sponsor

Thursday, 6 June 2013

Orang Melayu Ligor

Pagi itu kedai kopi di persimpangan pintu masuk ke Universiti Putra Songkhla penuh sesak. Kedai itu milek orang Melayu dari Ligor. Secara kebetulan kami nampak ada meja  yang diduduki oleh seorang anak muda  berbaju merah.

Kami duduk semeja dengannya.Namanya Wan Ahmad.. Dia bercakap dalam Bahasa Inggeris. Dia tidak boleh bercakap dalam Bahasa Melayu. Ini adalah kerana dasar Siamisasi pihak pentadbiran yang berpusat di Bangkok.

Dia mudah mesra apabila mengetahui kami datang dari Malaysia. Dia berkata Datuknya berasal dari Kelantan, kalau tak silap dari Pasir Mas.Dia juga menyebut nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan menyatakan dia penyokong kuat pasukan bolasepak Kelantan.





Sesuatu yang menarik tentang anak muda berbaju merah ini ditangannya ada beberapa buah buku tentang pergolakan di HujungSelatan. Jarang sekali aku temui anak muda di wilayah Hujung Selatan yang membawa buku bersamanya. Buku itu ditulis dalam Bahasa Thai. Di kulit luar buku itu terpapar perkataan 'Patani Merdeka'. Bila dibuka kandungan buku penuh dengan tulisan Thai!

Oleh kerana kami kesuntukan masa terpaksalah meninggalkan dia. Dia berharap sungguh dapat bertemu kami dilain waktu.




No comments:

Post a Comment