah ditinggalkan oleh pemiliknya Ustaz Hassan Toyyib yang pernah menjadi jurucakap BRN sewaktu sewaktu berunding dengan wakil kerajaan Thailand.

Rumah ini terbiar.Terletak di Kampung Banggol Setol, Tanjung Mas di wilayah Menara(Narathiwat)



Di  sini terdapat sekolah pondok. Di tengah kawasan sekolah ini terdapat rumah Ustaz Hassan Toyyib.Beliau merupakan tenaga pengajar di sini, Atas sebab keselamatan beliau meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke Malaysia.






Ustaz Hassan mendapat pendidikan tinggi di salah sebuah universiti di Indonesia.Beliau menjadi pemimpin pelajar Melayu Patani semasa menuntut di Indonesia. Setelah tamat pengajian di Indonesia beliau pulang ke Menara dan mengajar di kampungnya,

Oleh Shakir Taha,