sponsor

Sunday 3 July 2016

Kompos Daripada Bahan Terbuang.

 Majlis Perbandaran Seberang Perai mengadakan kursus membuat baja pos daripada  bahan terbuang dengan kerjasama Masjid Jamek Simpang Ampatn,Seberang Perai Selatan.

Kursus selama 1 jam 30 minit dikendalikan oleh Mr, Chew  daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Bahan yang ddigunakan oleh Mr.Chew ialah habuk kayu yang digunakan untuk menghasilkan cendawan. Habuk kayu ini biasa dibuang begitu sahaja oleh pengusaha cendawan.

Menurut Mr. Chew sisa-sisa daripada dapur seperti nasi sejuk,kerak nasi, sayur dan buahan jangan dibuang begitu sahaja.

Ianya boleh menghasilkan baja kompos yang bermutu  tinggi bila dicampur dengan habuk kayu.

Petani tidak perlu lagi membeli baja untuk menanam  sayur mereka.



Oleh Shakir Taha.

No comments:

Post a Comment