Aku mula menjejak kaki ke negara Melayu yang hilang,'Patani Darussalam pada tahun 2011.Aku tidak mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di Hujung Selatan negara Gajah Puth itu.
Menurut Zamberi Abdul Malek(1993) tentera Siam berjaya menguasai seluruh negeri Patani pada bulan November 1786.Sejak itulah orang Melayu mulai menderita didera secara fizikal dan mental oleh penjajah Siam.
Pihak Siam telah pergi lebih jauh dalam usaha menjadi orang Melayu pengikut 'Dajjal'.Orang Melayu dipaksa melalui proses Siamisasi sehinggga tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.Anak muda Melayu di Thailand malu hendak bercakap dalam Bahasa Melayu.
Aku telah membaca cerpen Abdul Razak Panaemalae pensyarah dari Universiti Walailak, Ligor(Nakhon Si Thammmarat) Thailand.Abdul Razak anak Melayu yang dilahirkan di wilayah Menara(Narathiwat). Majoriti penduduk di sini orang Melayu Islam.
Di sini diperturunkan sebahagian daripada cerpen 'Kehilangan' karya Abdul Razak yang dimuatkan dalam bukunya, 'Pantai Ini Lautnya Dalam' terbitkan Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia Berhad.(2014)
Abdul Razak Panaemalae.
"Sekejap dia membelek-belek buku catatan,mencari sesuatu dengan serius. Semasa dia sedang menekan nombor telefon bimbit, tiba-tiba dia dikejutkan oleh satu sapaan.
\"Teksi mai krab?"
Dr. Kamal menoleh kepada pemandu teksi itu.. Dia tidak tahu apakah maksud sebenar yang dilafazkan pemandu itu. Sapaan yang didengarnya itu dalam bahasa Thai. Yang dia pasti,itu mungkin pelawaan yang menawarkan perkhidmatab teksi kerana pemandu separuh usia itu ada menyebut perkataan 'teksi'.
Dr. Kamal menggelengkan kepala memberi isyarat tidak faham.
"Khun chak pai nai krab?' tanya pemandu teksi itu lagi.
Dr. Kamal diam sebentar kemudian secara sopan berkata "No" kepada pemandu teksi itu. Dia yakin bahawa pemandu itu mesti anak tempatan . Tandanya ada kopiah di kepalanya. Raut wajahnya wajah Melayu 100 peratus.
Anda jangan terkejut bila ke Jala,Menara,Patani dan Senggora bila bertemu dengan keadaan yang sama di atas.
Kata Dr. Preecha Patnasartkul atau nama Melayunya, Tengku Mokhtar Tengku Leman.
"Pada saat ini orang Melayu Patani sedang mengalami krisis jati diri yang maha hebat. Mereka dalam dilema. Jati diri mereka sebagai warga Melayu semakin pudar dan luntur, bahkan sebahagian besar daripada mereka sudah pun mengalami peralihan jati diri. Disebakan itu, saya meramalkan bahawa sekiranya keadaan budaya orang Melayu Pattani berterusan begini, maka tidak mustahil kiranya suatu hari kelak jiwa kemelayuan akan lesap dari daerah Melayu di selatan Thailand."
Oleh Shakir Taha.

Aku merintih dalam jiwa.
ReplyDeleteDon Balon jangan merintih.Buatlah sesuatu untuk membantu mereka
ReplyDelete