sponsor

Friday 9 May 2014

Doa Seorang Dzu'afa


Ya  Allah, Tuhan Ku
Biarpun hidup ini susah sungguh
NamaMu tetap ku sebut

Berilah mereka ini kekuatan iman
Untuk beribadah kepada Mu dan berbakti kepada seluruh insan 


Ya Allah, Ya Tuhan Ku
Kau selamatkan hidup mereka ini di dunia dan akhirat

Teguhkanlah pendirian mereka
Jadikanlah mereka orang yang ikhlas dan bertaqwa

Amin! Amin! Ya Rabbil 'Alamin. 



Oleh  Shakir   Taha

Thursday 8 May 2014

Sumbangan Untuk Anak Yatim Ummu Salamah

NGO Wargakilang meluangkan masanya di rumah anak yatim Yayasan Ummu Salamah,Kampung Air Panas,Gerik, Perak

Kami disambutan oleh pengasas rumah tersebut  Encik  Mufahuddin Abdul Razak. Menurut Encik Mufahuddin sebuah asrama perempuan yang lengkap sudah siap.Manakala asrama lelaki belum  lagi dibina tetapi tapaknya sudah ada.  Beliau sedang  berusaha  untuk  mencari dana untuk  membangunkan asrama  lelaki. Setakat ini Yayasan Ummu Salamah dapat menerima dan  membantu 31 orang  anak  yatim.


Gambar kiri. Encik Mufahuddin Abdul Razak.



Encik Mufahuddin seorang aktivis masyarakat mengorbankan sepenuh masanya dan  tenaga untuk  membangun dan mendidik anak  yatim  di sini. Beliau tidak risau tentang makan dan minum untuk anak yatim kerana rezeki yang diberi oleh Allah tidak  putus. Beliau  berharap ada insan yang sudi memberi  sumbangan  untuk mempercepatkan asrama lelaki.








Petang itu sebelum berangkat ke tempat lain, anak-anak yatim telah diberi wang sagu  yang disampai oleh aktivis veteran Kak Ton.


Anak-anak yatim sentiasa ada disepanjang sejarah
Mereka berbaris dimuka masa
Mereka yang kehilangan tempat bergantung
Janganlah mereka dibiar melarat dan ditinggalkan.


Oleh Shakir    Taha









Wednesday 7 May 2014

Menyantuni Kaum Dzu'afa Bersama NGO Wargakilang

Penyair 'Burung Merah',W.S. Rendra pernah berkata,
Jangan kamu bilang negara ini kaya
kerana  orang-orang miskin berkembang di  kota  dan di desa.
Jangan  kamu bilang  dirimu kaya
kalau  tetanggamu  makan bangkai  kucingnya
(Di Malaysia tetangga makan nasi basi)



Perjalanan ke Gerik bersama NGO Wargakilang cukup menarik. Aku tumpang kereta Ir.A.Wahab Isa  yang selalu jarang absen  dalam program Jalan-Jalan Masuk Kampung. Kehadiran kaum dzu'afa adalah kebijaksanaan Allah yang Maha Esa. Kata peribahasa Melayu,'Kalau sama  tinggi  kayu  di  rimba, di mana angin akan lalu.'  Mereka ada di sepanjang sejarah manusia.

Mak Cik Leha(gambar di atas) begitu berterima kasih sekali kepada kumpulan Wargakilang dan terus berdoa kepada  Allah agar semua murah rezeki dan selamat dunia akhirat. Kata alim ulama doa kaum dzu'afa cepat dimakbulkan Tuhan. Amin.

Ir.A. Wahab.(kiri)


Seperti kata W.S. Rendra, "Bila kamu remehkan mereka
di jalan kamu akan diburu bayangan
Tidurmu akan penuh igauan."


Kami bertemu dengan  Pak Ali yang mengusahakan ternakan madu kelulut di kawasan rumahnya. Di samping itu dia juga rajin masuk hutan  untuk  mencari  madu tualang. Dia cukup rajin  tetapi pendapatannya masih dipinggiran.

Beliau menjual madu tualang sebotol dengan harga RM60.00.Kandungan madu lebih kurang 345 ml. Saya sempat bertanya kepada peserta yang turut dalam program ini  kenapa dia membeli madu ini? Katanya, "saya  sekadar  membantu. Harga itu tidak mustahak." Bukankah dengan membantu  insan ini seperti  mewujudkan hubungan baik semasa insan dan ganjaran pahala daripada yang Maha Berkuasa?

Kami singgah makan tengahari di asrama anak-anak yatim Gerik.  Namanya Yayasan Ummu Salamah. Ianya terletak di Lot 2877, Jalan Air Ganda,Kampung Air Panas,Gerik, Perak  Darul Ridwan. Pengasasnya Sdr. Mufahuddin Bin Abd. Razak. Dia bertugas sepenuh masa di sini. Menurut Sdr.Mufahuddin terdapat 31 orang anak yatim di sini. Ada asrama perempuan yang lengkap. Tetapi asrama lelaki yang khusus belum siap lagi kerana masalah kewangan dan sebagainya.

Wajah seorang tua. Tok Leha sedang berdoa. Amin










Sumbangan yang diterima begitu banyak sekali. Semuanya untuk para dzu'afa. Mereka cukup terharu dengan kedatangan dan sumbangan daripada NGO Wargakilang sehingga  ada  yang menitiskan airmata.






Di bawah rumpun bambu ini  Aku bertemu dengan seorang pemuda yang bernama "Man". Dia telah menanam berekar serai setelah disasarankan oleh sebuah agen kerajaan. Tetapi setelah tiba masa untuk dipasarkan, pegawai yang berjanji  itu tidak kunjung tiba. Serainya terbiar kerana tidak mampu memasarkannya. Mungkin kerana kedinginan  dan ketenangan Tasik Kendering "Man"  menjadi tenang dan sabar atas segala cubaan ini.






Di sinilah destinasi terakhir kami. Berlatarbelakangkan Tasik Kendering  yang  airnya tenang dan damai kami bergambar beramai-ramai.


Dalam hubungan ini Aku teringat pada tulisan  Christopher Collier dalam buku 'Development, NGOs and Civil Society(2002). Beliau berkata, "The  direct provision by NGOs  of  goods  and  services  must  not  lead  poor  people  to expect  of their  government.  On  the contrary, NGOs  projects   should  promote  popular  organisation  and    the capacity  of  poor  people   to  assert  their  claims  to  public resources and   to hold government  accountable. Such projects  should also help  government  to understand  the needs  and  capacities  of its population, and  become  more capable  of  serving it."

Oleh Shakir  Taha