Suasana di kebun sayur organik tenang,sunyi dan damai..Di sekeliling dipenuhi dengan pokok-pokok hutan. Sekali pandang kita perasaan ada ladang sayur yang seluas 7 ekar di Jalan Tasek, Simpang Ampat Seberang Perai.Empat ekar lagi dijadikan zon neutral dan 'buffer'.Kebun sayur organik milek Syarikat Kean Beng Lee Sdn. Bhd.
Konsep mesra alam yang diamalkan tidak membunuh bintang perosak seperti babi hutan dan kera.Binatang ini hidup bebas lepas di sini.Tapi bilangannya tidaklah banyak.
Seawal pukul 7.30 pagi petugas diladang ini siap sedia menunggu pelawat. Hari itu pelawat daripada Butterwoth dan Bagan Ajam yang terdiri daripada beberapa buah keluarga datang melawat.Mereka membawa anak-nak yang masih di sekolah rendah.Mereka memberikan pendidikan awal tentang faedah memakan sayur organik kepada anak-anak. Anak-anak daripada keluarga Tionghua ini begitu ghairah sekali mendengar penerangan tentang konsep mesra alam dan pertanian alami.
Ladang menggunakan baja kompos yang dihasilkan oleh mereka sendiri.Bahan-bahan terbuang seperti habuk kayu, sekam padi,tahi lembu dan daun-daun kayu digunakan untuk membuat kompos.
Syarikat Kean Beng Lee banyak menghasilkan dan mengeluarkan peralatan pertanian seperti pasu bunga dan katil taman untuk menggunakan orang ramai.
Katil Taman
Bagi mereka yang tidak mempunyai tanah untuk bercucuk tanam katil taman amat sesuai digunakan
Oleh Shakir Taha
No comments:
Post a Comment