Dalam progaram ziarah kePatani Darussalam kami singgah disebuah rumah guru Tadika. Dia baru sahaja meninggal dunia. Baru seminggu.Dia mati ditembak sewaktu hendak menoreh getah.
"Beginilah nasib guru Tadika kami. Tak bergaji. Ditembak pula." kata Kak Jah sewaktu berbicara dengan Aku. Kejadian membunuh guru semakin menjadi-jadi di walayah yang terluka ini. Kebanyakan guru Tadika bekerja tanpa memikirkan imbuhan.Imbuhan itu diberikan tetapi tidaklah seberapa. Mereka bertugas mendidik dan memimpin anak bangsa.Oleh kerana itu soal kewangan bukanlah tujuan utama mereka. Nasib guru Tadika seperti nyawa dihujung pedang. Hari ini atau esok mungkin menjanjikan 'dukacita'.
Adalah perkara biasa,bila sedikit ketakutan menyerang diri mereka. Demi anak bangsa dan agama tugas tetap ditunaikan. Mereka tahu beban amanah yang dipikul cukup berat.Dan wajah kematian sentiasa mengekori mereka.
No comments:
Post a Comment