sponsor

Sunday 24 July 2016

Menggamit Pendidikan Mesra Alam Di lapangan

Saya berpeluang turut serta bersama keluarga kaum Tionghua dari Butterworth yang turun ke lapangan untuk mendengar penerangan tentang konsep mesra alam yang dipraktikkan Syarikat Kean. Beng Lee Sdn Bhd,Simpang Ampat,Seberang Perai Selatan,Pulau Pinang.

Di kawasan yang seluas 7 ekar turut dikongsi oleh haiwan dan binatang liar. Ada waktunya makhluk ini turut meragut tanaman dan sayur-sayuran segar menghijau di tanah yang seluas 3 ekar itu.Pihak pengurusan membiarkan sahaja makhluk  mengambil 'keperluan' mereka.Dan mereka bebas tinggal di situ.





Mereka turut didedahkan hayat barangan.buangan seperti plastik,kaca, kertas dan sebagainya yang bertaburan di kawasan lapang.Kebanyakan barangan seperti kaca dan plastik mengambil masa yang lama untuk dilupuskan.


Ceramah ini disampiakan oleh Sharice Goy,salah seorang kakitangan Syarikat Kean Beng Lee Sdn. Bhd.


Oleh Shakir Taha

Saturday 23 July 2016

Kebun Sayur Organik

                         

Suasana di kebun sayur organik tenang,sunyi dan damai..Di sekeliling dipenuhi dengan pokok-pokok hutan. Sekali pandang kita perasaan  ada ladang sayur yang seluas 7 ekar di Jalan Tasek, Simpang Ampat Seberang Perai.Empat ekar lagi dijadikan zon neutral dan 'buffer'.Kebun sayur organik milek Syarikat Kean Beng Lee Sdn. Bhd.

Konsep mesra alam yang diamalkan tidak membunuh bintang perosak seperti babi hutan dan kera.Binatang ini hidup bebas lepas di sini.Tapi bilangannya tidaklah banyak.

Seawal pukul 7.30 pagi petugas diladang ini siap sedia menunggu pelawat. Hari itu pelawat daripada Butterwoth dan Bagan Ajam yang terdiri daripada beberapa buah keluarga datang melawat.Mereka membawa anak-nak yang masih di sekolah rendah.Mereka memberikan pendidikan awal tentang faedah memakan sayur organik kepada anak-anak. Anak-anak daripada keluarga Tionghua  ini begitu ghairah sekali mendengar penerangan  tentang konsep mesra alam dan pertanian alami.







Ladang menggunakan baja kompos yang dihasilkan oleh mereka sendiri.Bahan-bahan terbuang seperti habuk kayu, sekam padi,tahi lembu dan daun-daun kayu digunakan untuk membuat kompos.

Syarikat Kean Beng Lee banyak menghasilkan dan mengeluarkan peralatan pertanian seperti pasu bunga dan katil taman untuk menggunakan orang ramai.

Katil Taman


Bagi mereka yang tidak mempunyai tanah untuk bercucuk tanam katil taman amat sesuai digunakan


Oleh Shakir Taha





Sunday 3 July 2016

Kompos Daripada Bahan Terbuang.

 Majlis Perbandaran Seberang Perai mengadakan kursus membuat baja pos daripada  bahan terbuang dengan kerjasama Masjid Jamek Simpang Ampatn,Seberang Perai Selatan.

Kursus selama 1 jam 30 minit dikendalikan oleh Mr, Chew  daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Bahan yang ddigunakan oleh Mr.Chew ialah habuk kayu yang digunakan untuk menghasilkan cendawan. Habuk kayu ini biasa dibuang begitu sahaja oleh pengusaha cendawan.

Menurut Mr. Chew sisa-sisa daripada dapur seperti nasi sejuk,kerak nasi, sayur dan buahan jangan dibuang begitu sahaja.

Ianya boleh menghasilkan baja kompos yang bermutu  tinggi bila dicampur dengan habuk kayu.

Petani tidak perlu lagi membeli baja untuk menanam  sayur mereka.



Oleh Shakir Taha.