sponsor

Thursday 25 August 2016

Sejenak Bersama Malaysian Relief Agency Kedah(MRA)

Turun kelapangan bersama MRA Kedah merupakan pengalaman baru bagi Aku. MRA Kedah diketuai oleh seorang doktor muda yang bernama Dr.Saifullah.Beliau berkhidmat di hospital Sungai Patani.

MRA Kedah program mengadakan sepanjang tahun.Salah satu program yang sempat aku turut serta ialah khidmat masyarakat kepada komuniti orang pelarian Rohingya. Mereka memberikan pemeriksaan dan rawatan secara percuma kepada 'orang yang terlantar' ini.

Program  bermula pada pukul 11.00 pagi hinggalah pukul 3.00 petang. Program yang diadakan pada 20 Ogos mendapat sambutan yang cukup meriah.Kira-kira 100 orang lebih yang datang ke sekolah komuniti  Rohingya yang bernama Spring Learning Centre.


Kelihatan dalam di atas seorang sukarelawan memberikan taklimat  sebelum pemeriksaan dan rawatan diberikan



Van milik MRA Kedah ini disumbangkan oleh Syarikat NAZA. Menurut seorang petugas pada hari itu, Puan Ramlah yang juga setiausaha  MRA Kedah sambutan amatlah  memuaskan.


Oleh Shakir Taha