Program menutup aurat yang dikendalikan oleh beberapa buah NGO telah mendapat sambutan hangat daripada anak muda.
Program dikelolakan bersama oleh UNGGAS Malaysia,Ashabul Kahfi, Maahad Derang,ABIM Kedah,PUK, dan Pusat Dakwah Alor Setar,Kedah.Pihak Ashabul Kahfi dan Maahad Derang menyediakan makanan untuk para peserta.
Seelum turun ke lapangan jurulatih utama Ungggas Malaysia,Ustaz Kamaruddin Kassim telah mengadakan sesi latihan praktikum dan memberikan panduan sebagai seorang dai.Menurut beliau dai ialah seorang pendakwah bukan penghukum. Untuk menjadi menjadi seorang dai di lapangan perlu ada kemahiran komunikasi yang tinggi dan baik.
Para peserta didedahkan cara berkomunikasi yang betul bila berhadapan dengan klien. Para dai' perlu memahami bahasa badan dengan baik.
Para peserta akan turun membuat latihan amali di lapangan di waktu pagi dan petang.
Para peserta dilatih kaedah pengucapan awam. Pada umumnya mereka mampu tampil ke hadapan untuk berucap. Walaupun dalam usia yang muda para peserta menunjukkan kemampuan yang bersungguh-sungguh dalam program sehari ini.
Program ini mampu menarik ramai anak gadis remaja untuk turut serta. Mereka datang dari Maahad Derang,Maktab Mahmud Alor Setar dan beberapa kolej di sekitar Alor Setar
Seorang anak muda bernama Fazli kini masih menuntut Maahad Az-Zein,Bogor,Indonesia berasa bertuah dapat menyertai program ini.
Menurut beliau turun ke lapangan bertemu anak muda lebih sesuai dilakukan oleh rakan sebaya. Ini kerana anaka muda lebih memahami gelagat dan perangai rakan sebaya mereka.
Manakala seorang peserta wanita bernama Salsabila Binti Hj Bahari dari Maktab Mahmud menyatakan ini kali pertama dia menyertai program seumpana ini.Beliau telah diminta untuk berucap di khalayak ramai dan ternyata seorang pelajar yang hendak menduduki PT3 mampu berucap dengan baik.
Program sehari ini telah berjaya menarik seramai 182 orang anak muda untuk turun kelapangan bagi mencari pengalaman berdakwah di lapangan.
Ustaz IIyas turut memberikan ucapan semangat kepada para peserta.
Oleh Shakir Taha.
Gambar: Ustaz Kamaruddin Kassim
dan Shakir Taha

No comments:
Post a Comment