sponsor

Wednesday 18 February 2015

Anak Muda Merantau Mencari Ilmu.

Beliau memilih pengajian sains politik sebagai asas pengajiannya. Anak muda yang baru berusia 22 tahun berani merantau semata-mata mencari.

Berasal dari Menara(Narathiwat) wilayah yang selalu bergolak .Abdullah Zakaria yang dilahirkan di Weng, Menara memilih Malaysia untuk menyiapkan kajian dan latihan praktikum  bantuan dan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia(AMANI).

Abdullah masih meneruskan pengajian di Universiti Putra Songkhla cawangan Patani.Beliau boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik dan fasih. Perkara ini jarang bagi anak muda yang dilahirkan di Negara Gajah Putih.

Menurut Cik Afifaliza Ali pihak Aman Patani memberikan sedikit elaun perumahan sepanjang 4 bulan beliau melakukan praktikum bersama Aman Patani. Beliau juga diberi kemudahan menggunakan motorsikal oleh Naib Pengerusi Aman Patani.


Sementara Ustaz Kamaruddin Kassim selaku penasihat AMANI berpendapat adalah sesuatu yang baru bagi anak Melayu Patani melakukan praktikum di Malaysia. Sepanjang pengetahuanbeliau belumlahada lagi anak Melayu Patani dari universiti Thailand membuat praktikum dengan NGO di Malaysia. Bagi beliau ini suatu perkembangan yang dalam baik bagi rantau ASEAN.

Menurut beliau pelajar dari Hujung Selatan terdedah dengan budaya kerja di Malaysia iaitu bekerja di awal pagi dan agak berbeza dengan budaya kerja di Patani walaupun NGO.(di Thailand Selatan)

Menurut Abdullah Zakaria pihak kerajaan Thailand memberikan sokongan terhadap terdasar ASEAN. Dan ini membolehkan dia mendapat pengalaman baru di Malaysia serta belajar budaya kerja NGO di Malaysia.


Oleh Shakir  Taha

No comments:

Post a Comment