Dia berbangsa Melayu. Emaknya Melayu. Bapanya juga Melayu.Dia menyertai pasukan paramiliter ini kerana gajinya yang lumayan dan juga kerana pendidikannya tidak tinggi. Syaratnya cukup mudah. Sihat tubuh badan dan lulus sekolah gred 5,warga Thai,berumur 18-29 tahun dan berdekatan tempat beroperasi.
Tentera ini tidak sama dengan tentera biasa atau dikenali dengan 'Royal Thai Army.' Mereka tidak mendapat insuran bila ditimpa mala petaka.
Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1978 dengan tujuan untuk memerangi anggota Parti Komunis Thai. Tetapi apabila berlaku kebangkitan rakyat Patani Darussalam pada tahun 2004 ramai anggotanya dihantar ke tiga wilayah iaitu Jala,Patani dan Menara.
Kekuatan anggota ini menurut laporan www.globalsecurity.org ialah seramai 11, 000 orang.
Sejak berlakunya kebangkitan 2004 ramai anak Melayu diambil menyertai Thahan Phran.Kebanyakan anak Melayu yang memasuki pasukan ini tidak mempunyai pegangan agama Islam yang kuat dan ada yang buta agama.
Mereka mendapat latihan insentif ketenteraan selama 45 hari sahaja. Gaji yang dibayar lumayan juga. Kira-kira RM1700 sebulan( RM100-+ Bht 960).
Kami bertemu dengan seorang Melayu yang menyertai Thahan Phran. Bila bercuti dia akan menghabis masanya di Golok dengan perempuan jalang dan minum-minum. Bila ditanya apa yang anda lakukan bila bertemu dengan pejuang? "Saya akan tembak dia. Dia orang jahat." Itu ucapan yang keluar dari mulut seorang Thahan Phran yang berbaju hitam.
Tidak berapa lama kemudian kami mendapat berita dia mati ditembak sewaktu meronda di sebuah kampung. Keluarganya meminta disembahyangi dan dikebumikan. Tetapi Tok Imam itu menolak. Lalu keluarganya membawa ke tempat lain. Ditolak juga dengan alasan bukan kariah atau penduduk di situ.
Akhirnya dia dikebumikan di sebuah perkuburan orang Cina!
Sebagaimana yang dikata dalam sebuah laman web, www.globalsecurity.org, " It has also been reported in the past these units included a large majority of local thugs who often made use of their Thahan Prahan status to continue crimes against their Thai fellow citizens".
Tentera ini tidak sama dengan tentera biasa atau dikenali dengan 'Royal Thai Army.' Mereka tidak mendapat insuran bila ditimpa mala petaka.
Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1978 dengan tujuan untuk memerangi anggota Parti Komunis Thai. Tetapi apabila berlaku kebangkitan rakyat Patani Darussalam pada tahun 2004 ramai anggotanya dihantar ke tiga wilayah iaitu Jala,Patani dan Menara.
Kekuatan anggota ini menurut laporan www.globalsecurity.org ialah seramai 11, 000 orang.
Sejak berlakunya kebangkitan 2004 ramai anak Melayu diambil menyertai Thahan Phran.Kebanyakan anak Melayu yang memasuki pasukan ini tidak mempunyai pegangan agama Islam yang kuat dan ada yang buta agama.
Mereka mendapat latihan insentif ketenteraan selama 45 hari sahaja. Gaji yang dibayar lumayan juga. Kira-kira RM1700 sebulan( RM100-+ Bht 960).
Kami bertemu dengan seorang Melayu yang menyertai Thahan Phran. Bila bercuti dia akan menghabis masanya di Golok dengan perempuan jalang dan minum-minum. Bila ditanya apa yang anda lakukan bila bertemu dengan pejuang? "Saya akan tembak dia. Dia orang jahat." Itu ucapan yang keluar dari mulut seorang Thahan Phran yang berbaju hitam.
Akhirnya dia dikebumikan di sebuah perkuburan orang Cina!
Sebagaimana yang dikata dalam sebuah laman web, www.globalsecurity.org, " It has also been reported in the past these units included a large majority of local thugs who often made use of their Thahan Prahan status to continue crimes against their Thai fellow citizens".
No comments:
Post a Comment